Memaparkan catatan dengan label CATATAN SI GADIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CATATAN SI GADIS. Papar semua catatan

Isnin, 18 Januari 2021

Catatan Si Gadis (d)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualikum ...

Salam dari @PemuisiAkwa...
Hari ini @PemuisiAkwa akan menyambung CATATAN SI GADIS yang ke D.Catatan ini sudah beberapa kali tertunda kerana kekangan masa @PemuisiAkwa yang agak tidak terurus.Ini adalah catatan pertama dalam 2021 @PemuisiAkwa.Selamat membaca membaca...

Dalam aku bercadar/berpurdah...

dan diriku juga banyak syaitannya...

 

Realiti itu selalunya tak diendahkan...@PemuisiAkwa



7 Januari 2019
Rumah Transit Mualaf Sabah

Hidup ini adalah pilihan yang ditentukan Maha Agung.Kadang-kadang hidup ini tidaklah seindah mana.Tapi ianya berbalik pada diri kita untukm menerimanya.Kerana hamba sebagai manusia juga kadangkal tidak mengakui kesilapan.Akan tetapi seorang hamba adalah perancang sebaik-baiknya.Tapi Allah lah penentu segalanya.Kekadang di atas,kekadang dibawah seperti roda berputar,itulah norma kehidupan.Cerita ini bermula apabila diberi amanah.Memegang amanah adalah sesuatu yang buka mudah.Seperti menunggu pedang terhunus yang nak menetak ke diri sendiri.Pilihan ini membawa diri ke ambang maut.Dalam pada detik ini aku ingin lepas dari belenggu yang bagiku menyakitkan dan ia boleh ,membangkit amarah dalam diri di 'Penjara Suci'.Tempat ini indah,tapi kenapa aku merasakan maksiat itu dipuja.Hatiku juga semakin sinis melihat pelajar disini.Aku disini adalah untuk pencarian "diriku".,Harapan aku terlalu tinggi,kerana mentaliti aku terlalu lapuk.Ternyata 'KESYAITANAN' mereka lagi hebat.Mungkin ini adalah Ujian.


CATATAN 2021:

Catatan di atas adalah pandangan seorang gadis mentah yang baru mengenal dunia 'SEKOLAH AGAMA' dan baru mengenal 'PELAJAR-PELAJAR S.A'.Diwaktu itu @PemuisiAkwa agak terkejut dengan suasana pelajar disana.Apabila sudah memahami sedikit rupanya pelajar disana itu bukanlah pelajar yang betul-betul ingin belajar dan sebagainya.Bila mengenal sedikit demi sedikit ternyata tempat seperti ini dijadikan tempat "PEMBUANGAN" anak-anak oleh para ibu bapa diluar sana.Akan tetapi tidak semua seperti itu kerana ada juga anak-anak remaja yang ikhlas ingin belajar.Kebanyakkan dari mereka adalah anak-anak yang bermasalah sebelum masuk ke 'Penjara Suci'.Disini saya dapat belajar yang jangan terlalu awal membuat andaian.Kerana ia boleh merosakkan pemikiran diri sendiri.Tidak semua dalam dunia ini akan menjadi seperti yang kita fikirkan.Bagi @PemuisiAkwa versi sekarang(2021) ia dalah sebuah keadilan.Seperti dikatakan oleh Buya Hamka "HIDUP TERBINA ANTARA PAHIT DAN MANIS.JIKALAU SELALU PAHIT,HATI AKAN MENJADI RAWAN;DAN KALAU SENANTIASA SAJA MANIS,HATI AKAN MENJADI BOSAN.


*Nota ini menjadi dua bahagian kerana mengelakkan kesalahfahaman orang ramai.@PemuisiAkwa hanya berkongsi catatan untuk para pembaca.Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan.*

Salam 2021 pada semua pembaca...Lihat,Dengar,Baca dan Tulis kerana Allah SWT.Write all the truth.

Assalamualaikum.....

Ahad, 1 November 2020

CATATAN SI GADIS (C)

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Belajar dengan tuan hamba
Setelah itu pulang ke rumah
Sebelum tuan hamba membaca
Mari bersama ucapkan bismillah

    Assalamualaikum dari @PemuisiAkwa...
    Hari ini @pemuisAkwa akan menulis kesinambungan dari catatan sebelum ini iaitu CATATAN SI GADIS.Part a & b sudah @pemuisiAkwa publish sebelum ini.Untuk hari ini @pemuisiAkwa akan menulis Part C,Insyaallah...


    Kupohon keampuan YA-RABBI...
    @PemuisiAkwa




    Ku syukuri nikmat yang KAU berikan MAHA AGUNG...
    Ku pohon keampunanMU YA-RABBI...


    3 Januari 2019
    5 Januari 2019
    6 Januari 2019
    Rumah Transit Mualaf Sabah

     Nama seringkali menjadi bahan gurauan,walaupun sudah agak kebiasaan tapi agak 'annoying' bila beberapa orang menjadikannya bahan guarauan.Rasa hati ini masih rasa was-was akan semua yang bakal terjadi,seakan kemampuan diri terbatas tak mampu menghadapi semuanya.Terasa ingin menangis tapi airmata sahaja seakan tak mampu menitik lagi.Diri ini terasa kotor tak mampu berkata-kata.Hanya jari kematu ini mampu berbicara pada pena dan buku nota kosong bertemankan suara nyanyian nyaring cengkerik,suara aliran air menambah melodi.Hari ketiga,hari yang menyejukkan.Dapat aku rasakan di liang-liang kulit aroma kesejukkan RTMS.Kerdilnya diri ini dengan kemampuan yang hampir patah lara di noda lalu menyakitkan jiwa.Peritnya mata ini memaksa airmata yag mengalir.Diri ini seakan tidak bersyukur dengan nikmat di depan mata.Rasa hati sentiasa berkata 'adakah aku membuat keputusan yang betul?'...

     Dalam kegelapan malam,indahnya kerlipan bintang menyinari gemerlapan malam.Hening sungguh RTMS ni.Disini aku mula melihat keindahan Islam dalam erti kata sebenar.Meskipun rasa kekesalan itu ada,tapi kalau bukan kerana dosa itu aku takkan jumpa tempat seindah ini.Kekadang rasa malu itu menebar di hati.Meskipun aku tahu serba sedikit tetapi aku ingin bermula dengan kekosongan dan kenaifan...Tetapi...Ada suasana yang agak menjelikkan hati ini.Aku cuba bersuara selayak seorang manusi dengan sedikit keberanian yang tidak seberapa.Aku mulai sinis sedikit dengan beberapa orang disini.

    Rasa amarah itu mula tumbuh di sudut hati yang ingin kenaifan...@PemuisiAkwa



     Aku agak kelelahan dengan suasana baru ini.Minggu orientasi yang agak berbeza dengan sekolah yang aku pernah pergi."Ya memanglah sebap sekolah sebelum sekolah akademik biasa"Bisik hatiku.Tiba-tiba namaku dipanggil ke dewan berjumpa dengan para staf RTMS.Dari penglihatan aku,aku sedikit dapat mengagak apa yang akan dibincangkan.Tapi kenapa aku???
    Dengan emosi yang agak menyampah dengan beberapa kerenah pelajar aku agak berfikir macamana nak bercakap secara langsung.Dengan status 'Pelajar Baru' agak susah nak bersuara.Dengan fikiran dan emosi yang ceroboh aku dipilih menjadi ketua pelajar muslimah.Aku dah tersilap langkah! Kenapa aku menyetujuinya?? Tak tahu apa yang ada difikiran.Tanggungjawab ini berat dengat keadaan diri yang semengah,apalah yang akan jadi.?Hanya Allah yang tahu rasa penyesalan dihati.Setiap detik aku memikirkan akan dunia sebenar budak-budak disini.Nampaknya aku SALAH! Ternyata pandangan aku dengan budak 'BERNINJA' itu jauh dipanggang dari api.Sesuatu yang berbeza semakin ketara dan itu membuat aku menyampah dan sedikit demi sedikit menjadi fikiran yang buruk.Baru beberapa hari dengan gahnya beberapa terkena makian aku.Hilang segala keinginan untuk menjadi naif.Aku semakin lemas dengan keadaan ini.Bercelaru dan semakin kuat marah ini.Pada hakikatnya aku tumbang juga dengan realiti diri sebenar....

    BERSAMBUNG...
    @PemuisiAkwa

    *Terima kasih buat semua pembaca blog ini.@PemuisiAkwa sangat menghargainya.Untuk makluman semua pembaca,niat tulisan bukan untuk memburukkan budak-budak yang 'BERNINJA".Tapi itulah hakikatnya.Tiada manusia yang sempurna.Seperti kita tahu sekolah-sekolah pondok dan madrasah dijadikan tempat pembuangan para remaja yang gagal di luar sana.Masyarakat menjadikan tempat belajar agama itu adalah pilihan terakhir yang tidak mempunyai masa depan yang cerah.Terdapat ramai juga individu yang bijak pandai mengatakan madrasah adalah sarang kegiatan jenayah.Hakikatnya ada beberapa pusat pendidikan agama ini dijadikan para ibu bapa dan masyarakat diluar sana untuk menempatkan tempat anak mereka yang bermasalah.Permasalahan pelajar agama itu bukan berpunca dari pusat pendidikan tetapi ia memang bermula dari luar sana dan Madrasah dan sekolah pondok  ini menjadi cemuhan masyarakat yang BODOH diluar sana.Salam dari @PemuisiAkwa.


    Selasa, 12 Mei 2020

    CATATAN SI GADIS (b)

                                          

    Penampilan baruku membuat aku tersenyum sendiri di cermin...
    Dan aku sangat rasa janggal tak terungkap.-SI GADIS


    Masih ada taubat untukku...



    2Januari2019
    RUMAH TRANSIT MUALAF SABAH


    Aku tersenyum pahit dan sinis saat namaku seolah-olah menjadi permainan.Meskipun aku sudah terbiasa dengan gurauan itu tetapi,mungkin hati aku agak sensitif kebelakangan ini.Aku merasa was-was dengan diriku dan kemampuanku untuk menghadapi dugaan ini,Terasa ingin menangis tetapi airmata ini seakan berat untuk menitik kerana betapa riaknya diri ingin membuktikan pada mereka.Aku sangat menyesali dengan kesilapan yang hampir meragut mahkota permataku,mujurlah kasih Allah itu masih ada untukku.Betapa kotornya diriku digelumang noda yang tak bernoktah.Hanya jari ini mampu menarikan sebatang pena di atas nota kosong.

    Baru semalaman aku disini,tempat yang begitu asing dengan diriku.Dengan penampilan baruku,Aku tersenyum sendirian di hadapan cermin.Sekian lamanya aku tak menyentuh baju kurung dan akhirnya kini aku memakainya,amat janggal kurasai saat ini.Dan paling menyeksakan adalah aku kena pakai purdah.Budak-budak disini kata benda alah ni peraturan dengan omelan kecil dihati aku terpaksa pakai.Aku mengeluh panjang..,Mampukah aku bertahan??.Aku terkhayal seketika.

    Khayalanku lenyap...Bisikan noda itu seakan -akan terngiang di corong telinga dan jiwaku.Aku merasakan akulah selemah-lemah manusia din seantero dunia.Disudut hatiku berdoa agar diampuni dosaku.Mataku melirik merata tempat memerhati gelagat dan kerenah meraka satu persatu.'Berbeza' dari apa yang aku fikirkan.Hanya itu bermain di benakku.

    @PemuisiAkwa
    *Terima kasih buat semua pembaca.Segala kekurangan itu datang dari diri saya sendiri.Insyaallah masa kan datang saya perbaiki.*

    Khamis, 7 Mei 2020

    CATATAN SI GADIS (a)


               

    Keputusan paling berat adalah keluar dari kepompong
     kekhilafan diri di masa lalu.-SI GADIS



      Masih ada taubat untukku?


    1Januari2019
    RUMAH TRANSIT MUALAF SABAH


    بسم الله الرحمن الرحيم
    Perjalanan yang jauh tapi tidaklah sejauh mana yang aku fikirkan.Debaran terasa...Aku menghitung setiap detik,saat,dan waktu yang berlalu.Perjalanan ini tak semudah aku sangkakan.Hujan renyai mengiringi setiap putaran pacuan empat roda ini.Ranau adalah daerah yang mencipta banyak memori pahit dan manis.Nampaknya aku kena kembali,aku pun tidak tahu harus kembali kemana...Saat kaki kiriku jatuh memijak bumi getaran itu terasa.Aku memandang sekeliling,nampak indah namun aku tersenyum sinis seketika saat melihat manusia seorang ini.Aku agak kaku dengan suasana ini,sangat luar biasa.Cik Ninja(wanita berniqab) di merata sudut,aku hanya mampu memandang kosong.Terdetik di sudut hati saat aku melihat insan-insan disini.Kenapa aku datang ke tempat ini?

    Aku melangkah dengan rasa kekoknya sambil mengangkat barang-barangku ke bilik asrama.Nampaknya banyak sangat kejutan aku dapat harini.Aku cuba kosongkan fikiran dan berfikir apa yang harus dilakukan.Mandi...Hanya itu mampu keluar dari benak fikiranku.Aku pun melangkah...Aku ditarik laju dan kedengaran teriakan kecil mereka.Rupanya aku keluar dari bilik mandi dengan hanya tuala di atas kepala.'Budak-budak ni kata aku tidak boleh buat begitu.Dalam fikiranku "So what?".Aku hanya mampu tersenyum palsu pada mereka.Aku cuba menahan rasa yang amat tidak selesa ini.Apa pun yang terjadi aku kena terima,kerana aku sedar yang aku berada di tempat orang 'baik-baik'..


    2:00a.m
      Aku tak dapat lelapkan mata,ku pandang kosong dan tersenyum melihat kerenah tidur satu-persatu mereka.Aku bangkit keluar dan duduk di meja batu.kututup mataku perlahan.Tanpa sedar airmata jatuh perlahan.Aku merasai satu keajaiban dalam hidup.KU nikmati panorama yang indah ini.Banyak pokok-pokok hijau,sawah padi yang menyejukkan mata,ikan-ikan riang menari di dalam kolam.Suara air mengalir kedengaran.Suasana ini suasana nusantara yang kurindui.Tapi...Mampukah aku melawan gejolak nafsu,bisikan syaitan.Hati ini ingin bertahan tapi jiwa ini kata pergi.disudut hati aku hanya mampu berdoa.Aku ingin pergi dari kemelut itu,aku harus kuat..Aku duduk memeluk tubuh berteman suara cengkerik dengan linangan airmata.Aku hanya sendiri...



    @PemuisiAkwa


    Apa itu BULI?

      https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/ Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dal...