Diari:Kisah Anak 'PENJARA SUCI' 2.0
Rozzie(ke3 dari kiri,tudung hijau) bersama pelajar
Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah(MRTMS) dalam
PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2019.
Part 2
Ketika aku menitiskan airmata kerana kurang yakin pada diriku, Alhamdulillah aku mendapat semangat dari para guru dan teman-teman seperjuaganku.Aku kuat jiwa dan teruskan menghafal Al-Quran.Inilah tempat nikmat yang Allah kurniakan untuk hamba sepertiku.Aku bersyukur kerana dapat merasai menjadi seorang penghafal Quran.
Pada tahun 2015,Ustaz di tempat aku belajar telah memilih diriku untuk mengajar di maahad tahfiz itu.Pada ketika itu aku baru sahaja menghafal 10 juzuk Al-Quran.Disaat itulah aku merasai ujian yang mencabar jiwa dalam menghafal Quran.Aku telah diamanahkan mengajar ketika itu pada 2015-2018.
Aku teruskan perjuangan hingga 2018.Namun disangka panas sampai petang, begitulah manusia kekadang lupa yang Allah akan sentiasa memberikan nikmat merasai yang namanya ujian kehidupan.Aku hampir putus asa dalam menjalani ujian ketika menghafal Al-Quran.Tapi redha Allah itu masih ada untuk menyinari perjalananku.Syukur pada ilahi aku khatam pada tahun 2018(13mei2018),Isnin.
Selepas khatam aku telah meminta izin dengan Ustaz untuk bercuti selama 3 bulan.Selama aku cuti 3 bulan ,lumrah kehidupan manusia akan diuji.Diriku diuji dengan keindahan duniawi,kemuliaan suasana luar yang diperagungkan masyarakat di zaman ini.Tambahan lagi aku telah lama belajar di maahad,aku kurang melihat dunia luar.Suasana maahad dengan dunia luar ini bagai langit dan bumi walaupun keduanya adalah makhluk Allah.Kerana aku juga manusia,seorang remaja,aku juga lalai dan lupa pada Kalam Allah.itulah ujian terbesar yang aku hadapi ketika itu.
Dengan sekelip mata Allah telah menarik nikmat hafalanku.Apabila aku mengulang hafalan dalam Al-Quran,aku merasakan sangat sukar mengulang.Mungkin ada perkara maksiat yang diriku lakukan tanpa sedar.Begitulah aku,sudah terhantuk baru tergadah.Menyesal lebih sahaja tak berguna kerana ia tak mengubah apa-apa.
Dengan tekad yang cekal,aku membuat keputusan muktamad iaitu menyambung/mengulang hafalanku di taman syurga baru untuk lebih fokus menghafal quran.Aku mula mencari tempat belajar baru,sehingga meminta tolong dengan keluarga untuk mencari maahad tahfiz atau madrasah.Alhamdulillah...atas izin dan rahmat Allah ,ibu saudaraku telah mencadangkan aku pergi ke sebuah madrasah di daerah Ranau iaitu Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah.Aku telah menyetujui candangan itu,ibu saudaraku telah menghubungi Mudir RTMS(Ustaz Nazri) untuk meminta keizinan masuk ke 'PENJARA SUCI'.
1 januari 2019,Ahad,adalah tarikh keramat buat diriku dan bermulanya penghijrahanku di RTMS.Mereka(pelajar RTMS) juga menggelarkannya PENJARA SUCI.Disinilah aku belajar untuk yakinkan diri sendiri untuk berhadapan pelbagai ragam manusia(pelajar).Aku tahu ini adalah satu jalan permulaan lebih mendalami Ilmu Allah dan ini juga bermula takdir langkah perjalananku di sebuah Taman Syurga Kecil iaitu RUMAH TRANSIT MUALAF SABAH.Aku mensyukuri rahmatMU ya-Rabbi.Aku berharap dapat belajar lebih lagi di penjara suci ini.Ini adalah suasana baru untukku.Aku juga berharap dapat menghabis hafalanku di Madrasah ini.Insyaallah...Aamiin..
PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2019
Rozzie(4 dari kiri,baju biru) dalam majlis jemputan
Rumah Terbuka di Mini Camp Lohan Skim 2.
@PemuisiAkwa(Tudung Ungu/Purple) bersama Rozzie(Baju biru) dalam majlis jemputan
Rumah Terbuka di Mini Camp Lohan Skim 2.
Dari kiri @PemuisiAkwa,Rozzie,Nazlah,Izzati.
@PemuisiAkwa
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik Rozzie untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik Rozzie untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...
Salam dari @PemuisiAkwa..
Diari:Kisah Anak Penjara Suci merupakan segmen rating tertinggi di blog Aksara Cs Legacy.@PemuisiAkwa akan terus menulis DKAPS ini untuk pengisian blog.Untuk semua AKSARAS(Pembaca),@PemuisiAkwa ucapkan terima kasih tak terhingga kerana sudi melawat blog ini.@PemuisiAkwa juga berharap kalian semua boleh kongsi blog ini ke media social supaya mendapat perhatian pihak di luar sana untuk membantu para pelajar di Madrasah RTMS.
@PemuisiAkwa ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Cik Rozzie kerana sudi berkongsi pengalaman belajar di Madrasah/Maahad Tahfiz.Untuk pengentahuan semua AKSARAS(Pembaca),Cik Rozzie masih lagi berjuang dalam menghabiskan hafalan Alquran beliau.Dalam upload terbaru Mudir MRTMS di Facebook yang beliau(Rozzie) kini menghafal 15 Juzuk.
Semoga Cik Rozzie dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk menghabiskan 30 juzuk Alquran.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah boleh lihat rujukan di Bawah...👇👇👇
FACEBOOK Mudir: *Nazri Aldusuni(https://www.facebook.com/nazri.aldusuni)
*Lebon Botong(https://www.facebook.com/lebon.botong.3)
FACEBOOK PAGE: *Persatuan Pendakwah Islam Sabah
(https://www.facebook.com/pendakwahsabah)
*Rumah Transit Mualaf Sabah RTMS
(https://www.facebook.com/Rumah-Transit-Mualaf-Sabah-RTMS-
1260365127334356)










Tiada ulasan:
Catat Ulasan