Selasa, 28 Mac 2023
Puisi:Nukilan Rasa Insan
Selasa, 21 Februari 2023
Aksara Note:Kelas Ustaz Hajidi
Surau Madarasah Rumah Transit Mualaf Sabah
Ustaz Hajidi
18Januari2019
*Setengah daripada dalil adalah satu petanda Allah.
*Zahirnya cerdik,tetapi meninggalkan banyak kewajiban.Akan mendapat kesesatan dari Allah.Dan keindahan orang yang cerdik menjadi sebaliknya.
*Ramai sahabat nabi kaya.
*Kaya itu menjauhkan manusia dari Allah SWT.
*Berakal dan kaya dua perkara yang berbeza.
*Kaya-Duniawi
*Akal-Mengingati kepada Allah.
*Bercita-cita tapi tidak berusaha.(Orang Gila)
*Ilmu feqah adalah tuntutan yang tinggi.
*Lebihkan usaha untuk menjadi orang yang cerdik dan pandai.
*Melakukan sesuatu yang besar,melelahkan/Kepenatan itu juga besar.Gandakan usaha.
*Tidak menggunakan kelebihan dalam diri.(satu kecelaan,kehinaan)
*******************************************************
*Waktu yang sunyi
-Berjaga malam(Dengan melakukan ibadah)
*Berjaga malam satu kepayahan.
*Dinihari waktu sebelum subuh.
*Akan mendapat kemenangan dengan ilmu-ilmu itu.
*Seelok-eloknya solat dahulu baru belajar
*Sifat wajib bagi Rasul:
-As-siddiq(benar/akhlal,pertuturan,,perbuatan, dll.)
*Rasul bersifat menyampai.
Isnin, 14 November 2022
Diari: Kisah Anak Penjara Suci 3.0
Diari:Kisah Anak Penjara Suci 3.0
Part 2...
Setelah masuk ke RTMS,saya sedar banyak perkara yang perlu saya perbaiki dan belajar.Disini saya perlahan-lahan untuk berubah.Saya cuba untuk istiqomah melakukan satu perkara iaitu BERUBAH.Namun ia bukanlah satu benda yang mudah,kini saya sedang cuba istiqomah menutup aurat.Saya juga tidak pernah terfikir bahawa saya betul-betul akan masuk ke pusat pendidikan seperti ini.
CATATAN BUAT "AKSARAS"...
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik CYNTHIA LISTA LAZOLA untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...
Isnin, 7 November 2022
Diari: Kisah Anak Penjara Suci 3.0
Diari:Kisah Anak Penjara Suci 3.0
Hijrah Muslimah...
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
@PemuisiAkwa
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik CYNTHIA LISTA LAZOLA untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...
Selasa, 30 Ogos 2022
Aksara Note:Nota Di 'Penjara Suci'
5 Januari 2019
Minggu Orientasi
Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah.
Kuliah Ustaz Haji Abdul Halim Abbas
*'Beriku 10 pemuda cukup untuk menggoncang dunia(seokarno)
*Zaman ini lelaki kebanyakan masuk pemulihan.
*Diibaratkan bangkai tak bernyawa.
*Pada masa lalu keadaan lebih parah berbanding sekarang
*Pada awal kemerdekaan kiblat pembelajaran berubah kearah sekolah kebangsaan.
*1940 Indonesia dapat dijajah oleh Belanda.
*Pemerintahan penuh dengsn kekejaman.
*Pejuang kebanyakan kalangan ulama.
*Sekolah agama ditinggalkan akibat merdeka.
*Orang intelektual terlibat dengan gejala negatif.
*Malaysia dan Indonesia hilang kepercayaan kepada kerajaan,gabenor dll.
*Wujud kelompok -Darus Islam(Diwujudkan Ulama)
-Pas
*Untuk menegakkan kebenaran.
*Akhir zaman maksiat berkembang.
*Dulunya,sekolah kebangsaan kini beralih ke sekolah pondok.
*Beberapa suasana menginsafkan ibubapa dengan menyekolahkan anak.
*Bagi pendidik ingin pelajar mati syahid&jihad.
*Keadaan masyarakat semakin membimbangkan seperti air yang mendidih.
*Sekolah terbahagi kepada beberapa jenis seperti madrasah memberi pendidikan untuk makan gaji.
*Sekolah kebangsaan & sekolah agama di jadikan hamba kilang,kewangan dll.
*Ia juga melahirkan hamba tuhan.
*Kedasyatan sekolah Rasulullah.
*Lafaz لا إله إلا الله محمد رسول الله
bayarannya adalah nyawa pada zaman Rasulullah.
*Pada zaman in i lafaz ini tidak dihayati sepenuhnya.
*Belajar bukan mahu harta warisan.
*Mualaf
*Islam sebenar pada masa ini banyak melakukan warisan negatif.
*Mahu jadi pemburu agama.
*Para sahabat nabi sangat mudah mengingati ayat Alquran.
*Keyakinan sangat penting.
*Abu Hurairah dapat mengingati Alquran dab Hadis Rasulullah SAW.
*Khalid pula memimpin orang islam dalam peperangan.
*Orang dayus tidak masuk syurga.
*Ada orang di akhir zaman nanti ada beriman kepadaku walaupun tak pernah melihat wajahku.(RASULULLAH SAW)
*1970 islam membangun-ANWAR iBRAHIM
-USTAZ SYARIE(dituduh sesat)
*Mahatdhir mengatakan sekolah rendah sekarang seperti sekolah agama.
*Gerakan da'wah membangun pesat dengan wujudnya majalah majalah-majalah dll.
*Pemerintah semakin lemah.
*Mat Sabu(contoh pembelot)
*Di Indonesia madrasah sangat hebat mampu menampung 14000 orang pelajar.
*Pembela agama islam diburu oleh orang munafik.
*Keinginan agama semakin banyak.
*Filifina semakin meningkat perkembangan agama.
*Eropah kini banyak masjid.
*Masjid terbesar di Rusia
*Petanda kemenangan islam semakin pesat.
*Perlu ada keyakinan kukuh.
*Jangan perlu ada keraguan.
*Beri ketaatan.
*Boleh menjawab lisan.
wallahu a'lam bishawab
Jumaat, 19 Ogos 2022
Aksara Note:Nota Di 'Penjara Suci'
3 Januari 2019
Minggu Orientasi
Pengenalan RTMS(Rumah Transit Mualaf sabah)
*Sebuah pusat pendidikan yang dikelolakan oleh sebuah NGO iaitu PPIS(Persatuan Pendakwah Islam Sabah)
*Ditubuhkan pada 2013,Juga ditubuhkan secara tidak langsung pada 2012.
*Pada permulaannya tapak RTMS adalah tempat destinasi pelajar sekolah ponteng.
*Setelah dibincangkan pusat pendidikan diberi nama.
*Pada awalnya hanya untuk saudara baru(Mualaf) dan persinggahan untuk umum.
*Setelah beroperasi RTMS mendapat permintaan dari orang islam yang tidak mendapat didikan agama.
*Apabila bangunan disiapkan,pelajar terawal diambil dari daerah Nabawan.
* 9 orang berbangsa Murut pada tahun 2014.
*Para pelajar melakukan kerja amal.
*Tenaga pengajar(Imam JEFFERI),Pelajar perempuan terawal bernama NURUL.
*Madrasah dimodenkan dan menjadikan antara termoden di Sabah.
*Telah dijalankan Program KRIS.
*Pada tahun 2019 dianggarkan jumlah pelajar mencapai 300 orang.
*****************************
Nama staff:
-Ustaz Faiz
-Ustaz Fadhil
-Ustaz Ikram
-Kak Bak Zaibah
-KakFatin
3 Januari 2019
Akhlak
*Sifat-sifat mulia yang dilakukan dengan ibadah.
Merit/Dmerit
*penolakan & penambahan markah.
-perlakuan positif&negatif.
*mencabul kehormatan(50)
*Tingkahlaku jenayah
*Berbuat baik dalam kelas
*Pencapaian akademik
*Kerja Amal
*Kelakuan di surau
PERATURAN DI KELAS
1.Pelajar mesti datang awal
2.Senyap di dalam surau dll.
3.Duduk tertib
4.Ikut etika pemakaian.
5.Pastikan air minum terhidang.(Ketua Pelajar)
6.Hormat guru
7.Jangan keluar sebelum Ustaz keluar.
8.Sekiranya guru belum keluar dari pusat RTMS pelajar dilarang keluar.
Sabtu, 29 Januari 2022
Puisi: HIMPUNAN KRONOLOGI HATI
Kemarahan,Kebencian, dan
DENDAM TIADA KESUDAHAN...
Aku pernah diajar ,
memahami erti kebencian dalam
darah dendam
yang mengalir dari sesejuk hening pagi
mengalir hangat ke jiwa menuju seluruh tubuh...
Lantas ku fahami
derita yang mendatang
yang berkeliaran mengejar
kehidupan diri
Aku mengerti keperihan
yang tenang disangka tenang
tiada kesabaran,tiada ketenangan
kadangkala aku terlalu asyik
merenung sengketa
yang tiada kesudahan
Kemarahan tidak dapat dibendung
amukan di sudut penjuru kehidupan
hinggakan aku terhantuk di suatu
pusaran angin kehidupan
terbelenggu antara hempasan dendam
Dalam lingkaran waktu yang berdetik
sehingga mampu mengubah segalanya..
Aku akan tetap memahami
rasa hati,jiwa menunggu waktu
harapan tetap diabadikan
tuhan juga menentukan
adalah diriku
dianggap bernyawa ikan
yang tercungap-cungap
di tebing waktu..
Dan terus menelan hinaan..
yang tiada pengakhiran..
Namun 'rasa' tetap diteruskan
walau diri sudah tidak bernyawa
Itulah adalah sumpahku.
-REMAKE-
@pemuisiAkwa
29Januari2022
Bakso Primadona
* * * * * * * * * * * * * *
Ku bangkit dari kegelapan
mekar seperti mawar
ku lahir dari kesucian
meninggalkan masa lalu
Hidup dan kehidupan
adalah perjalananku
ku berjalan mengikut alur tanpa menoleh
Tak ada satupun makhluk bumi
berhak atas kesempurnaan
diri...
Hanya satu kesempurnaan dari segala makhluk...
Hanya DIA yang ESA...
Pencipta segala makhluk.
-REMAKE-
29Januari2022
Bakso Primadona
* * * * * * * * * * * *
Aku naik di atas kegelitaan,
menyingkap tabir kehidupan,
setiaplangkah demi langkah,
membentang jauh,
ke arus itu,
Aku yang melalui
kegelapan itu
Suram memudar perlahan
Setiap langkah mencapai
lebih dalam
menguap bersama waktu
Aku berkeliaran di tengah-tengah
cahaya suram...
mengitari misteri,menyisir kabut
setiap langkah kugagahi
kedalam kesuraman itu
aku tidak sendiri
Nur pagi bersinar
menemani diri..
untuk memastikan setiap langkahku menuju ke masa depan...
* * * * * * * * * * * * *
Antara mereka dan aku
tersimpan satu rasa yang kita pendam
di lubuk rindu yang kian jauh
mungkin rembulan akan bersinar lagi
membias cahaya kasih di danau rindu
dan biarkan aku terus menumpang keindahan sinar itu
dikala kelam memanah gelita
Disebalik sekeping hati yang sepi ini
aku terus menganyam mimpi untuk
memintal secebis bahagia yang kian jauh
mungkin aku tidak mengerti
segala terpendam dan biarkanlah
aku terus memintal kasih itu
Walau sinarnya...
masih belum pasti.
-REMAKE-
@pemuisiAkwa
29Januari2022
Bakso Primadona
Isnin, 13 Disember 2021
Aksara Note:Nota di 'Penjara Suci'.
2 Januari 2019
Minggu Orientasi
*SOLAT SUNAT -2 Rakaat
*SOLAT WITIR
DHUHA
*Doa Pembukaan-Bismillah...
-Selawat
*Setiap perkara yang dilakukan sewajarnya dimulakan dengan 'Bismillah' dan diakhiri dengan 'Alhamdulillah'(Bersyukur)
*Kelakuan tidak bersyukur adalah perilaku yang ingkar.
KELEBIHAN SELAWAT
*Mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW.
*Sekali berselawat kepada nabi akan mendapat martabat.
*Mengambil keberkatan kepada nabi(Rasulullah adalah insan paling dekat dengan ALLAH SWT.
DOA DHUHA
والبهاء بهاءك، والجمال جمالك
والقوة قوتك، والقدرة قدرتك
والعصمة عصمتك
وإن كان فى الأرض فأخرجه
وإن كان معسرا فيسره
وإن كان حراما فطهره
وإن كان بعيدا فقربه
وجمالك وقوتك وقدرتك
آتني مآ اتيت عبادك الصالحين
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu
Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu
Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu
Jika rezki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Khamis, 12 Ogos 2021
Ia datang lagi....@PenaKematuSepiMiliktuhan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Jumaat, 2 Julai 2021
-
FATIMAH AZ -ZAHRA bersama pelajar muslimat Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah. Hijrah muslimah Part 2 بسم الله الرحمن الرحيم ...
-
Diari:Kisah Anak Penjara Suci 3.0 Riang dengan kelembutan,tawa yang kemanjaan.Namun penuh dengan rahsia. Dialah wanita misteri yang pernah...
-
Nikmat dan anugerah terbesar ialah saat 2 kalimah syahadah terungkap di bibir ini. -GENEVIE DONATA ESTRADA@FATIMAH AZ-ZAHRA ABDULLAH ...
Apa itu BULI?
https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/ Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dal...























































