Hijrah muslimah Part 2بسم الله الرحمن الرحيم
Pada 13Mei2018,Ahad,selepas isyak,pertama kalinya aku merasakan sesuatu rasa yang sukar diungkapkan meskipun dengan perbuatan dan kata-kata.Betapa indahnya perasaan ini saat dua kalimah syahadah diungkap di bibir.Surau Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah menjadi saksi yang aku telah memeluk ISLAM.Aku seperti dilahirkan semula,dari seorang penuh kecintaan terhadap duniaku yang dulu kini semua itu tidak bermakna lagi.Hanya Allah SWT yang tahu rasa getaran itu makin berentak di jantungku saat USTAZAH WIDARTIYAH SUKANDAR mengajar aku mengucap dua kalimah syahadah.
Pada malam itu,malam yang paling berharga dan indah.Bulan seakan menerangi,bintang seakan bergemerlapan melihat aku yang telah sah menjadi seorang islam.Aku telah dilahirkan semula dalam keluarga yang cukup besar di MRTMS.Aku sangat bersyukur mendapat tempat yang memberi aku sinar cahaya yang tak ternilai.
Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah(MRTMS) adalah titik mula perjalanan aku sebagai seorang muslim.Cara pembelajaran yang tidak terlalu susah.Sehinggakan semua bacaan dalam solat aku mampu hafal dalam masa 6 hari dengan izin Allah SWT.Buku Iqra aku dapat habiskan selama 4 minggu.Aku bersyukur kerana Allah SWT masih memberi ruang dalam hidup untuk mengenali ISLAM.Di MRTMS inilah aku merasakan kemanisan Islam.
Kini aku dapat merasai nikmat berpuasa,Hari Raya Aidilfitri,Hari Raya Aidiladha dan banyak lagi.Meskipun banyak dugaan dan tangisan,tidak kira ujian kecil atau besar aku tetap dengan nawaitu ingin belajar Islam.Perkara paling indah adalah aku kini sudah mampu membaca\mengaji ayat-ayat Al-quran.Alhamdulillah...Aku sangat bersyukur.
@PemuisiAkwa
*GENEVIE DONATA ESTRADA@FATIMAH AZ-ZAHRA kini Alumni MRTMS.Dia adalah antara mantan pelajar yang pernah belajar di Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah.Semoga beliau mendapat keberkatan dari Allah SWT di dunia dan akhirat.Insya Allah...Aamiinn..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan