Memaparkan catatan dengan label AKSARA WANITA;. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKSARA WANITA;. Papar semua catatan

Isnin, 23 November 2020

AKSARA WANITA:Kenapa Membuka Hijab?

Kenapa membuka hijab?


                                                                                  
Aksara Wanita
Aksara Wanita:Kenapa membuka hijab?
@PemuisiAkwa


Di akhir-akhir ini isu membuka hijab semakin berleluasa di kalangan wanita islam.Hal ini sangat membimbangkan kerana menutup aurat itu satu kewajipan dalam ajaran islam.Ditambah lagi apabila beberapa golongan selebriti/artis juga ramai membuka hijab.Hal ini menyebabkan perkara ini menjadi 'trend' masa kini dan menyebabkan ramai wanita turut mengikuti untuk melepaskan hijab.Seperti kita tahu dalam Al-Quran juga menyatakan tentang kewajipan seorang wanita untuk menutup aurat.


Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)

 Seperti kita jelas ramai wanita boleh berhijab,bertudung tapi tidak semua wanita boleh menutup aurat.Ini kerana terikut-ikut akan fesyen masa kini dan mengikut cara idola mereka seperti golongan artis.Bukan sahaja selebriti/artis tetapi masih ramai lagi 'public figure' menjadi ikutan.

 Disini @PemuisiAkwa menulis 'Kenapa membuka hijab' dalam segmen AKSARA WANITA di blog https://aksaracslegacy.blogspot.com/.@PemuisiAkwa akan memberi soalan kepada beberapa individu 'kenapa wanita bertudung memilih untuk membuka hijab?".




1.Cik F(Pitas)

Cik F merupakan bekas pelajar sebuah madrasah.Dia merupakan seorang mualaf yang dulunya hijabis juga merupakan niqabis.



@PemuisiAkwa:

a)Kau sudah officially buka hijab?

b)Kenapa kau buka hijab?


Cik F:

Ya.Saya sudah officially buka tudung.Saya buka hijab sebab iman tidak kuat,dunia luar kan..Banyak perkara yang kita kena hadapi.Then aku buka hijab,tapi Alhamdulillah still jaga Solat.


2.Tiara(Kota Belud)

   







 
@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?


Tiara:Sebap dia gila.Hahaha(dalam gurauan)..Mungkin sebab ikut orang.Macam artis lah.Si A bertudung Si B pun sama tiba-tiba si A freehair si B pun ikut.Terpengaruh,dan mahu dikata belum sedia wallahualam sebab ada sahaja yang bertahun-tahun berhijab tiba-tiba freehair.Pastu mungkin iman mereka tak kuat dengan ujian yang Allah bagi.Masing-masing ada ujian sendiri kan.Bukan mahu cakap aku beriman yaa..Sebab aku ada ujian ku sendiri.



3.Anuaril@kandar(kelantan)








@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Anuaril:Ooo..Kalau aku,pakai jawapan Neelofa jelah."Dia cakap,dia telah korbankan kecintaan dia iaitu kecantikan.Sebap dia berniqab.

@PemuisiAkwa:So,bagi kau pedapat kau untuk kecantikkan semata-mata?

Anuaril:Iyalah..Mungkin kecantikkan belum terserlah selagi berhijab.Dan disitulah juga mencari rintihan-rintihan dunia.(Macam pujian-pujian dunia,mencari Woww begitu)


4.Arman(Tambunan)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Arman:Sebab mereka nak tunjukkan yang mereka perlukan bimbingan agar menjadi wanita yang lebih baik lagi.


5.Azis(Pitas)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Azis:Mungkin seban perempuan tu stress.Ataupun disebabkan di sekelilingnya dia rasa tiada satu pun yang menghargainya,so mungkin sebab itulah dia sudah putus asa sampailah dia berniat membuka hijabnya.Kadang orang ni pertama dia berhijab tapi sebab kecewa mulalah sudah untuk membuka hijabnya.Itu jakk aku tahu.


6.Dayangku Nursyaqillah(Kota Belud)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Dygku Nrsqillah:Hmmm..Bagi aku banyak sebab.Contohlah orang pakai tudungkan tidak ikhlas,ada sebab lain.Tapi one day tiba-tiba dia hilang sebab tu,then dia decide buka tudung.Pakai tudung ikut trend jakk dulu.Last-last sekarang trend buka tudung pun dia ikut.Ataupun tiba-tiba tidak percaya agama Islam.Kannnn..Bagi akulah.


7.Sofi(Pitas)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Sofi:Secara peribadi,mereka yang membuka hijab setelah berhijab ini sebahagian masih rapuh jiwanya.Masih hidup bersandar pada penilaian orang.Jika dia berhijab kerana Allah,seburuk apa penilaian orang takkan mengubah azamnya untuk berhijab kerana dia tahu kewajiban dalam agamanya.Jika dimasa dulu dia seorang pelacur pun,jika dia berazam takkan siapa membuat dia buka hijabnya semula.Bersandar pada kekuatan rohaninya.


8.Tarmizi(Inanam)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Tarmizi:Jahil..Jahil..Senang cerita sebab jahil.


9.Izyan(Ranau)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Izyan:Sebap 'mokirayou'..Terlampau obses dengan keadaan semasa.


10.Mila(Pitas)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Mila:Tiada sokongan sekeliling,pengaruh rakan sebaya,sebab dia rasa dia lawa kalau pakai dia tidak pakai tudung kali,Tidak terima nasihat orang lain.Itu jakk kak aku terfikir.


11.Iskandar(Tuaran)




@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Iskandar:Antaranya mungkin sebab tekanan dan juga sebab pengaruh sekeliling.Begitulah kalau aku.


12.Rozaihan Kaumin(Kota Belud)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Rozaihan Kaumin:Pada pendapat cikgu, kebanyakan perempuan membuka hijab kerana terpengaruh dengan orang lain contoh artis, pelakon, instafamous, org sekeliling. Apabila melihat org bergaya dengan free hair, akan timbul perasaan ingin kelihatan cantik mcm orang lain. Kedua tidak faham apa maksud menutup aurat dan kenapa perlu menutup aurat. Nawaitu tidak betul.Tutup hanya kerana malu dengan manusia bukan kerana perintah Allah.Untuk terus istiqamah jangan tengok orang yang freehair tapi tengok berapa ramai orang yang berhijrah kearah kebaikan dan berpakaian lebih menjaga aurat keseluruhannya.


13:Hans Azmeer(Kota Belud)







@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?


Hans Azmeer:

Antara punca perempuan buka hijab:

1.Faktor masalah keluarga

*Jika kita lihat dari sudut masalah keluarga,boleh jadi ada seorang perempuan yang sangat menjaga aurat pada mulanya tapi mungkin disebabkan atas faktor masalah keluarga yang contohnya pergaduhan ibu bapa,pengabaian anak-anak atau pergaduhan sehinggakan dia mengalami stress yang tinggi lalu apabila dia sudah dapat stress terlalu yang tidak mampu dikawal,boleh jadi seorang perempuan itu akan buat perbuatan kurang baik sebagai contoh membuka hijab dan menampakkan auratnya dengan orang lain yang bukan mahram/muhrim lalu apabila dia telah membuka hijabnya ini sampai melihatkan aurat,maka dia pun akan terjebak dalam perbuatan kurang baik yang lain untuk elak masalah keluarga itu dengan dapat layanan daripada orang lain.

2.Kurang pegangan

*Kenapa dengan kurang pegangan?Kurang pegangan disini bermaksud kesabaran atau azam yang mudah rapuh disebabkan mulut orang juga.Kadang-kadang apabila dia berhijab tapi ada pula bisikan ''mulut puaka'' atau ''bisikan biawak'' pula masuk untuk hasut ataupun memperlekehkan seorang yang berhijab tersebut.

3.Kurang pendidikan agama

*Okey,tadi tentang kurangan pegangan.Sekarang,kita masuk pasal kurang pendidikan agama.Misalnya,ada seorang perempuan yang suka berhijab & menutup aurat dia tapi mungkin disebabkan dia kurang ilmu agama tentang aurat,maka hijab yang digunakan untuk tutup aurat itu umpama ''on off'' dengan dia,sama ada mahu guna hijab dan sebaliknya.

4.Terlalu ikut ''trend''

*Ini boleh jadi faktor yang biasa ataupun yang selalu terjadi.Disebabkan pada masa sekarang ''trend'' hidup masyarakat semakin maju dan berubah dari segi fesyen,penampilan diri,kerjaya,dan lain-lain,maka boleh jadi juga seseorang perempuan yang berhijab itu akan buka hijab dia untuk ikut trend sekarang sama ada dari segi fesyen atau penampilan untuk mengejar trend hidup pada zaman sekarang


14:Da'i Ewat(Ranau)




@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Da'i Ewat:Saya belum ada kajian menyeluruh.Setakat ni,just tak biasa atau tak diajar dari kecil,Kalau untuk umum.Kalau artis lain lagi.Kira macam itulah.Tidak dibiasakan dari kecil dan orang sekeliling yang tidak kisah.


15.Umi Elmywatie(Ranau)


                                                


@PemuisiAkwa:Bagi pendapat Umi,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Umi Elmywatie:Sebap kurang iman.Iman kan pandai naik,pandai turun.


*****************************************

@PemuisiAkwa tidak menyokong tindakan wanita yang menanggalkan hijab,juga tidak menyokong sesetengah masyarakat yang melabel individu seperti ini "golongan Neraka".Tetapi mendedahkan aurat adalah satu perkara yang melanggar hukum Allah.

Sekiranya orang bertanya pada @pemuisiAkwa 'adakah wajib bertudung?'.@pemuisiAkwa akan jawab TIDAK.Kerana semua wanita boleh bertudung tetapi belum tentu dapat MENUTUP AURAT,yang wajibnya adalah menutup aurat dan bukan sekadar sehelai tudung menutup kepala.


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka !” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allâh adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al-Ahzâb/33:59]


 Hijab itu sudah didefinisikan sebagai hanya sekadar 'pembalut' kepala oleh sesetengah masyarakat.Namun begitu masih ramai juga wanita yang menutup aurat,memakai hijab dengan syariat islam.Pesan @PemuisiAkwa walau apapun menanggalkan hijab adalah salah disisi agama dan berharap wanita-wanita yang diluar sana yang menanggalkan hijab boleh kembali berhijab dengan mengikut syariat Islam.Aamiin.Salam dari @PemuisiAkwa.


Untuk apa-apa Article tentang hijab:

Berhikmah nasihat wanita 'tanggal' tudung

Menjawab Pejuang Membuka Tudung – Fakir Ilmu

Aurat : Menjawab Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat




Rabu, 10 Jun 2020

AKSARA WANITA: Muslimah Berhijablah...

بسم الله الرحمن الرحيم



MUSLIMAH BERHIJABLAH...





Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)

  • Muslimah berhijab bukan bererti dia malaikat, namun ia berusaha taat kepada Allah Ta’ala, karena berhijab adalah kewajiban bukan pilihan.
  • Hijab itu awal dari perbaikan,berhijablah sambil terus memperbaiki hati dan perilaku.
  • Berhijab memungkinkan engkau dipilih karena iman, bukan karena fisik.
  • Kecantikan hakiki bukan dari wajah Melainkan cahaya keimanan yang keluar dari hatinya.
  • Hikmah hijab itu sebagai penjaga identiti keislaman kita bukan hanya sebatas trend semata-mata.
  • Jika Islam sudah mengangkat derjat perempuan, kenapa justeru perempuan itu sendiri yag merendahkan dirinya.
  • Berhijab jangan hanya menunggu niat. Berhijab itu kerana mahu taat.
  • Kecantikan memikat mata, keperibadian memikat hati.
  • Allah bersamamu, yang menghulur hijab keseluruh tubuh, disaat yang lain masih alpa waktu memakainya.
  • Memulai memperbaiki diri dengan berhijab dan secara perlahan akan mempengaruhi akhlak.
  • Ya Allah, Jadikan Hijabku sebagai payung dari derasnya cubaan dan pelindung dari api neraka mu.
  • Wahai WANITA, Rasulullah menangis ketika melihat azab mu di neraka.
  • Aku berhijab bukan kerana pintar ilmu agama, tetapi aku berhijab karena belajar menaati perintah Allah Ta’ala.
  • Menutup aurat tak perlu banyak alasan. Sebab, Malaikat izrail pun tak perlu banyak alasan untuk mengambil nyawamu bilapun dan dimanapun.
  • Berhijablah bukan hanya sekadar melindungimu, tapi juga melindungi orang-orang disekitarmu dari fitnah dan godaan, serta menghalangi orang yang akan menilaimu hanya dari penampilan fizikmu.
  • Memang sangat berat menggunakan hijab, karena sulit untuk istiqomah,tapi setiap perbuatan baik akan dibalas dengan baik juga.
  • Dengan memakai hijab, secara tidak langsung kamu menyampaikan bahwa kamu adalah wanita yang terhormat dan tidak murahan.
  • Wanita yang menutupi tubuh, mampu mendatangkan lelaki yang mencintainya dengan hati. Sedangkan wanita yang memperlihatkan tubuh, mampu mendatangkan lelaki yang mencintainya dengan nafsu
  • Lelaki yang masih mempersoalkan tentang hijabmu adalah lelaki yang jiwanya miskin, melihat wanita hanya pada manfaat bukan karena martabat.
  • Hijab membuatmu terhormat di dunia dan mulia di akhirat, hijab buat cantikmu tak lekang diseret waktu bagai emas karat
  • Tidak ada manusia yang sempurna. Tapi, bukan berarti juga manusia harus tetap menjadi apa adanya. Perubahan ke arah kebaikan itu perlu, dan salah satunya dengan menutupi aurat dari orang sekitar.
  • Perhatikan dirimu Muslimah, saat wanita tidak berpakaian mengikut syariat islam dan nyata lekuknya melewati mata sang bernama lelaki, maka mata mereka mengikuti kemana pertunjukan pergi
  • Menjadi wanita, ada dua pilihan, menjadi besar-besar fitnah atau menjadi sebaik-baik perhiasan.
  • Bila ada tanggapan bahawa gaya berpakaian yang semakin terbuka semakin modern, alangkah tidak kau lihat bahwa binatang tak pernah berpakaian.
  • Hijab bukan pernyataan “aku sudah baik”, atau “aku tanpa dosa”, tapi hijab adalah pernyataan sederhana dari “aku ingin taat”
  • Apa pendapat manusia tentang hijabmu, bukanlah suatu masalah jika engkau sudah ikhlas melabuhkannya dengan keyakinan hanya karena Allah.
  • Satu langkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, satu langkah pula ayahnya mendekati ke neraka.
  • Wahai saudari, Matahari tidak kehilangan keindahannya saat tertutup awan. Begitu juga dengan kecantikanmu yang tidak akan pudar saat engkau mengenakan Hijab.
  • Jadilah Muslimah yang memiliki dua kecantikan, cantik luar yang dilindungi hijab syar’i, cantik dalam yang dihiasi akhlak terpuji.
  • Hijab membantumu menghemat kata-kata untuk jelaskan siapa dirimu pada manusia.
  • Bila Allah menanyakan, mengapa layak syurga diberikan padamu  setidaknya boleh kau jawab, “telah kuhijab apa yang Engkau perintahkan
  • Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah anak yang solehah dan isteri yang solehah.
  • Perhiasan terbaik untuk wanita adalah rasa malunya
  • Lebih baik aku kehilangan sesuatu demi memenuhi perintah Tuhan daripada kehilangan Tuhan demi sesuatu-Mufti Menk
  • Dengan berhijab akan lebih menampakkan diri kamu menjadi wanita yang cantik dan solehah.
  • Ketika seorang wanita meniatkan diri untuk berhijab ketika telah menikah dengan niat meringankan dosa yang harus di tanggung oleh suaminya, namun tidak pernah kah terpikir begitu banyak dosa ketika kau tidak berhijab dan itu semua harus di tanggung oleh ayahmu tercinta.
  • Perubahan baik menyangkut banyak hal bagi wanita muslimah, dan berhijab merupakan langkah awal untuk perbaikan. Tidak harus selalu perbaikan total baru, kemudian baru berhijab.
  • Jilbab bukan hanya untuk wanita yang pandai agama saja, jilbab bukan hanya untuk wanita yang pintar mengaji dan berakhlak mulia saja, namun jilbab adalah untuk semua wanita yang mengaku dirinya muslimah islam.
  • Ketika kita mengambil keputusan dengan melibatkanNya, lalu melepaskan sesuatu yang kita senangi karena alasan-alasan syar’i. Jangan pernah takut, kerana Allah akan menggantinya untukmu bahkan lebih. Percayalah.Insyaallah..
  • Hijab tak sekadar pelindung bagi wanita, melainkan menggambarkan seberapa besar kekuatan dan keindahaan dirinya.
  • Allah tidak akan menerima (Ibadah) seseorang perempuan hingga menutup auratnya, dan Allah tidak akan menerima solat seorang perempuan yang telah cukup umur hingga ia berjibab.
  • Jangan menghina dan patahkan semangat orang yang sedang berhijrah. Tapi, bimbinglah dia, sokonglah dia, kerana dia sedang berjalan mendekati kepada Allah.
  • Sesuatu akan lebih bernilai tinggi, jika dijaga dengan sebaik-baiknya. Dan untuk Wanita Muslimah adalah dengan menutup aurat dari pandangan banyak orang.
  • Wahai Allah pemilik hidup dan penguasa hatiku, kuatkan hijrahku keranamu, pilihan ini bukan pelemah, tapi bahagian dari perbaikan diriku keranamu.
  • Sebaik-baiknya wanita itu yang tahu menutup auratnya, bukan yang membuka auratnya untuk dipamerkan.
  • Menjadi seseorang yang dihormati itu adalah lebih baik daripada menjadi seseorang yang paling diminati kaum adam.
  • Harga diri seseorang wanita adalah saat dia mampu menjaga kehormatannya.
  • Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baiknya perhiasan adalah wanita solehah.
  • Jika seseorang muslimah menghiasi dirinya dengan perilaku takwa, maka akan terpancar cahaya kesolehan dari dirinya.
  • Memang tidak semua perempuan berhijab itu baik akhlaknya, tetapi perempuan yang baik akhlaknya pasti berjilbab, karena dia takut akan api neraka.
  • Wanita yang berhijab belum tentu wanita yang baik, dan wanita yang tak berhijab belum tentu wanita yang buruk. Namun jika wanita berhijab, maka akan menjauhkan wanita dari hal-hal yang buruk.
  • Berhijab tidak perlu menunggu kita menjadi lebih baik terlebih dahulu, tapi dengan berhijab insya allah kita akan menjadi lebih baik.


*Teks ini dari FB;Dunia Islami tetapi telah di edit oleh @PemuisiAkwa.Semoga teks ini  boleh membantu para wanita di luar sana untuk berhijab.Insyaalah..amiin*

Kalau dulu tak minat tuk bertudung
Cubalah disesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa mu `mendung`
Maknanya nafsu itu belum dapat dibendung -@PemuisiAkwa

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)”. (Surah al-Ahzab : Ayat 33) 

                                                                                      @PemuisiAkwa

AKSARA CS LEGACY
10jun 2020
Kg,Sungai Beruang,Bt 12,Sandakan

Apa itu BULI?

  https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/ Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dal...