RANAU,SABAH: Julung-julung kalinya Sambutan ulang tahun sebuah pusat pendidikan telah menggegarkan daerah Ranau.Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah atau lebih dikenali MRTMS berbesar hati menganjurkan majlis ulang tahun yang ke 10,beroperasi sejak mula dibuka pada tahun 2013.Sambutan ini bertujuan memperingati sekaligus meraikan pencapaian MRTMS sepanjang 10 tahun ini.
Selain itu,sambutan kali ini akan dibuat dengan pelaksanaan pelancaran beberapa aktiviti serentak dengan perasmian yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun yang akan diadakan pada 3 jun 2023 akan datang.
Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah atau secara ringkasnya MRTMS merupakan satu pusat pendidikan secara terbuka kepada Mualaf yang menyediakan tempat Pendidikan yang PERCUMA.
Menurut bicara Mohd.Nazri Abdullah sambutan ini meraikan usaha yang sudah dicapai sepanjang 10 tahun Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah beroperasi.Justeru itu,dengan tema "MADRASAH RTMS,MADRASAH NOMBOR 1 DI SABAH", ini dapat memperkenalkan dan mempromosikan MRTMS sebagai satu-satunya Transit Mualaf yang menyediakan Pendidikan PERCUMA secara meluas.
Dengan sambutan ini juga,Anak Jati Sabah Juga merupakan seorang mualaf bertanggungjawab mengangkat Islam di bumi bawah bayu.-AKSARA NEWS
Untuk maklumat lanjut boleh lawati Laman Page Facebook PERSATUAN PENDAK ISLAM SABAH.
https://www.facebook.com/pendakwahsabah
Sempena Sambutan Ulangtahun Madrasah RTMS ke -10 tahun yang bakal kita adakan Jun ini, maka kempen penukaran 'header facebook' langsung kita lancarkan pada Jumaat hari ini.
Pihak penganjur memohon kepada semua mantan pelajar MRTMS, warga MRTMS, ibu bapa pelajar MRTMS dan para penyumbang agar menukar 'header' masing-masing sebagai tanda sokong sekali gus tanda syukur atas kewujudan madrasah RTMS sebagai salah satu institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan secara percuma juga tanpa syarat.
In syaa Allah, selepas ini ketetapan tarikh beserta program bakal kita hebahkan kepada awam.
Untuk mendapatkan info semasa, sila 'like' laman Persatuan Pendakwah Islam Sabah agar tidak ketinggalan pelbagai hebahan dalaman dan luaran MRTMS.
https://www.facebook.com/photo/?fbid=610129874481967&set=a.542684421226513





Tiada ulasan:
Catat Ulasan