Rekomendasi BUKU/FILEM:
'Tenggelamnya Kapal Van der Wijck'
'Tenggelamnya Kapal Van der Wijck' ini merupakan novel karya agung Tuan Haji Abdul Malik Amarullah(HAMKA) atau orang-orang yang menyebutnya sebagai Buya Hamka.Buya Hamka merupakan seorang penulis,wartawan,penerbit dan ulama terkenal yang berasal dari Indonesia.Hamka juga banyak menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya lain seperti novel dan cerpen. Di antara novel-novelnya seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, dan Merantau ke Deli juga menjadi perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura. Beberapa penghargaan dan anugerah juga diterimanya, baik peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Pada tahun 1959, Hamka mendapat anugerah gelar Doktor Kehormatan Causa dari Universiti al-Azhar, Kaherah atas jasa-jasanya dalam penyiaran agama Islam dengan menggunakan bahasa Melayu. Kemudian pada 6 Jun 1974, beliau kembali memperoleh kehormatan tersebut dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada bidang kesusasteraan, serta gelar Profesor dari Universiti Prof. Dr. Moestopo.(https://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka)
Salah satu karya beliau yang sangat terkenal dan memberi kesan besar pada masyarakat ialah TENGGELAMYA KAPAL VAN DER WIJCK.
*******************************************************
TENGGELAMNYA
KAPAL
VAN
DER
WIJCK
Sinopsis
Zainuddin,lelaki yang tidak punya apa-apa.Harta tidak,rupa tidak,cinta pun kosong.
Pada ketika bertemu Hayati,Zainuddin mula sedar,yang harta itu boleh dicari,rupa itu boleh diterima seadanya,dan cinta,adalah satu anugerah Tuhan.
Datangnya cinta itu sebagai satu anugerah,dan perginya ia adalah satu bencana.Hayati terpaksa menikah tapi bukan dengan dia.
Patah hati Zainuddin.Tidak dia sedar,patah hati kerana cinta itu juga satu anugerah.Anugerah yang pada akhirnya mempertemukan dia semula dengan Hayati dalam suasana yang tidak dia sangka.
***
@pemuisiAkwa sangat merekomendasikan novel ini buat semua pembaca kerana ia sangat sarat dengan pengajaran yang boleh jadi panduan dalam kehidupan.Bukan itu sahaja,novel ini merupakan karya terbaik beliau(Buya Hamka) dan dalam buku ini memberi pandangan seorang Buya Hamka iaitu ulama Islam yang tidak bersetuju dengan adat Minang (tradisi),beliau menulis Van der Wijck sebagai kritikan terhadap diskriminasi terhadap orang yang bercampur-bangsa berlaku di dalam masyarakat Minang pada masa itu, serta peranan tunduk wanita.
Fakta Menarik Tentang TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK.
1.Kisah Benar
Kisah Kapal Van der Wijck adalah benar. Van der Wijck adalah kapal milik syarikat penerbangan perkapalan Belanda, Koninklijke Paketvaart Maatschappij (KPM). Namanya diambil dari Gabenor Jeneral Hindia Belanda Carel Herman Aart van der Wijck (1840-1914). Dia berkuasa dari tahun 1893 hingga 1899.
2.Tenggelam di Laut Jawa
Kapal Van der Wijck sepanjang 97.5 meter, lebar 13.4 meter dan tinggi 8.5 meter. Pada 20 Oktober 1936, ketika hendak berlayar dari Surabaya ke Tanjung Priok, dia mengalami kecelakaan dan tenggelam di Laut Jawa.
3.Jadi Berita Dunia
Tenggelamnya Van der Wijck bukan hanya berita di Indonesia. Surat khabar berbahasa Belanda di Belanda dan akhbar berbahasa Inggeris di Australia juga menulis cerita mengenai tenggelamnya Van der Wijck yang menceritakan tentang bencana kapal.
Tenggelamnya Van der Wijck bukan hanya berita di Indonesia. Surat khabar berbahasa Belanda di Belanda dan akhbar berbahasa Inggeris di Australia juga menulis cerita mengenai tenggelamnya Van der Wijck yang menceritakan tentang bencana kapal.
4.Diangkat Sebagai Film
Novel karya Buya Hamka kemudian dijadikan filem pada tahun 2013. Filem ini dilakonkan oleh Pevita Pearce (Hayati), Herjunot Ali (Zainuddin), Reza Rahadian (Aziz) dan Randy Danistha (Muluk).
Ini adalah filem drama romantis yang diarahkan oleh Sunil Soraya dan dihasilkan oleh Ram Soraya
Novel Tenggelamnya kapal Van der Wijck bertemakan adat Minang (tradisi), seperti layanan orang yang berketurunan campuran dan peranan wanita, isu ditunjukkan melalui kerja Hayati untuk menjadi isteri yang ideal walaupun Aziz menganiayai beliau.Hamka mendapati beberapa tradisi tidak sesuai dengan syariat Islam dan akal. dan terus mengkritik adat dalam karyanya.(https://ms.wikipedia.org/wiki/Tenggelamnya_Kapal_Van_Der_Wijck)
Novel ini sangat baik untuk hadaman masyarakat belajar tentang adat budaya,agama dan realiti kisah cinta yang sebenar pada ketika dulu.Novel ini juga sudah berusia 82 tahun(1938-sekarang) dan ia masih releven untuk tatapan,bacaan umum.Pada tahun 2013 novel ini telah difilemkan di Indonesia dan pada tahun 2015 novel ini diadaptasi dalam Pentas Teater di Istana Budaya Kuala Lumpur.
Namun begitu,menonton dengan membaca adalah satu suasana yang berbeza kerana apabila kita membaca kita dapat menghayati setiap watak dalam novel,dan dapat lebih merasai plot dalam cerita novel ini.
Konklusinya,novel ini novel yang sangat memberi impak besar pada masyarakat dan dalam perkembangan sastera di Indonesia sehingga buku ini telah dicetak beberapa kali di Indonesia dan di Malaysia.Bukan itu sahaja, novel ini bukan semata-mata tentang percintaan tetapi banyak point yang kita boleh dapat contohnya ungkapan falsafah menarik dari HAMKA dan kritikan kepada masyarakat yang terikut-ikut akan budaya barat pembawaan penjajah iaitu Belanda.
Novel ini menarik atau tidak? Cerita ini bergantung kepada individu. Kerana menarik itu tersangatlah subjektif untuk diukur. Sekiranya diungkapkan menarik, pada orang lain tidak menarik dan untuk mengungkap tidak menarik pada orang lain mungkin menarik.Kesimpulanya,lebih baiklah baca sendiri dan nilai sendiri menarik atau tidak.
Tetapi bagi pendapat @pemuisiAkwa,@pemuisiAkwa sangat menyukai novel ini dan beberapa kali menonton filem ini.Novel ini juga sangat bagus,@pemuisiAkwa menyarankan semua untuk mencuba membaca buku ini.
Rujukan
- Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck cetakan OPEN BRIDGE PUBLICATIONS
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Tenggelamnya_Kapal_Van_Der_Wijck
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Tenggelamnya_Kapal_Van_der_Wijck_(filem)
- https://hot.detik.com/movie/d-4987307/tenggelamnya-kapal-van-der-wijck-bisa-jadi-rekomendasi-kamu-nonton-di-rumah




Tiada ulasan:
Catat Ulasan