Isnin, 7 November 2022

Diari: Kisah Anak Penjara Suci 3.0

 Diari:Kisah Anak Penjara Suci 3.0


Riang dengan kelembutan,tawa yang kemanjaan.Namun penuh dengan rahsia.
Dialah wanita misteri yang pernah ada di PENJARA SUCI.@PemuisiAkwa






@ PemuisiAkwa & CYNTHIA LISTA LAZOLA


Hijrah Muslimah...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



  Ketenangan yang sempurna adalah dimana kita sebagai hamba dekat dengan Sang Pencipta iaitu Allah SWT.Terlahir Islam tidak menjanjikan kehidupan seperti orang islam.Inilah kisah seorang Anak Penjara Suci iaitu CYNTHIA LISTA LAZOLA.

 CYNTHIA LISTA LAZOLA,saya berumur 17 tahun,lahir pada 20november2002 dan mempunyai 3 beradik.Saya pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pinggan-pinggan,Sekolah Kebangsaan Ongkilan,Sekolah Rendah Agama Tenghilan,Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-pinggan,Pitas,Sabah.Saya kini belajar di sebuah Taman Syurga kecil iaitu MADRASAH RUMAH TRANSIT MUALAF SABAH,sebuah madrasah indah dihiasi kehijauan flora.

  Seperti dalam peradaban hakiki manusia,setiap orang mempunyai kisah-kisah yang menceritakan kejahilan.Inilah cerita saya....,
Tidak menutup aurat adalah satu norma dalam kehidupan saya.Meskipun  pada mulanya sudah menutup akhiranya kecundang jua dan kembali terbuka kerana gagalnya iman seorang hamba.Pada ketika itu ramai kawan selalu menegur dan menasihat supaya menutup aurat.Namun kini,mereka lagi hebat membeber aurat.




     Beginilah jiwa remaja,ikhtilat tidak terjaga,diri agak sosial sering bergaul dengan budak lelaki.Saya juga jugak melawan ibu bapa,sehingga tidak memperdulikan teguran.Hanya ibu saya sahaja yang mampu mengungkapkan bagaimana kerasnya hati saya.Pernah pada ketika itu,saya tidak bertegur sapa dengan beliau sehingga ibu saya menangis meminta maaf kepada saya.Walaupun kami hidup serumah tapi hubungan itu terasa jauh dan tidaklah rapat.Saya juga jarang bertemu dengan mereka ,pagi ke sekolah dan petang adalah waktu kepulangan saya.Memandangkan jiwa remaja pada ketika itu sangat membara,saya sering keluar dan balik pada waktu malam.

   Sehinggalah diwaktu itu,diri tidak dapat  dari kisah tragisnya cinta manusia.Diumur yang terlalu muda sudah terjerumus dalam dunia percintaan.Pada ketika itu,banyak perbuatan yang saya sanggup lakukan hanya kerana kononnya terlalu sayang,hinggakan tanpa saya sedari semakin terabdi dalam hambaan maksiat.Saya sanggup mengabaikan pelajaran semata-mata untuk berjumpa walaupun perkara itu hanya sia-sia. 

Seperti lukisan yang sangat indah,
Namun tak terjelaskan.Seperti rasa perih kehilangan yang tersamarkan
oleh cinta sebenar.
-Bernard batubara-




    Namun dalam asyiknya meraih cinta manusia,Allah SWT maha adil.Allah telah memberi pelajaran yang dalam dunia ini tiada yang abadi.Begitu juga dengan hubungan itu.Mungkin ini adalah kifarah dari Allah.Betapa kerdilnya diri ini....

BERSAMBUNG...


@PemuisiAkwa
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik  CYNTHIA LISTA LAZOLA
 untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...

Tiada ulasan:

Apa itu BULI?

  https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/ Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dal...