Memaparkan catatan dengan label MAWAR HITAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAWAR HITAM. Papar semua catatan

Sabtu, 3 April 2021

Khabar BURUK atau Khabar BAIK???-Mawar Hitam

 Nota:Rasa Hati(MAWAR HITAM)

Salam buat semua AKSARAS(pembaca)...


Khabar baik atau khabar buruk?
Khabar baik,Mawar menikmati pertunjukkan ini.
Khabar buruk bila ada sekelumit rasa kasihan.
Apakah kesudahannya.-Mawar Hitam


  Agak lama Mawar menyepi...Ini kerana Mawar masih berfikir apakah khabar ini perlu mawar catat dalam blog ini.Sinis dari wajah Mawar kelihatan jelas.Ada khabar tapi adakah ia khabar baik atau khabar buruk? Entahlah...Biarlah para Aksaras di luar sana yang memilih pendapat masing-masing.


  Nota Mawar sebelum ini menceritakan tentang dua anjing kurap A & N.Mawar masih tak boleh lupakan dua ekor manusia ni.Namun berita ini membuat Mawar berbelah bahagi.Antara rasa gembira atau kesian?? 

  Khabarnya Si A semakin terbuka pada dunia luar.Mawar masih ingat akan dirinya ketika di madrasah yang lagaknya seperti wanita lindungan kaabah.Mawar tak mahu sembang lebih,Alhamdulillah dia masih bertudung.Mawar  tak mendoakan yang tidak baik tapi Mawar masih menantikan lebih banyak 'pertunjukkan'.

 Khabarnya Si N manusia tak sedar diri yang sentiasa bertopeng kononya 'kebaikan'.Akhirnya topengnya jatuh tanpa sempat Mawar pecahkan.Siapa yang mampu tundukkan Mawar? Semua mereka kesudahannya jatuh menyembah bumi.Tak tahulah nak gembira atau kesian..Tak cukup buat onar di Taman Syurga dibawah Bayu,buat pertunjukkan hebat pula di Negeri Tanah Melayu.Begitu kecil dunia ini sehingga khabar itu sampai di pancaindera Mawar.

  Rasanya orang yang mengenal kita dulu akhirnya minda lebih terbuka luas.Kerna khabar ini mampu menyedarkan orang  yang pernah memandang serong pada Mawar.Hinanya Mawar pada suatu ketika dulu.Akhirnya terbayar CASH.Topeng sebenar sudah terbuka.A lari dengan seorang manusia(lelaki) di Negeri Tanah Melayu.Saat khabar ini sampai pada Mawar,Mawar Hitam ketawa dengan sinis.Mawar berkata,'Akhirnya pertunjukkan pembukaan topeng sudah membuka tirai'.

  Mawar tak merasa cukup dengan pertunjukkan ini dan Mawar ingin publish kan khabar ini.Mawar  sudah menjangka perkara ini berlaku.Mawar cuma menunggu waktu untuk merungkai pada AKSARAS.

Topeng sebenar mereka sudah terbuka luas-Mawar Hitam


  Sau persatu mereka akhirnya membuka topeng...Dari Pak Ustaznya yang seperti penunggang agama.Hinggalah anak-anak topeng yang sudah membuat pertunjukkan.

  Si I anak harapan junjung quran akhirnya belot.Gelaran PEMBELOT,PENIPU itu sentiasa melekat pada dirinya.

  Si AJ jatuh kecundang memperlihat diri sebenar yang sebenarnya cuma cacing kudis yang menipu gurunya.

  Kekasih hati Si N suatu ketika dulu,Si T hanya seorang pencuri yang tak sedar diri.

  Si A yang dulu penuh ketegasan kononya wanita suci,akhirnya bangga campak niqab.Kau pergi dengan kehinaan dan sentiasa akan berakhir dengan kehinaan.Dan mungkin OTW membuang hijab.

 Si N yang dulu kata wanita agung mangsa keadaan,Akhirnya jatuh dengan sifat sebenar mulai melitupi diri.Kau hanya perempuan rendah yang hina dan keji.Mawar harap N ini akan menghalalkan hubungannya dengan 'temannya' itu.

 Encik U yang berlagak dengan Mawar?? Dia dah dapat balasan yang setimpal dulu.Hanya seorang lelaki LEMAH.Pengakhirannya...Akhiranya hanya menjadi seperti orang hina.

  Fulan 1 & Fulan 2...Agenda penipuan mereka dah tamat.Istana yang dibina akhirnya musnah.Anak kapalnya juga tenggelam di telan masa.Itulah akibatnya bila cuba pergunakan agama melebarkan sayap ketamakan.

B.I.N.G.O!!!

 Semuanya berakhir dengan khabar yang membuat Mawar Hitam mendepakan tangan,tersenyum, menikmati pertunjukkan yang INDAH ini.Mawar akhirnya mampu berjalan dengan sebuah KEMENANGAN dengan pertaruhan Mawar suatu ketika dulu.Musim mereka dah TAMAT.Khabar baik Mawar sangat menikmati pertunjukkan ini.Khabar buruk bila Mawar merasa sekelumit rasa kasihan.Tapi....Mawar tak rela rasa kasihan itu ada dalam diri Mawar.Mereka tak layak mendapat rasa kasihan ini.Mawar berharap mereka-mereka semua membaca nota ini.Nota ini akan terus menerus menjadi penghubung cerita Mawar dan mereka.Rasa kebencian ini belum tamat.Mawar masih menggenggam sebuah kebencian tak dikiranya besarnya.Satu persatu pertunjukkan kamu Mawar akan saksikan dengan senyum sebenar MAWAR HITAM.

  * Salam buat semua Aksaras.Mawar Ucapkan terima kasih buat semua masih sudi membaca nota ini.Mawar nak ingatkan buat semua Aksaras,Nota ini bukanlah contoh yang baik untuk semua.Ini hanya sebuah Nota merungkai kebenaran.Cerita ini adalah Mawar.Segala kekasaran bahasa dalam nota ini Mawar akuinya tapi Mawar berharap semua Aksaras tidak mengikuti apa yang Mawar lakukan dan apa yang 'MEREKA' lakukan.*

Salam Kebenaran

-Mawar Hitam (Blackrose)

Selasa, 19 Januari 2021

Nota Kata Hati(MAWAR HITAM)

    

  Nota Kata Hati Mawar Hitam


Manusia itu memang diciptakan dengan 
saluran airmata dan hati.
Tatkala hati tersentuh,baik itu sedih,marah,
terlalu gembira bahkan takut,
terbentuklah airmata.
Tapi...
Airmata ini hilang bersama hujanan dendam yang
tersimpan dalam diri Mawar.
-Mawar Hitam-

     Jiwa Mawar semakin tertanya-tanya pada erti satu kata iaitu KEMATIAN.Kenapa kematian itu begitu dekat dengan kita?.Kerana itu adalah takdir tuhan.Jawaban itu adalah mutlak.Tiada siapa yang boleh mengubahnya melainkan dia adalah hamba logika akal fikiran.Di sudut jiwa manusia itu tersimpan satu raksasa iaitu satu bisikan yang misteri.Dalam diolog Filem DUKUN 'keinginan membunuh itu seperti keinginan bersetubuh'.Semuanya bermula dengan kisah manusia.Ia adalah satu sebap kematian tragis manusia.

Sebuah cerita itu diingati,disampaikan,ditulis,dicetak,difilemkan dan kini semua pasti mengenal dunia yang dikata hujung jari.Semuanya diatur oleh manusia yang berasal di satu kaum,"Itulah yang dikatakan channel youtube PriceMeed.Bukankah ia misteri yang sangat misteri.Ada manusia yang menyedarinya,ada pula yang mengendahkannya,ada pula manusia yang terlalu sibuk dengan dengan sesuatu yang jauh dari akal manusia.Banyak rahsia dunia yang ramai kita tidak tahu.Tapi itu semua andaian manusia semata-mata.

Dalam usia muda dan tubuh badan yang kuat bukan jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai usia tua.Ulama ada mengatakan manusia itu hanya kumpulan hari-hari. Ada manusia masih tidak sedar ‘modal’ harinya semakin berkurangan.Dari sudut agama ia adalah nyata dan bukan bicara kosong.Sebagai manusia bukan hanya bersandarkan logika fikiran semata-mata.Manusia dicipta dari tuhan maka kembalilah pada tuhan.Ia adalah peradaban manusia dan tuhannya.Itu adalah hikmah kita memperingati kematian.

Perkara itu dinyatakan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah Al-Baqarah, ayat 186)


***************************************************************************

 

   Dalam kita bercakap,berjalan,berlari dan sebagainya pernahkah tidak sedetik mengingatkan kematian.Mawar akan sentiasa terfikir dapat aku membalas dendam.Itu adalah diri Mawar.Kematian itu sentiasa dekat.Tapi kematian apakah yang terbaik dalam seorang yang bernama Manusia.Adakah dengan pembunuhan?,kemalangan?,atau kematian 'biasa" bakal dialami oleh setiap manusia.Ramai insan yang belajar agama inginkan kematian husnul khatima.Tapi Mawar Hitam menginginkan kematian yang tenang iaitu kematian tanpa dendam.Kematian apa yang kamu semua inginkan??


Salam dari Mawar Hitam...

@MawarHitam

https://web.facebook.com/profile.php?id=100055539258815

Jumaat, 18 Disember 2020

Nota:Mawar Bercerita...(MAWAR HITAM)

 Salam buat semua pembaca...



Mawar Hitam bercerita bukan sekadar cakap kosong tapi inilah adalah sebuah kebenaran.

 



 Nampaknya belakangan ini banyak isu timbul.Nampaknya agak ramai juga berminat dengan nota Mawar Hitam.I'm very appreciate that.Mawar dah lama tak bercerita...Sebap dah ramai mata-mata yang memerhati Mawar dari jauh.Mawar jugak berusaha untuk menapis semua perkataan yang di publish dalam blog ini.Tapi lumrah dunia kita akan berjumpa orang yang bodoh..Disini Mawar akan bercerita tentang orang sekeliling Mawar yang sangat "SESUATU".Mawar agak sinis dengan kisah seperti ini.Pada kebiasaannya kita sudah disajikan dengan manusia yang mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi.Dalam riwayat ini juga telah dinyatakan.

'Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: 'Pada akhir zaman akan muncul orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka memakai pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud) untuk mendapat simpati orang ramai. Tutur kata mereka lebih manis daripada gula, sedangkan hati mereka sama dengan hati serigala yang bertujuan jahat. (Riwayat Tirmizi).'

Dan sekarang Mawar sudah melihatnya,depan mata jelas kelihatan.Pada mulanya Mawar merasa protes dengan keadaan itu.Namun apa kah daya seorang 'saya' ingin membangkang perkara tersebut kerna saya berhadapan orang yang berilmu dan saya hanya insan yang baru sahaja mengenal ilmu.Saya juga serba sedikit melihat sisi gelap golongan yang boleh dikatakan 'penunggang agama'.Tapi kita juga hamba tidak layak menghakimi seseorang itu.Mawar hanya bercerita tentang orang-orang yang di sekeliling Mawar.Mereka adalah hamba Allah yang membuka mata,jiwa Mawar untuk melihat dunia  baru.Kadang-kadang Mawar tertanya-tanya inikah realiti dunia yang orang wara-warakan ia perjuangan agama? Entahlah...Mawar tak judge mereka.But sometimes...Ia menjadikan Mawar orang yang sangat kurang ajar sebap tidak tahan  untuk memaki orang sebegini.Mawar pernah berjumpa dengan seorang dengan gelaran 'Ustaz'.Yang menariknya Ustaz ni ramai sangat budak-budak perempuan bercerita tentang dia.Mawar pun rasa pelik jugak.Bila budak-budak perempuan bercerita tentang 'Ustaz' ni,ia seperti mengubah peribadi pelajar itu kearah 'something weird'.Saya agak terkejut bila umur 13/14 tahun bercakap tentang poligami.

"Tidak kisahlah jadi bini kedua atau ketiga yang penting berilmu dan beriman"

Itulah dikatakan oleh budak-budak perempuan.Bila Mawar terdengar benda tu agak membuat Mawar berasa jelik dengan pelajar agama dan ustaz ini.Mungkin Mawar yang naif dalam dunia seperti ini.Pada ketika itu ada beberapa pelajar agak obses dengan ustaz ini.Sehingga pelajar terlihat 'sesuatu'.Mawar tak benci cuma rasa agak janggal dengan beliau.Dia cuba mengubah norma pelajar disana.Tak tahu apa motif ustaz ini.Dia kadang-kadang memerli beberapa guru lain tetapi hanya berkata didepan pelajar.Bila berhadapan dengan guru lain beliau tunduk seperti orang yang bertawaduk.Mawar juga kurang selesa dengan gurauan melampaunya yang membuat Mawar hilang pergantungan untuk bersikap biadap.Mawar ingatkan hanya Mawar yang tidak selesa rupanya ada beberapa orang pelajar tidak selesa dengan gurauannya.Ini cuma pemerhatian Mawar sahaja.Mawar melihat beliau cuba mempolitikan keadaan.Keadaan sekolah itu seperti tidak tentu arah.Pelajar yang mulanya bersatu semakin lama semakin berkelompok.Ustaz ini banyak mengkritik cara pembelajaran di madrasah ini.Dia juga menghasut beberapa pelajar untuk ikut denganya menyambung pembelajaran di pusat pendidikan lain dengan mengatakan sekiranya mereka di sekolah ini mereka tidak berkembang.Dalam pada itu ustaz ini juga memilih-milih pelajar yang agak berpotensi untuk diserap masuk dalam pusat pendidikan yang lain.Tapi Mawar tak kisah dengan itu semua hinggalah timbul isu yang Mawar ni orang memfitnah dia.Mawar tak terkejut dengan tuduhan Ustaz ni.Tapi nampak pengecut sebab Ustaz tak berhadapan terus dengan Mawar.Hanya berani bercakap di belakang sahaja.Kononya Mawar banyak bercerita & MEMFITNAH dia.Sampai sekarang Mawar tak tahu apa yang Mawar fitnah dia.Mungkin Mawar ni bermulut lancang sebab itulah jadi bahan untuk kebencian orang ni.Mawar yang mulanya hormat dengat ustaz ni,tapi bila dah jadi begini membuat Mawar biadab,kurang ajar dengan dia.Bukan sahaja ustaz ni dengan pelajar-pelajarnya sekali Mawar menyampah.Mawar tak cakap yang Mawar ni manusia sempurna,Mawar tahu yang Mawar orang terlalu baru dalam dunia keagamaan ini.Mawar yang baru ni tapi dihidangkan dengan suasana yang jauh dari apa yang difikirkan.Tapi mungkin Mawar yang salah sebab terlalu naif dalam dunia ini.Tapi bagaimana dengan mereka?? 

Baru-baru ini Mawar mendengar cerita yang geng ustaz ini dah bubar.Mawar tak mengatakan yang Mawar ni sentiasa betul tapi Mawar melihat orang-orang yang benci,mengata dengan Mawar tidaklah sebaik sewaktu di madrasah.Mawar melihat ada yang mula membuka tudung,mula mewarnakan rambut.Dalam hati Mawar kesian tapi kadang-kadang Mawar agak sinis dengan mereka ini.Kerana merekalah yang mengata,mengutuk Mawar ni pembawa wabak buruk di madrasah,mengata Mawar ni tak macam pelajar perempuan yang berpurdah/berniqab.Mawar jauh sekali mengagungkan diri sendiri.Mawar tak mau jadi seperti mereka-mereka yang orang anggap seperti penunggang agama.Tapi Mawar bukan tuhan untuk menjatuhkan hukum pada orang lain.Paling penting jaga diri sendiri,jangan terlalu obses dengan da'wah islam sampai menghalalkan benda yang haram.Sama-samalah kita bemuhasabah.

Salam kebenaran dari Mawar Hitam..


Khamis, 8 Oktober 2020

NOTA;RASA HATI(MAWARHITAM)

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Takkan hilang kebencian ini.Kebencian itu seperti api, ia membakar siapa sahaja yang menyentuhnya.
@MawarHitam(Blackrose)




Salam dari Mawar Hitam...

Nampaknya ada yang suka nota dari Mawar Hitam..Tapi ada yang sakit hati tak??? Yang tak puas hati tu bolehlah chatting dengan Mawar di Facebook Mawar Hitam.Jangan risau Mawar tak bunuh orang.Mawar cuma sakiti jiwa yang sudah menggangu ketenangan Mawar.Mawar Hitam penat nak berselindung dari kesalahan orang lain.


 Pada di akhir kisah,akhirnya Mawar pergi ke kemuncak cerita yang menarik ini.Tapi pada malam itu hati Mawar sayu melihat Umi.Nampaknya Umi tahu yang ramai sangat benci dekat Mawar.Malam itu wajah AJ nampak tak puas hati.Terlihat banyak kebencian..Mawar suka pandangan itu.Berlagak tapi lemah,selemah-lemah manusia.Mawar tak mengaku tiada salah tapi kelebihan sentiasa da pada Mawar.Mereka minta maaf tanpa ikhlas.Mawar tak kisah kerana mereka tetap di bawah dan sentiasa bodoh.Tapi hati ini sakit bila melihat mereka seolah tak menghormati umi.Mawar tahu yang Mawar pun bukannya baik sangat.Mawar terkilan,sedih bila umi berkata:


"c****,Umi minta minta maaf sebap gagal didik dorang ni"

Mawar tak suka perkataan itu.Mereka tak layak buat begitu dengan umi.Mawar bencikan mereka,sepenuh hati Mawar.Mawar Hitam tak sanggup lagi menahan kemaraha ini.Mawar kena pergi sebelum sesuatu terjadi.Pada ketika itu juga Mawar rasa bersalah dengan Umi,Kerana Mawar tidak mendengar semua Umi katakan.Mawar tak mampu menahan segala kemarahan ini.Apa yang Mawar rancangkan selama itu memang membuah hasil..Tapi untuk menyakiti hati Umi tidak.Malam itu Mawar keluar dari rumah Umi dalam menahan airmata.Mawar terpaksa buat begitu.

12.00am...Mawar melangkah longlai dengan perut kosong ke asrama.Lebih menyakitkan bila pintu asrama berkunci.Mawar teringin sekali nak pecahkan pintu itu tapi Mawar masih boleh berfikir yang itu bukan milik Mawar.Mawar teruskan langkah ke Galeri.Duduk bersendirian,memeluk lutut sambil menahan airmata laju mengalir.

Mawar berdialog sendirian di kegelapan malam...

"Kenapa aku selemah ini? 

Kenapa aku tak pukul saja mereka.?

No!Aku tak boleh kotorkan tangan aku di tempat ini.


Malam itu Mawar tidak dapat pergi.Semua barang keperluan Mawar di dalam asrama.Mawar kena ubah rancangan untuk esok...Pada malam itu juga bersaksikan bulan,pepohon...Semua yang ada malam itu Mawar tidur dengan hati,jiwa yang penuh dengan kebencian.Mawar tidur beralaskan sejadah di lantai surau dengan linangan airamata kemarahan,kebencian....Pada esoknya Mawar Hitam buktikan yang Mawar tak HIPOKRIT tak MUNAFIK!Mawar tonjolkan diri Mawar yang sebenar.Mawar melangkah keluar dari tempat itu dengan membuka hijab.Mawar tahu itu salah dan salah.Tapi hanya itu boleh membuka mata semua 0rang untuk melihat maksiat sebenarnya berlaku di sekeliling mereka.Dan mereka cuba menghalalkan maksiat itu? Lagipun apa bezanya dengan mereka.Mereka lagi hina.Mempergunakan agama untuk kepuasan nafsu maksiat. Menjijikkan...


A & N merasakan mereka tidak bersalah.N merasakan dia tak berbuat dosa dan Si A merasakan yang Mawar bersalah dalam semua peristiwa itu.Mawar sangat berharap dua anjing kurap ini membaca Nota Mawar hitam ini.Mawar tak buka Aib kau yang keji pada waktu itu wahai A.Sebap Mawar masih sedar diri.Kau salah pilih kawan.Kawan yang kau puja Si N tu yang membuka aib kau.Mungkin kau rasa cukup hebat,cukup indah bila niqab tu membalut muka kau.Nosense!.Kamu rasakamu  Wanita lindungan Kaabah.?Tapi hakikatnya kamu tu tu cukup keji!Sebenarnya Mawar tak mahu cerita tapi tak menariklah cerita ni kalau tidak dibuka semua.Tak adil bila hanya Mawar dipermalukan.Mawar tak kisah dipersalahkan..Sudah biasa sangat..Alang-alang menyeluk pekasam kan..kau nak sangat Mawar buka Aib kau kan.Mawar Hitam akan buat.Cik A kau rasa kau bagus? Ya kau memang bagus..Kau hebat sebap Mawar tak pernah buat apa yang kau buat..

Kau bawa rokok ke asrama Madrasah? Apalah sangat kan..

Kau boleh kirim gambar berkemban kau dengan lelaki? Hebatnya kau kan...

Kau cakap kau buat 'ONANI/SEX CALL' dengan Si I? Ni Mawar masih tertanya-tanya betulkah benda ni.Kalaulah betul...Kau betul-betul HEBAT..Tapi sekiranya benda ni fitnah kau tak boleh salahkan Mawar,Tanya sahabat sejati kau apa yang dia sudah buat..Mawar kagum😂

Ada lagi yang aku lupa kah?? Kau ingat aku kah yang bagitau tu semua dengan orang? Kau salah bodoh! Kawan kau yang kau puja tu bagitau dengan semua orang supaya dia nampak suci depan orang.Si N bercerita kisah indah kau dengan orang seolah-olah dia perempuan SUCI.Mawar kagum dengan persahabatan kamu.

Tujuan Mawar Hitam tulis nota ni untuk buat pengakuan dan cerita kebenaran.Mawar ingat Mawar ni yang pendosa sejati tapi yang lagi HINA,KEJI ,JIJIK..Tuhan tu memang baik sebap tutup aib kau.Tapi aku tak cukup baik untuk berdiam diri dengan apa yang kamu berdua buat.Dan lepas apa yang berlaku ni kamu masih menyalahkan orang lain.Kamu tak tahukah yang kamu tu mencerminkan realiti orang yang belajar agama.Betapa hinanya kamu dimata Mawar.Maruah kamu betul-betul di telapak kaki Mawar.Kamu sedar tak benda tu? Ya memang Mawar membuka tudung di depan kamu  dan depan semua orang..Tapi apa beza kita?? Sama-sama buat DOSA🤣😂...Tapi Mawar Hitam tak SEMURAH kamu berdua.Kamu tetap hina!Sehina-hinanya Manusia.Teruskanlah lagak suci kamu.Mawar hanya melihat perkembangan kamu dari jauh.Sekarang pun dah buka niqab kan..Oklah tu sekurang-kurangnya tak rosak identiti Niqab tu.Kesian Niqab tu jadi penutup maksiat kamu.Mawar tak cakap yang Mawar ni tak bersalah,tak berdosa.Mawar ni sejahil-jahil manusia di muka bumi ni dan Mawar tak merasa lebih baik dari kamu semua.Mawar Hitam dah ceritakan sedikit sebanyak kisah ni.Mawar puas sebap sudah buka cerita di tontonan public.Mawar tahu Ramai yang tahu siapa Watak dalam Nota ni.Mawar takkan sebut pun nama mereka.Mawar cuma ada sedikit kesian dengan dua anjing kurap ni.Lagipun Mawar tidaklah bodoh sangat,Mawar tak mahu ada pihak lain terlibat dan di pandang remeh.Mawar Hitam sangat berharap Si A&N membaca nota ni.Biar sedar diri sikit.Jangan nak berlagak dengan Mawar Hitam.Mawar tak harapkan kamu berdua bergaduh,seeloknya berkawanlah sampai Mampus.Bodoh & Bodoh berkawan jadi bangang yang abadi.Layaklah kamu berdua jadi sahabat.Kawan yang sentiasa menikam dari belakang macam fucking bullshit.Kamu berdua ni orang TERSIAL dalam hidup Mawar.Kamu ni tak layak jadi sebahagian kisah Mawar tapi dah jadi pun.Sebahagian yang HINA.Sekian dari Mawar Hitam(Blackrose)....

Mawar Hitam puas dapat bercerita di Blog @PemuisiAkwa ni.Lepasni mungkin Mawar akan bercerita tentang ustaz-ustaz sampah yang pernah Mawar jumpa di dunia ni.Nantikanlah....


Mawar wujud dalam blog ni sebap nak buka sedikit kisah benar dari sisi gelap.Tapi sekiranya pembaca ingin cerita kebaikan,@PemuisiAkwa akan sajikan di segmen dia.Mawar Hitam cuma akan bercerita tentangKEANJINGAN,KEBABIAN manusia.Sekiranya ada pembaca yang ingin bercerita dengan Mawar bolehlah DM di Facebook MAWAR HITAM.Hati-hati MAwar sedang memerhati..😏


@MawarHitam(Blackrose)

#notarasahati

#aksaracslegacy

#changethementality


Selasa, 29 September 2020

NOTA:RASA HATI(MAWARHITAM)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 




@MawarHitam(Blacrose)



Salam dari Mawar Hitam...

  Mesti ada yang ternanti-nanti nota dari Mawar kan...Jangan risau Mawar tengah fikir macam mana nak susun ayat supaya tiada pihak lain yang terlibat secara lansung atau tidak langsung.Nota ini mungkin boleh membuka mata untuk menilai,dan mungkin membuat ada insan sakit hati,mungkin juga ada yang mengecam secara diam.Kelab persatuan Fissabilillah dah panas punggung?? Sebenarnya itu yang Mawar inginkan.Biar mereka tahu yang jiwa Mawar di penuhi dengan DENDAM    yang belum dilunaskan.Tapi tidak apa,Mawar sudah kumpul ingatan peristiwa itu.Mawar takkan tinggalkan sedikitpun.


  10 july 2019..Seorang manusia mempertaruhkan maruahnya sebagai seorang wanita dengan membuka hijab di khalayak orang yang kononnya imannya Lillahitaala.Mawar telah membuat kesalahan di sisi Allah.Sekaligus membuka ruang para manusia sekeliling Mawar untuk mengutuk,menghina,memandang rendah pada Mawar.Mawar tak kisah pun,kerana Mawar tahu dengan perbuatan ini akan membongkar semua penipuan yang mereka buat.Biarlah Mawar nampak hina tapi sekurang-kurang Mawar tak sebodoh mereka.

Berbalik pada sambungan nota Mawar Hitam sebelum ini.Mawar hampir hilang kesabaran untuk menghadapi kelakuan mereka berdua.Tak tahulah kenapa Mawar Hitam boleh sesabar itu.Mawar tak pernah sedih dengan apa yang Tuhan takdirkan di suasana di tempat ini tapi kenapa Mawar boleh sesabar ini.Mawar disindir,dibuatkan lagu yang menyemai marah dihati.Mawar ada meluah rasa dengan insan yang Mawar panggil umi,Umi kata abaikan sahaja.Tapi ini Mawar Hitam...Mawar tak selemah itu.

Mawar sudah aturkan segalanya,pada malam itu Mawar telah meluahkan segala tanya tanda tanya pada seorang insan iaitu ayzi.Mawar pada ketika itu memang lelah dan lemas tubuh badan sehingga pengsan.Jasad Mawar memang lemah tapi jiwa Mawar takkan pernah kalah dengan semua ini.Seperti dalam jangkaan ayzi menyampaikan semua perkara dengan Ustazah.Tapi sebenarnya Si N yang belot.Dia yang membongkarkan kepada Ayzi dan Ayzi mendapat cerita tambahan dari Mawar.Pada waktu itu Ustazah memanggil semua yang terlibat.Dan Si A mengaku dia memang bercinta dengan Si I.Tapi yang memeranjatkan Si I ni tak mengaku.what the......??? Mawar tak kisah apapun masalah mereka tapi kenapa Mawar nampak salah dalam hal ini.Mereka menyalahkan Mawar.Si I ni sanggup bersumpah dengan Quran.Apa ni?? Mana yang betul?? Seorang mengaku dan seorang lagi tak mengaku.Hebat sandiwara mereka.Muka memang dah pucat tapi yang menarik minat Mawar wajah seolah-olah tak berdosa Si N.Berlagak muka suci sedangkan dia lebih kurang jahanam juga.Dia sendiri pun buat benda yang sama.Bercinta dengan Si T.Manusia,manusia...Mawar sangat penat pada waktu itu terlalu banyak benda berlaku.

***Dengan kisah percintaan 2 budak hingusan lagi.Sebut pasal 2 budak hingusan ni,sebagai pelengkap cerita.Dua ekor budak ni berkirim surat..Dan yang paling menyampah Si I nak jadi pemimpin yang sempurna.Tak semena-mena Mawar berkata,Kamu semua yang bermasalah ni nak selesaikan benda ni? Yang satu posmen si N,seorang lagi peminat Si N dan Si I ni lagi yang memang ada masalah.Siap marah-marah Budak hingusan tu lagi.


"Kamu semua lelaki ni semua sama"

Perkataan ini yang mengundang kemarahan Si I sebagai lelaki islam sejati kononya.

"Kenapa kau cakap semua lelaki sama sedangkan Rasulullah pun lelaki."

Semua orang pelajar waktu itu memerhati.Mawar Hitam menbalas kata waktu itu:

"Yang saya cakap,semua lelaki tu kau,dengan Si F&M.Kamu semua ada masalah disiplin dan ada hati nak selesaikan masalah budak lain?

Dengan pantas Si AJ berkata;"TAMPAR JAKK!

Mawar dah naik baran waktu itu,segala apa di minda semua dikeluarkan.Si AJ kata kau kenal aku siapa.MAcamlah dia tak kenal siapa Mawar Hitam ni.Nak ugut pukul?? Panggil polis tak sia-sia masuk lokap.Tak sedar diri sudahlah PTI nak ugut pukul ***Mawar.Salah orang AJ ni.🤣

Mawar pada waktu itu memang menahan amarah yang besar.Dan yang paling menyedihkan staff disitu hanya melihat seolah-olah tiada apa-apa berlaku.Inilah orang-orang yang menegakkan islam??

Menyedihkan...Menjijikkan!

Seperti yang Mawar fikir mereka ni penunggang agama,nak pakai ilmu untuk buat maksiat.Mengalahkan kafir.Mawar menangis tapi bukan sebap sedih,Mawar menahan sakit bila tak dapat melawan sebap Mawar menumpang di tempat ini.

Pada hari itu juga Mawar putuskan untuk beritahu umi yang Mawar akan keluar dari tempat itu..

Cerita hari ini memang agak pelik kan.Tapi itulah hakikatnya,Mawar Hitam tak munafik seperti mereka.Dua anjing kurap tu memang bodoh,Si A masih memandang yang Mawar ni yang bocorkan semuanya.Dia silap..Sahabat sejati dia yang bongkarkan semuanya supaya Si N tidak nampak bersalah.Tapi dah memang bodoh kan.Dia tetap menganggap yang Mawar Hitam yang MUNAFIK.Kalau dah murahan nak berlagak perempuan lindungan kaabah pula.Mawar Hitam tertanya-tanya apa fungsi niqab diwajah mereka tu? Untuk menutup pelindung maksiat??? Woww inilah pelajar madrasah?? Kalau dah memang budak terbuang tetap BODOH kan.Walaupun Mawar agak marah dengan Si AJ tapi ada kebaikannya juga.Dia cuma akan menjadi alat untuk rungkaikan semuanya.Dengan perselisihan dengan AJ,Mawar lagi mendapat segala kemudahan untuk bongkarkan semuanya...

Mawar akan ceritakan semua rahsia Si A yang N bocorkan.Dan sememangnya mata&otak Mawar Hitam ni sangat berbeza.Sebelum N ceritakan Mawar memang sudah tahu semuanya.Mawar Hitam akan ceritakan di Nota yang seterusnya...Cerita yang seterusnya ialah cerita dimana Mawar Hitam telah bertindak seperti dirinya sebenar.Tidak hiporit,tidak munafik.Mawar Hitam membuka hijab di tempat itu.Setahu Mawar tak pernah pula yang Mawar Hitam ni mengaku perempuan menutup aurat.Semuanya dalam akal Mawar hitam...Tunggu Nota yang seterusnya....


BERSAMBUNG...

@MawarHitam(blackrose)

-Creative Writer at Aksara Cs Legacy

#aksaracslegacy

#galerycslegacy

#changethementality

Isnin, 28 September 2020

NOTA:RASA HATI(MAWARHITAM)

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


@Mawar Hitam



  Salam dari Mawar Hitam...

 Sebelum ini Mawar Hitam bercerita tentang Fulan1 dan Fulan2.Harini Mawar Hitam akan bercerita kronologi budak-budak yang sukar Mawar Hitam gambarkan.Cerita ini bermula bila selepas hari raya adilfitri dan cuti semester berakhir.Kami semua telah balik ke asrama untuk menyambung sesi pembelajaran.Sebelum ini MH sangat baru dalam  dunia ini.Tapi untuk langkah kali ini perlu banyak persediaan untuk menghadapi segalanya.MH cuba berbuat biasa walaupun rasa rimas dengan ragam manusia di tempat ini.Sakit tak tertanggung apabila menahan rasa marah&kebencian.Ikut rasa memang nak buat mereka merana tapi MH kena bijak dalam mengatasi arah ini.

Elok berniqab si budak tapi dalam diam bercinta dengan seorang pelajar.Sangat menyedihkan bila seorang wanita yang kata tegurnya tegas dengan orang lain,yang wajah bak ninja ditutup kemas.Ternyata hanya seorang perempuan menyedihkan.Mawar Hitam seolah menjadi alat untuk mereka berbuat perkara sampah itu.Rancangan untuk menjatuhkan Fulan1 juga gagal kerana sikap mereka yang mencabar jiwa Mawar Hitam.Makanan di koperasi diambil(dicuri) untuk lelaki yang dipuja. Mawar Hitam pernah bertanya dengan seorang guru apa lagi penting amanah jawatan atau amanah kawan?"dua-dua,ringkas guru itu"...Mawar Hitam agak keliru pada waktu hanya tangisan dihati menahan marah dengan dua anjing kurap ini.Seandainya kamu berdua terbaca nota ini Mawar Hitam tak pernah menggangap kamu berdua kawan.Menyedihkan bukan?? Mawar Hitam rasa sangat lucu sebap dua anjing kurap ini merasakan mereka layak untuk berkawan dengan Mawar Hitam.

Untuk pengetahuan pembaca,Mawar Hitam bukan nak buka aib tapi untuk mengungkap kebenaran.Dan kebenarannya terlalu ramai sangat penunggang agama.Dari Pak Ustaz yang tak serupa bikin,dengan pelajar macam Hantu.Memang layak hidup bersama,mati sama-sama sekali.Mawar Hitam banyak menyendiri,termenung memikirkan cara menghindar dari konflik dua anjing kurap ni.Koperasi dijadikan tempat buat maksiat.Kamu berdua memang pandai berlakon tapi tak cukup meyakinkan di mata Mawar Hitam.Kamu beruntung berjumpa Mawar Hitam yang berumur 19 tahun tapi sekiranya kamu berjumpa dengan Mawar Hitam yang dulu memang tak selamat pipi belah kanan kamu.Mawar Hitam tak sebodoh kamu.Semuanya ikut rancangan yang sudah di atur kemas.Bila seorang tiada sifat setia kawan maka salah seorang akan hancur.Bila salah seorang belot  maka bermulalah panas kisah ini.Mawar Hitam waktu itu bercakap tentang si A yang mahu sambut birthday si I,dan waktu itu ustazah sendiri yang bagitau si A mengaku minat dengan budak I ni.Terlepas cakaplah yang dia nak sambut birthday.Ingatkan benda tu sudah terbuka.Dan malangnya waktu malam itu ustazah sudah WARNING isu itu.Mawar Hitam tersilap lagkah seketika.Tak semena-mena Si N berkata ustazah takkan bercakap kalau tiada yang mengadu.Mawar Hitam cuba untuk cover masa itu tapi memang tidak dapat.Yang dua anjing kurap ni mengaku minat dengan budak I dah kenapa.Mereka yang buka ruang untuk diketahui pengurusan.Bermula dari itulah Mawar Hitam diumpat,disindir.Mawar Hitam cuba bersabar kerna ada sesuatu yang akan menanti mereka...

Mereka tak kenal siapa Mawar Hitam...Segalanya dalam perancangan akal Mawar Hitam.Mawar Hitam tak pernah menganggap mereka kawan.Mereka berdua itu cuma budak kecil yang baru nak merasai nikmat berbuat maksiat di tempat menimba ilmu agama.Di tempat ini Mawar Hitam tak boleh berkasar,hanya diam akan sampai masa itu semuanya akan dibongkar dan Mawar Hitam hanya perlu tidur dan tersenyum.Mereka nak bermain api dengan Mawar Hitam,silap orang.Cukup menyedihkan dua perempuan anjing kurap ini kenakan Mawar Hitam.Selangkah mereka bergerak, Mawar Hitam dua langkah kedepan.Cukup sampai disini Nota Mawar Hitam.Nota seterusnya akan lagi menarik dan semakin menarik...Tunggu Nota Mawar Hitam seterusnya....



BERSAMBUNG... 

@MawarHitam(blackrose)

-Creative Writer at Aksara Cs Legacy

#aksaracslegacy

#galerycslegacy

#changethementality

Jumaat, 25 September 2020

NOTA:RASA HATI (MAWARHITAM)

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


   


                              

  



  Jiwa,hati yang gundah tak mampu terubat dengan sekadar kata diungkapkan.Mereka kata sentiasalah positif dalam menengani segalanya di dunia ini tapi hakikatnya apa yang dikata tak seiring dengan perlakuan mereka.Siapa yang bodoh sebenarnya? Atau aku yang terlalu memikirkanya.Satu-persatu mereka mulai membuka topeng diwajah yang penuh dengan kejijikkan tak kelihatan.Tapi tuhan itu memberi kita mata untuk melihat,telinga umtuk mendengar,..Jelas dan nyata si Fulan1 ini membuka mata aku untuk melihat dunia gelap seorang ustaz yang hanya sekadar nama.Sudah memang gelaran dunia.Mulut yang lancang bak pedang tumpul terkena najis anjing.Aku menangis bukan sedih tapi api kebencian itu semakin  marak di jiwa aku.Seandainya 'KAMU' membaca teks ini.Ingin kusampaikan yang benci aku takkan habis.Untuk pengetahuan, 'KAMU itu hanya seorang manusia yang maruahnya sangat hina dimata manusia seperti aku.Maruah kamu tempatnya hanya di telapak kaki.

  Dunia ini memang 'SESUATU' membuat aku tersenyun sinis.Aku ingatkan akulah manusia paling hina,rupanya ada lagi hina..😂.Pergunakan agama untuk kepentingan diri.Dasar penunggang agama! disini aku melihat betapa berbahayanya seseorang yang mempunyai ilmu.Wahai Fulan2 kamu sangat hebat berkata-kata seperti HERO AGAMAWAN yang tak didendangkan.Dimata mereka yang otak lemah memang memandang anda seperti LELAKI LINDUNGAN KAABAH.Mempergunakan segala ilmu untuk bergurau dengan budak-budak perempuan hingusan yang mudah luluh dengan setiap kata jijik dari anda Encik Fulan2.Menyedihkan bila manusia seperti memandang hina kepada anda.Bila rasa tercabar dengan rasa pengecut kamu itu.Anda mengatakan saya adalah penabur fitnah? What the hell man.Berkatanya kamu tanpa bermuhasabah.Tak perasan kah kamu yang kamulah pemula segala dunia fitnah yang kamu cipta.Pengecutnya,,,Kenapa tak jumpa dengan aku? TAKUT??? Betullah perempuan ini berbahaya,kamu saja takut.Kata maaf itu penipuan untuk memancing kejantanan kau yang sampah.Untuk satu pengenalan aku hanya bercerita sedikit tentang dirimu Fulan2.Nanti aku akan ceritakan semua kronologi drama fitnah yang anda cipta.Tunggulah nanti.


Kisah ini adalah 2 orang Fulan bergelar ustaz di sebuah dunia.Aku akan bercerita dan pembaca blog ini akan nilailah sendiri.Saya sangat tertunggu-tunggu komen dari anda semua.Dan sekiranya 2 Fulan ini terbaca NOTA ini saya juga meminta pandangan anda.Saya tak sabar nak ceritakan semua yang pernah saya lihat.Mungkin benda itu indah mungkin juga pekara itu menjijikkan.Salam dari Mawar Hitam(BLACK ROSE)


ADAKAH IA MITOS,SEKADAR CERITA KOSONG SATU KEBENARAN YANG MENGUNGKAP KEBODOHAN MANUSIA.


#MAWARHITAM(blackrose)

#aksaracslegacy

#galerycslegacy

#changethementality

Apa itu BULI?

  https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/ Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dal...