![]() |
| Nikmat dan anugerah terbesar ialah saat 2 kalimah syahadah terungkap di bibir ini. -GENEVIE DONATA ESTRADA@FATIMAH AZ-ZAHRA ABDULLAH |
بسم الله الرحمن الرحيم
Nama yang indah tak seindah kisah dilalui.Inilah kisah yang dilalui insan bernama FATIMAH AZ-ZAHRA@GENEVIE DONATA ESTRADA.
GENEVIE DONATA ESTRADA nama yang mempunyai banyak kenangan yang mengajar erti kehidupan dan FATIMAH AZ-ZAHRA pula nama yang diberi sinar hidayah Allah SWT kepadaku.Aku adalah anak bongsu dari sembilan adik-beradik.Lahir pada 9 Januari 2000 dan pernah bersekolah di Sk.Fajar Sandakan.Aku seorang penganut agama kristian,tetapi aku bukanlah seorang yang taat pada agama kristian.
Aku adalah salah satu dalam banyak manusia yang bergelar hamba,insan yang dibelenggu kejahilan.Aku seorang yang cukup sosial dengan dunia luar yang ku anggap syurga dunia.Seluruh kecintaan kutumpahkan kepada keindahan duniawi.'Kencing syaitan' jadi pembasah tekak yang dahaga,suasana hingar-bingar pusat hiburan maksiat jadi destinasi.Inilah kehidupan diriku sebagai seorang manusia yang jahil.
Seperti yang ditakdirkan illahi,darah panas keremajaan menguasai jiwa.Segala nasihat ibubapa tak aku endah sama sekali seperti air sungai yang mengalir.Aku langsung tidak pernah terfikir akan akibat dari perbuatan yang aku lakukan ini.Malahan aku hanya merasakan ynag dunia ini milik aku seorang.
Namun takdir Allah SWT telah mengubah segalanya.Kasih tuhan itu tak pernah luntur pada hambanya,aku telah diberi cahaya hidayah yang tak ternilai harganya.Aku tertarik dengan agama Allah SWT iaitu ISLAM kerana hidayah Allah SWT yang menghiasi diri disaat kemuncak kejahilan diri mencapai tahap yang tak mampu terungkap.Akhlak dan cara pemakaian orang islam menarik jiwaku untuk mendekati agama islam.
*bersambung...
@PemuisiAkwa
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik FATIMAH AZ-ZAHRA untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan