Belajar dengan tuan hamba
Setelah itu pulang ke rumah
Sebelum tuan hamba membaca
Mari bersama ucapkan bismillah
Assalamualaikum dari @PemuisiAkwa...
Hari ini @pemuisAkwa akan menulis kesinambungan dari catatan sebelum ini iaitu CATATAN SI GADIS.Part a & b sudah @pemuisiAkwa publish sebelum ini.Untuk hari ini @pemuisiAkwa akan menulis Part C,Insyaallah...
Ku syukuri nikmat yang KAU berikan MAHA AGUNG...
Ku pohon keampunanMU YA-RABBI...
3 Januari 2019
5 Januari 2019
6 Januari 2019
Rumah Transit Mualaf Sabah
Nama seringkali menjadi bahan gurauan,walaupun sudah agak kebiasaan tapi agak 'annoying' bila beberapa orang menjadikannya bahan guarauan.Rasa hati ini masih rasa was-was akan semua yang bakal terjadi,seakan kemampuan diri terbatas tak mampu menghadapi semuanya.Terasa ingin menangis tapi airmata sahaja seakan tak mampu menitik lagi.Diri ini terasa kotor tak mampu berkata-kata.Hanya jari kematu ini mampu berbicara pada pena dan buku nota kosong bertemankan suara nyanyian nyaring cengkerik,suara aliran air menambah melodi.Hari ketiga,hari yang menyejukkan.Dapat aku rasakan di liang-liang kulit aroma kesejukkan RTMS.Kerdilnya diri ini dengan kemampuan yang hampir patah lara di noda lalu menyakitkan jiwa.Peritnya mata ini memaksa airmata yag mengalir.Diri ini seakan tidak bersyukur dengan nikmat di depan mata.Rasa hati sentiasa berkata 'adakah aku membuat keputusan yang betul?'...
Dalam kegelapan malam,indahnya kerlipan bintang menyinari gemerlapan malam.Hening sungguh RTMS ni.Disini aku mula melihat keindahan Islam dalam erti kata sebenar.Meskipun rasa kekesalan itu ada,tapi kalau bukan kerana dosa itu aku takkan jumpa tempat seindah ini.Kekadang rasa malu itu menebar di hati.Meskipun aku tahu serba sedikit tetapi aku ingin bermula dengan kekosongan dan kenaifan...Tetapi...Ada suasana yang agak menjelikkan hati ini.Aku cuba bersuara selayak seorang manusi dengan sedikit keberanian yang tidak seberapa.Aku mulai sinis sedikit dengan beberapa orang disini.
Aku agak kelelahan dengan suasana baru ini.Minggu orientasi yang agak berbeza dengan sekolah yang aku pernah pergi."Ya memanglah sebap sekolah sebelum sekolah akademik biasa"Bisik hatiku.Tiba-tiba namaku dipanggil ke dewan berjumpa dengan para staf RTMS.Dari penglihatan aku,aku sedikit dapat mengagak apa yang akan dibincangkan.Tapi kenapa aku???
Dengan emosi yang agak menyampah dengan beberapa kerenah pelajar aku agak berfikir macamana nak bercakap secara langsung.Dengan status 'Pelajar Baru' agak susah nak bersuara.Dengan fikiran dan emosi yang ceroboh aku dipilih menjadi ketua pelajar muslimah.Aku dah tersilap langkah! Kenapa aku menyetujuinya?? Tak tahu apa yang ada difikiran.Tanggungjawab ini berat dengat keadaan diri yang semengah,apalah yang akan jadi.?Hanya Allah yang tahu rasa penyesalan dihati.Setiap detik aku memikirkan akan dunia sebenar budak-budak disini.Nampaknya aku SALAH! Ternyata pandangan aku dengan budak 'BERNINJA' itu jauh dipanggang dari api.Sesuatu yang berbeza semakin ketara dan itu membuat aku menyampah dan sedikit demi sedikit menjadi fikiran yang buruk.Baru beberapa hari dengan gahnya beberapa terkena makian aku.Hilang segala keinginan untuk menjadi naif.Aku semakin lemas dengan keadaan ini.Bercelaru dan semakin kuat marah ini.Pada hakikatnya aku tumbang juga dengan realiti diri sebenar....
BERSAMBUNG...
@PemuisiAkwa
*Terima kasih buat semua pembaca blog ini.@PemuisiAkwa sangat menghargainya.Untuk makluman semua pembaca,niat tulisan bukan untuk memburukkan budak-budak yang 'BERNINJA".Tapi itulah hakikatnya.Tiada manusia yang sempurna.Seperti kita tahu sekolah-sekolah pondok dan madrasah dijadikan tempat pembuangan para remaja yang gagal di luar sana.Masyarakat menjadikan tempat belajar agama itu adalah pilihan terakhir yang tidak mempunyai masa depan yang cerah.Terdapat ramai juga individu yang bijak pandai mengatakan madrasah adalah sarang kegiatan jenayah.Hakikatnya ada beberapa pusat pendidikan agama ini dijadikan para ibu bapa dan masyarakat diluar sana untuk menempatkan tempat anak mereka yang bermasalah.Permasalahan pelajar agama itu bukan berpunca dari pusat pendidikan tetapi ia memang bermula dari luar sana dan Madrasah dan sekolah pondok ini menjadi cemuhan masyarakat yang BODOH diluar sana.Salam dari @PemuisiAkwa.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan