Memaparkan catatan dengan label DIARI:Kisah Anak Penjara Suci. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIARI:Kisah Anak Penjara Suci. Papar semua catatan

Isnin, 14 November 2022

Diari: Kisah Anak Penjara Suci 3.0


 Diari:Kisah Anak Penjara Suci 3.0

Part 2...






You have nothing to worry,when you have Allah with you.
@QUXXN.YO

CLL bersama Umi Elmywatie,@PemuisiAkwa dan pelajar RTMS.

CLL,@PemuisiAkwa,Izyan


CLL (memakai pakaian purple)






Part 2

Hijrah Muslimah...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


 Inilah kegagalan saya sebagai hamba Allah.Saya mengejar dan meraih cinta manusia tapi lupa pada cinta Allah.Lumrah pada keremajaan,yang sentiasa berfikir tentang apakah cinta? Beginikah akibat meraih cinta manusia? Seperti dikatakan,walau beribu datang,tapi kalau sudah bertapak di hati dengan tulus amat susah menerima orang lain apatah lagi diri takut dipermainkan.

  Mulai dari saat itu,hati saya sering berkata untuk meninggalkan dunia percintaan yang sia-sia.Melainkan kalau saya mempunyai perancangan untuk menghalalkan sebuah perhubungan itu.

 Dari hanyut dalam arus dunia hangatnya darah remaja,kasih Allah tak pernah luntur.


  Saya telah bersetuju kehendak ibu saya untuk masuk ke 'Penjara Suci' iaitu RTMS(RUMAH TRANSIT MUALAF SABAH).Tambahan pula,saya berminat untuk belajar agama.
   Setelah masuk ke RTMS,saya sedar banyak perkara yang perlu saya perbaiki dan belajar.Disini saya perlahan-lahan untuk berubah.Saya cuba untuk istiqomah melakukan satu perkara iaitu BERUBAH.Namun ia bukanlah satu benda yang mudah,kini saya sedang cuba istiqomah menutup aurat.Saya juga tidak pernah terfikir bahawa saya betul-betul akan masuk ke pusat pendidikan seperti ini.


-Antara aktiviti yang Cynthia Lista Lazola sertai.-

Program Ziarah Ramadhan.

CLL nombor 3 dari kanan.





 "Jangan pernah merasa malu ketika hanya mampu memberi sedikit untuk bersedekah, karena selalu ada kebaikan dalam berbagi, tidak peduli seberapa kecil yang kamu berikan." – Ali bin Abi Thalib





   Kehidupan saya bertukar 360 darjah.Saya di luar RTMS,berbeza dengan di dalam RTMS.Betullah kata orang,ketenangan itu boleh dirasai dimana-mana jua sekiranya seorang hamba Allah itu bersukur.Di Penjara Suci inilah saya merasai satu ketenangan yang paling nikmat.Sebagai seorang remaja hidup di luar yang penuh dengan kekusutan menghantui pemikiran.Tambahan lagi dengan kejahilan dan kelalaian mengingati Allah.

  RTMS atau kami pelajar menggelarnya 'Penjara Suci',bukan mengajar agama semata-mata.Dsini saya belajar berdikari mengurus diri sendiri.Seperti yang dikatakan Mudir RTMS,disinilah akan terbina satu universiti iaitu sebuah UNIVERSITI KEHIDUPAN kamu!


  Dalam hidup ini saya banyak belajar tentang kesabaran.Bukan itu sahaja membuat saya memahami erti kemenangan dalam bersabar.Apabila kita tumpahkan ketauhidan kepada Allah SWT,maka akan memberi sesuatu perkara yang besar hikmahnya.Di RTMS ini jugalah saya mendapat kasih sayang daripada rakan-rakan dan guru-guru disini.Selepas masuk di RTMS saya lebih selesa dan berasa sangat sedih bila meninggalkan tempat ini.Bila saya berada disini,rasa kecintaan saya kepada dunia teknologi,dunia luar semakin berkurang.Alhamdulillah.Saya berharap ia berkekalan sampai bila-bila.Insya-Allah saya akan sentiasa berusaha dan berdoa untuk mencapai kejayaan dalam dunia dan akhirat.



******************************************************

CATATAN BUAT "AKSARAS"...


Salah satu nikmat keindahan adalah apabila kita dapat merasai satu kasih sayang tak terucap
yang tak memandang siapa diri kita.@PemuisiAkwa

Izyan & CLL



 Jangan sesekali menganggap perkara yang buruk itu adalah musibah.Tapi berfikirlah itu satu UJIAN yang Allah berikan kepada kita untuk menguji kita sebagai hambaNYA,sama ada kita sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberi Allah atau sebaliknya.
 Apabila kiyta bersyukur dan bersabar atas ujian,percayalah Allah akan datangkan kepada kita satu nikmat hikamh yang besar.Tingkatkan amal ibadah dan terus istiqomah dalam melakukan amal kebaikan.Terusakan PENGHIJRAAN! Dan ketahuilah di setiap perjuangan perlu ada PENGORBANAN untuk menggapai kejayaan.Habiskan masamu dengan JIHAD di dunia,teruskan rehatmu di Alam Kubur bila tiba waktunya.

👆MOTIVASI YANG DIPEROLEH👆
-Cynthia Lista Lazola-

Perkembangan CLL baru-baru ini status sebagai pelajar RTMS adalah 'unknown'.Beliau tidak berada di RTMS sebap sedang bekerja untuk menanggung keluarga.Semoga beliau sentiasa istiqomah dalam segala amal ibadah kepada Allah...Insyaallah..Aamiin..






@PemuisiAkwa
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik  CYNTHIA LISTA LAZOLA
 untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...





Isnin, 7 November 2022

Diari: Kisah Anak Penjara Suci 3.0

 Diari:Kisah Anak Penjara Suci 3.0


Riang dengan kelembutan,tawa yang kemanjaan.Namun penuh dengan rahsia.
Dialah wanita misteri yang pernah ada di PENJARA SUCI.@PemuisiAkwa






@ PemuisiAkwa & CYNTHIA LISTA LAZOLA


Hijrah Muslimah...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



  Ketenangan yang sempurna adalah dimana kita sebagai hamba dekat dengan Sang Pencipta iaitu Allah SWT.Terlahir Islam tidak menjanjikan kehidupan seperti orang islam.Inilah kisah seorang Anak Penjara Suci iaitu CYNTHIA LISTA LAZOLA.

 CYNTHIA LISTA LAZOLA,saya berumur 17 tahun,lahir pada 20november2002 dan mempunyai 3 beradik.Saya pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pinggan-pinggan,Sekolah Kebangsaan Ongkilan,Sekolah Rendah Agama Tenghilan,Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-pinggan,Pitas,Sabah.Saya kini belajar di sebuah Taman Syurga kecil iaitu MADRASAH RUMAH TRANSIT MUALAF SABAH,sebuah madrasah indah dihiasi kehijauan flora.

  Seperti dalam peradaban hakiki manusia,setiap orang mempunyai kisah-kisah yang menceritakan kejahilan.Inilah cerita saya....,
Tidak menutup aurat adalah satu norma dalam kehidupan saya.Meskipun  pada mulanya sudah menutup akhiranya kecundang jua dan kembali terbuka kerana gagalnya iman seorang hamba.Pada ketika itu ramai kawan selalu menegur dan menasihat supaya menutup aurat.Namun kini,mereka lagi hebat membeber aurat.




     Beginilah jiwa remaja,ikhtilat tidak terjaga,diri agak sosial sering bergaul dengan budak lelaki.Saya juga jugak melawan ibu bapa,sehingga tidak memperdulikan teguran.Hanya ibu saya sahaja yang mampu mengungkapkan bagaimana kerasnya hati saya.Pernah pada ketika itu,saya tidak bertegur sapa dengan beliau sehingga ibu saya menangis meminta maaf kepada saya.Walaupun kami hidup serumah tapi hubungan itu terasa jauh dan tidaklah rapat.Saya juga jarang bertemu dengan mereka ,pagi ke sekolah dan petang adalah waktu kepulangan saya.Memandangkan jiwa remaja pada ketika itu sangat membara,saya sering keluar dan balik pada waktu malam.

   Sehinggalah diwaktu itu,diri tidak dapat  dari kisah tragisnya cinta manusia.Diumur yang terlalu muda sudah terjerumus dalam dunia percintaan.Pada ketika itu,banyak perbuatan yang saya sanggup lakukan hanya kerana kononnya terlalu sayang,hinggakan tanpa saya sedari semakin terabdi dalam hambaan maksiat.Saya sanggup mengabaikan pelajaran semata-mata untuk berjumpa walaupun perkara itu hanya sia-sia. 

Seperti lukisan yang sangat indah,
Namun tak terjelaskan.Seperti rasa perih kehilangan yang tersamarkan
oleh cinta sebenar.
-Bernard batubara-




    Namun dalam asyiknya meraih cinta manusia,Allah SWT maha adil.Allah telah memberi pelajaran yang dalam dunia ini tiada yang abadi.Begitu juga dengan hubungan itu.Mungkin ini adalah kifarah dari Allah.Betapa kerdilnya diri ini....

BERSAMBUNG...


@PemuisiAkwa
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik  CYNTHIA LISTA LAZOLA
 untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...

Isnin, 1 Mac 2021

Diari:Kisah Anak Penjara Suci 2.0

 

Diari:Kisah Anak 'PENJARA SUCI' 2.0




Rozzie(ke3 dari kiri,tudung hijau) bersama pelajar 
Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah(MRTMS) dalam
PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2019.




Part 2

  Ketika aku menitiskan airmata kerana kurang yakin pada diriku, Alhamdulillah aku mendapat semangat dari para guru dan teman-teman seperjuaganku.Aku kuat jiwa dan teruskan menghafal Al-Quran.Inilah tempat nikmat yang  Allah kurniakan untuk hamba sepertiku.Aku bersyukur kerana dapat merasai menjadi seorang penghafal Quran. 


  Pada tahun 2015,Ustaz di tempat aku belajar telah memilih diriku untuk mengajar di maahad tahfiz itu.Pada ketika itu aku baru sahaja menghafal 10 juzuk Al-Quran.Disaat itulah aku merasai ujian yang mencabar jiwa dalam menghafal Quran.Aku telah diamanahkan mengajar ketika itu pada 2015-2018.


"Keceburuan" aku pada mereka membuat aku
bertekad ingin belajar tentang Al-Quran.



  Aku teruskan perjuangan hingga 2018.Namun disangka panas sampai petang, begitulah manusia kekadang lupa yang Allah akan sentiasa memberikan nikmat merasai yang namanya ujian kehidupan.Aku hampir putus asa dalam menjalani ujian ketika menghafal Al-Quran.Tapi redha Allah itu masih ada untuk menyinari perjalananku.Syukur pada ilahi aku khatam pada tahun 2018(13mei2018),Isnin.

  Selepas khatam aku telah meminta izin dengan Ustaz untuk bercuti selama 3 bulan.Selama aku cuti 3 bulan ,lumrah kehidupan manusia akan diuji.Diriku diuji dengan keindahan duniawi,kemuliaan suasana luar yang diperagungkan masyarakat di zaman ini.Tambahan lagi aku telah lama belajar di maahad,aku kurang melihat dunia luar.Suasana maahad dengan dunia luar ini bagai langit dan bumi walaupun keduanya adalah makhluk Allah.Kerana aku juga manusia,seorang remaja,aku juga lalai dan lupa pada Kalam Allah.itulah ujian terbesar yang aku hadapi ketika itu.

 Dengan sekelip mata Allah telah menarik nikmat hafalanku.Apabila aku mengulang hafalan dalam Al-Quran,aku merasakan sangat sukar mengulang.Mungkin ada perkara maksiat yang diriku lakukan tanpa sedar.Begitulah aku,sudah terhantuk baru tergadah.Menyesal lebih sahaja tak berguna kerana ia tak mengubah apa-apa.

  Dengan tekad yang cekal,aku membuat keputusan muktamad iaitu menyambung/mengulang hafalanku di taman syurga baru untuk lebih fokus menghafal quran.Aku mula mencari tempat belajar baru,sehingga meminta tolong dengan keluarga untuk mencari maahad tahfiz atau madrasah.Alhamdulillah...atas izin dan rahmat Allah ,ibu saudaraku telah mencadangkan aku pergi ke sebuah madrasah di daerah Ranau iaitu Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah.Aku telah menyetujui candangan itu,ibu saudaraku telah menghubungi Mudir RTMS(Ustaz Nazri) untuk meminta keizinan masuk ke 'PENJARA SUCI'.

Rozzie bersama Mudir,Staff,dan Pelajar Madrasah
Rumah Transit Mualaf Sabah(MRTMS) sesi 2019.


  1 januari 2019,Ahad,adalah tarikh keramat buat diriku dan bermulanya penghijrahanku di RTMS.Mereka(pelajar RTMS) juga menggelarkannya PENJARA SUCI.Disinilah aku belajar untuk yakinkan diri sendiri untuk berhadapan pelbagai ragam manusia(pelajar).Aku tahu ini adalah satu jalan permulaan lebih mendalami Ilmu Allah dan ini juga bermula takdir langkah perjalananku di sebuah Taman Syurga Kecil iaitu RUMAH TRANSIT MUALAF SABAH.Aku mensyukuri rahmatMU ya-Rabbi.Aku berharap dapat belajar lebih lagi di penjara suci ini.Ini adalah suasana baru untukku.Aku juga berharap dapat menghabis hafalanku di Madrasah ini.Insyaallah...Aamiin..

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2019

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2019


Rozzie(4 dari kiri,baju biru) dalam majlis jemputan
Rumah Terbuka di Mini Camp Lohan Skim 2.

@PemuisiAkwa(Tudung Ungu/Purple) bersama Rozzie(Baju biru) dalam majlis jemputan
Rumah Terbuka di Mini Camp Lohan Skim 2.

Dari kiri @PemuisiAkwa,Rozzie,Nazlah,Izzati.



@PemuisiAkwa
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik Rozzie untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...

 

Salam dari @PemuisiAkwa..
  Diari:Kisah Anak Penjara Suci merupakan segmen rating tertinggi di blog Aksara Cs Legacy.@PemuisiAkwa akan terus menulis DKAPS ini untuk pengisian blog.Untuk semua AKSARAS(Pembaca),@PemuisiAkwa ucapkan terima kasih tak terhingga kerana sudi melawat blog ini.@PemuisiAkwa juga berharap kalian semua boleh kongsi blog ini ke media social supaya mendapat  perhatian pihak di luar sana untuk membantu para pelajar di Madrasah RTMS.
 
  @PemuisiAkwa ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Cik Rozzie kerana sudi berkongsi pengalaman belajar di Madrasah/Maahad Tahfiz.Untuk pengentahuan semua AKSARAS(Pembaca),Cik Rozzie masih lagi berjuang dalam menghabiskan hafalan Alquran beliau.Dalam upload terbaru Mudir MRTMS di Facebook  yang beliau(Rozzie) kini menghafal 15 Juzuk.
Semoga Cik Rozzie dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk menghabiskan 30 juzuk Alquran.

  Untuk ketahui lebih lanjut tentang Madrasah Rumah Transit Mualaf  Sabah boleh lihat rujukan di Bawah...👇👇👇

FACEBOOK Mudir: *Nazri Aldusuni(https://www.facebook.com/nazri.aldusuni)
                                        *Lebon Botong(https://www.facebook.com/lebon.botong.3)

                    




FACEBOOK PAGE: *Persatuan Pendakwah Islam Sabah
                                      (https://www.facebook.com/pendakwahsabah)
                                       *Rumah Transit Mualaf Sabah RTMS
                                 (https://www.facebook.com/Rumah-Transit-Mualaf-Sabah-RTMS-                            
                                  1260365127334356)

       


Ahad, 21 Februari 2021

Diari:Kisah Anak 'PENJARA SUCI'' 2.0

 Diari:Kisah Anak 'PENJARA SUCI' 2.0

Islam itu INDAH dan CANTIK kerana
indah dan cantiknya AKHLAK yang menghiasi 
peribadi WANITA SOLEHAH.
Dia(Rozzie) adalah salah satunya.-@PemuisiAkwa



Hijrah muslimah...
بسم الله الرحمن الرحيم

 Rozzie Majin menghimpun banyak memori,tetapi Rozzie binti Mohd.Rafie adalah nama yang Allah beri sinar cahaya keindahan dalam kehidupan.

 Aku lahir 24 December 2000,anak sulung dari empat beradik.Aku pernah bersekolah di Sk.Inanam Laut,Kota Kinabalu.

 Pada 1 janauri 2019,aku telah dihantar oleh kedua ibubapaku ke RTMS.

 Aku dan kedua ibu bapaku adalah mualaf.Kami sekeluarga telah diberi nikmat hidayah oleh Allah SWT iaitu kami sekeluarga telah mengucap dua kalimah syahadah pada tahun 2008.Jauh di sudut hati pada ketika itu kurang mengerti kerana usia yang masih kecil tetapi hati terasa tenang bila bergaul dengan orang Islam.Aku juga terpesona dengan akhlak mereka yang bertatasusila apabila berda'wah.

 Selepas aku masuk islam,aku masih anak kecik yang berumur lapan tahun,apa yang diri ini lihat itulah menjadi ikutan dan masih tidak tahu adab terhadap ibu bapa.Sehinggalah di hari itu timbul keinginan di hati untuk terus belajar ilmu agama terutamanya nak mendalami Al-Quranul Karim.

  Ketika umur 11 tahun,aku sangat cemburu melihat kawan-kawan dan jiran-jiran membaca Al-Quran.Terdetik di hati ingin menjadi seperti mereka yang fasih dan lancar menghafaz Quran.Keinginan itu terlalu dalam hati.

  Dengan izin Allah,aku mengikuti kakak sepupuku masuk ke maahad tahfiz Miftahul Ulum Tanjung Aru,Kota Kinabalu.Pada tahun 2012,bermulalah kehidupanku di maahad tahfiz itu.Keinginanku telah tercapai,aku mula belajar iqro sehi nggalah meningkat ke bacaan Quran.Dalam tempoh enam bulan aku telah menghabiskan bacaan iqra dan mengkhatamkan Alquran dalam tempoh setengah tahun.Aku mulai menghafal Al-Quran pada tahun 2013.Perasaan ini terlalu indah sangat sukar digambarkan.

  Seperti mimpi indah,aku hampir tak percaya apa yang sudah aku lalui yang kini sebagai muslimat Islam.Disaat aku mulai menghafal Quran,aku tidak yakin dengan diriku sendiri.


mampukah aku?-Rozzie


'MAMPUKAH AKU MENGHAFAL AL-QURAN?'

 Setitik demi setitis air mutiara jernih mengalir setiap kali kedipan mataku.Semua rasa bercampur-aur.Aku tak yakin dengan diriku...Dan aku menangis lagi..

Nantikan Diari:Kisah Anak Penjara Suci 2.0 PART 2 dari @PemusiAkwa


bersambung...

@PemuisiAkwa
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik Rozzie untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...

Jumaat, 8 Mei 2020

Diari:Kisah Anak 'PENJARA SUCI'

    
FATIMAH AZ-ZAHRA bersama pelajar muslimat Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah.

Hijrah muslimah Part 2بسم الله الرحمن الرحيم


      Pada 13Mei2018,Ahad,selepas isyak,pertama kalinya aku merasakan sesuatu rasa yang sukar diungkapkan meskipun dengan perbuatan dan kata-kata.Betapa indahnya perasaan ini saat dua kalimah syahadah diungkap di bibir.Surau Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah menjadi saksi yang aku telah memeluk ISLAM.Aku seperti dilahirkan semula,dari seorang penuh kecintaan terhadap duniaku yang dulu kini semua itu tidak bermakna lagi.Hanya Allah SWT yang tahu rasa getaran itu makin berentak di jantungku saat USTAZAH WIDARTIYAH SUKANDAR mengajar aku mengucap dua kalimah syahadah.


  Pada malam itu,malam yang paling berharga dan indah.Bulan seakan menerangi,bintang seakan bergemerlapan  melihat aku yang telah sah menjadi seorang islam.Aku telah dilahirkan semula dalam keluarga yang cukup besar di MRTMS.Aku sangat bersyukur mendapat tempat yang memberi aku sinar cahaya yang tak ternilai.


  Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah(MRTMS) adalah titik mula perjalanan aku sebagai seorang muslim.Cara pembelajaran yang tidak terlalu susah.Sehinggakan semua bacaan dalam solat aku mampu hafal dalam masa 6 hari dengan izin Allah SWT.Buku Iqra aku dapat habiskan selama 4 minggu.Aku bersyukur kerana Allah SWT masih memberi ruang dalam hidup untuk mengenali ISLAM.Di MRTMS inilah aku merasakan kemanisan Islam.

   Kini aku dapat merasai nikmat berpuasa,Hari Raya Aidilfitri,Hari Raya Aidiladha dan banyak lagi.Meskipun banyak dugaan dan tangisan,tidak kira ujian kecil atau besar aku tetap dengan nawaitu ingin belajar Islam.Perkara paling indah adalah aku kini sudah mampu membaca\mengaji ayat-ayat Al-quran.Alhamdulillah...Aku sangat bersyukur.


@PemuisiAkwa
*GENEVIE DONATA ESTRADA@FATIMAH AZ-ZAHRA kini Alumni MRTMS.Dia adalah antara mantan pelajar yang pernah belajar di Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah.Semoga beliau mendapat keberkatan dari Allah SWT di dunia dan akhirat.Insya Allah...Aamiinn..

Diari:Kisah Anak 'PENJARA SUCI'

Nikmat dan anugerah terbesar ialah saat 2 kalimah syahadah terungkap di bibir ini.
-GENEVIE DONATA ESTRADA@FATIMAH AZ-ZAHRA ABDULLAH





Hijrah muslimah...
بسم الله الرحمن الرحيم

 Nama yang indah tak seindah kisah dilalui.Inilah kisah yang dilalui insan bernama FATIMAH AZ-ZAHRA@GENEVIE DONATA ESTRADA.

GENEVIE DONATA ESTRADA nama yang mempunyai banyak kenangan yang mengajar erti kehidupan dan FATIMAH AZ-ZAHRA pula nama yang diberi sinar hidayah Allah SWT kepadaku.Aku adalah anak bongsu dari sembilan adik-beradik.Lahir pada 9 Januari 2000 dan pernah bersekolah di Sk.Fajar Sandakan.Aku seorang penganut agama kristian,tetapi aku bukanlah seorang yang taat pada agama kristian.

   Aku adalah salah satu dalam banyak manusia yang bergelar hamba,insan yang dibelenggu kejahilan.Aku seorang yang cukup sosial dengan dunia luar yang ku anggap syurga dunia.Seluruh kecintaan kutumpahkan kepada keindahan duniawi.'Kencing syaitan' jadi pembasah tekak yang dahaga,suasana hingar-bingar pusat hiburan maksiat jadi destinasi.Inilah kehidupan diriku sebagai seorang manusia yang jahil.

  Seperti yang ditakdirkan illahi,darah panas keremajaan menguasai jiwa.Segala nasihat ibubapa tak aku endah sama sekali seperti air sungai yang mengalir.Aku langsung tidak pernah terfikir akan akibat dari perbuatan yang aku lakukan ini.Malahan aku hanya merasakan ynag dunia ini milik aku seorang.

  Namun takdir Allah SWT telah mengubah segalanya.Kasih tuhan itu tak pernah luntur pada hambanya,aku telah diberi cahaya hidayah yang tak ternilai harganya.Aku tertarik dengan agama Allah SWT iaitu ISLAM kerana hidayah Allah SWT yang menghiasi diri disaat kemuncak kejahilan diri mencapai tahap yang tak mampu terungkap.Akhlak dan cara pemakaian orang islam menarik jiwaku untuk mendekati agama islam.

*bersambung...


@PemuisiAkwa
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik FATIMAH AZ-ZAHRA untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...

Apa itu BULI?

  https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/ Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dal...