Rabu, 3 Jun 2020

PUISI:CORONA LAGI?!

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



 

Ku pandang kosong kaca televisyen
Ku lihat sepi skrin telefon bimbit
Hatiku berkata 'Dia Lagi'

Ku melangkah keluar melihat sekeliling...
Semua wajah tertutup kemas
Kunaiki pacuan empat roda
Suara si 'Dj' kedengaran di corong radio..
Nafasku ku hembus perlahan
'DIA LAGI!'

Dia itu makhluk Allah,
Keluarganya 'coronaviridae',
Manusia kata dia mirip mahkota,
Kerana itu namanya corona,
Dia mampu menyerang haiwan,
Malah mampu menjahanamkan riwayat manusia,
Kenapa perlu dipandang bahayanya dia?
Sedangkan dia juga makhluk,
Kenapa tidak lihat besarnya kuasa Tuhan,
Kerna Allah yang menciptakannya,
Untuk menundukkan makhluk yang riak lagi takbur...
Kita melihat bahayanya 'covid-19'
Manusia sombong yang kata dia berkuasa juga gentar,
Apatah lagi manusia biasa,
Tapi tak sedar...
Tak melihat kuasa Allah SWT yang sudah ada sejak azali dan akan abadi,
Siapa manusia itu??
Siapa lagi kalau bukan KITA.




@PemuisiAkwa
AKSARA CS LEGACY
3.48 pm
TAMAN SERI ANAK KINARUT,PAPAR,SABAH
18 March 2020




*Puisi ini telah upload di Facebook https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1237697949757555&set=a.287056734821686&type=3&theater tetapi hanya rangkap ke-3.Ini adalah puisi penuh yang telah di edit oleh @PemuisiAkwa di Blog https://aksaracslegacy.blogspot.com/ ..*

Tiada ulasan:

Apa itu BULI?

  https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/ Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dal...