بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم.
Assalamualaikum Aksaras...
Hari ini Akwa nak kongsi buat semua Aksaras tentang bangsa Akwa menjadi bahan ejek sewaktu zaman sekolah hinggalah sekarang.Tujuan Akwa menulis ini adalah untuk sekadar perkongsian.Tapi Akwa berharap dengan catatan dapat menyedar para 'penghina' bangsa Akwa.
Sewaktu zaman sekolah lagi bangsa Akwa menjadi bahan hinaan orang.Tak kira dari pelajar malah dari guru dari sekolah itu sendiri pernah membahan bangsa Akwa.Tak tahulah apa motif mereka nak buat begitu.Sampailah sekarang Akwa berfikir 'Kenapa mereka menghina bangsa saya?'Akwa masih ingat nama-nama yang pernah mengejek Akwa dahulu.Mereka bukan sahaja mengejek tetapi malah pernah melempar Akwa menggunakan gumpalan kertas dan paling teruk sekali Akwa pernah hampir dilanggar menggunakan kereta pelajar di sekolah itu.Tetapi guru yang menerima aduan saya waktu itu mengatakan yang kes itu berlaku di luar kawasan sekolah tetapi bila saya terlibat kes gaduh di laluan kawasan yang sama guru disiplin mengatakan itu adalah kawasan sekolah.Tak tahu dimana keadilan sewaktu itu.Guru-guru di sekolah itu memandang enteng kes yang saya hadapi.Mereka mengatakan itu hanya sekadar gurauan semata-mata.Tapi pernahkah mereka berfikir seandainya mereka berada di tempat saya,mampukah mereka menghadapinya.
Macam-macam hinaan saya terima semasa sekolah menengah ketika itu.
'HEY BUGIS KAU MAKAN BIAWAK!'
'BUGIS TANAM TEMBIKAI TEPI JALAN'
'BUGIS SIAL!'
'BUGIS PENDATANG'
'BUGIS BODOH'
'S*****i BUGIS'
Inilah antara hinaan yang saya dapat ketika itu.Saya cuba melawan tetapi malah difitnah oleh orang-orang yang mengejek bangsa saya itu.Tak cukup dengan suara ejekkan,buku latihan saya diconteng dengan perkataan BUGIS.Ada melempar saya dengan sampah,menjerit dengan perkataan BUGIS.Dan bila saya cuba meminta ehsan dari pihak kaunseling&disiplin sekolah itu guru yang bertanggungjawab dengan hal itu hanya mengatakan itu hanya gurauan.Cikgu hanya menasihati saya supaya "hanya bersabar".Saya merasa tidak mendapat keadilan yang sepatutnya ketika itu.Bila mengingati kisah Akwa ini,Akwa merasa sangat marah.Kerana tak mampu membalas apa yang mereka lakukan.Mereka bukan sahaja mengganggu mental saya malah membuli fizikal saya dengan macam-macam cara.
Kisah bangsa saya dihina ini bukan sahaja berlaku pada zaman sekolah malah sampai ke hari ini.Baru-baru ini,orang yang saya anggap kawan sebelum ini telah menghina bangsa saya malah perempuan itu juga mengatakan saya ini 'PENGIKUT AYAPIN'.Sangat keterlaluan bagi ,perempuan itu dengan bangganya mengatakan dia perempuan yang berpendidikan tapi masih menghina bangsa orang lain.Segala kisah peribadi kawan lain dia dedahkan di aplikasi Whatsapp.Sungguh hina dan keji.
Akwa mendedahkan kisah ini bukan untuk mengharap belas kasihan dengan masyarakat tetapi untuk keadilan di pihak saya.Tahun 2021,masih wujud orang sebegini? Terbukti mereka hanya cacing kudis yang kepanasan dek cahaya matahari.Kerana sayalah sinar matahari itu.Mereka tercabar dengan dengan saya yang berbangsa bugis ini.Mereka tercabar dengan seorang manusia biasa.Sangat kasihan.
Dalam dunia kebodohan itu sentiasa dimana-mana,sehingga ramai manusia meletakkan dalam diri mereka.Mereka-mereka yang pernah membuli saya ketika dahulu itu mungkin mendapat didikan yang 'TERLALU SEMPURNA' dari ibubapa mereka.Dan guru-guru yang tidak mengambil tindakan dengan mereka itu,Entahlah....Susah untuk kita cari dan ungkap kesalahan guru-guru.Kerana kalau guru yang kita burukkan memang menggelepur dan automatik keluar statement membela diri di media sosial.Kerana status guru ni nombor dua selepas ibubapa.Apapun yang kita katakan tentang kesalahan mereka hakikatnya KITA TETAP SALAH dan GURU/CIKGU ITU YANG BETUL.Kerana itu yang berlaku kepada saya sewaktu di sekolah menengah Kota Belud.Bila baru-baru ini bangsa saya dihina kembali,Saya sangat kasihan dengan orang sebegini kerana orang yang menghina saya itu hanya orang yang KALAH dan nilai dirinya tak lebih hanya berada di tapak kaki Akwa.
Kisah ini sangat memberi kesan yang sangat besar buat diri Akwa.Kerana semua yang mereka buat itu membuat Akwa tak pernah lupa dengan nama mereka dan takkan pernah Akwa lupakan dan mungkin suatu hari nanti Akwa akan balas semuanya.Bumi Allah ni sudah menjadi saksi yang bangsa saya dihina.Saya tak mampu balas sekarang atau suatu hari nanti.Tapi Akwa pasti Allah SWT akan beri yang terbaik untuk semua ini.Memang bukan mudah untuk lupakan semua ini.Kerana ini satu kes BULI yang mengganggu mental seseorang.
Akwa berharap pada semua masyarakat mengambil berat kes buli yang berlaku sekarang ini.Cukuplah Akwa dan mangsa buli lain yang merasai pengalaman buli sebegini.Akwa menulis kisah ini untuk membuka mata orang yang BANGSA SAYA BUKAN BAHAN EJEKKAN!.
Salam kebenaran
-PemuisiAkwa
*Terima kasih buat AKSARAS kerana masih singgah di blog ini.Akwa harap yang semua Aksaras sentiasa dirahmati Allah SWT.Insyaallah..Aamiin.*
Untuk apa-apa cadangan penulisan boleh hubungi saya melalui platform dibawah:
No Tel & Whatsapp:0102833601
Facebook Page: Aksara Cs Legacy
Instagram:@aksaracslegacy / @cicie41
Twitter:@AksaraCs

