Khamis, 6 April 2023

KACA MATA AKSARA: Bicara MATA HATI

   


  Apa yang difikirkan oleh manusia dalam hidup ini? Kekayaan? Kemasyuran atau kehinaan hidup semata-mata? 

 Suara mata bersambung ke hati membicarakan itu.Apakah pada kehidupan insan yang Aksara kenali.Si Fulan obsesinya pada dunia religi atau keagamaan yang taat 'dimata' masyarakat.Ada pula obsesi pada dunia penuh sensual s*x.Dan tak lupa pada insan yang obsesi ada kesempurnaan tak kira dari segi pendidikan pasangan hidup,pokok pangkalnya mengiginkan sebuah keempurnaan.Apa sebenarnya diingini oleh orang seperti ini.Kebahagiaan? Entahlah....

 Penyesalan yang mereka rasa takkan terasa selagi tidak merasa kehilangan sesuatu yang berharga.Disaat itulah orang akan merasai sebuah kesedihan.

Kesedihan sebenar apabila seseorang kehilangan insan yang dikasih,Seperti itu lagu yang didendangkan oleh Ernie Zakri iaitu 'Gundah'.Betapa perihnya jiwa hati insan tatkala kehilangan separuh raga.Apakah erti kehilangan?

Kehilangan itu perihal hilangnya sesuatu yang berharga.Disaat itulah manusia akan menyedari erti kata SYUKUR.


Entah kemana akal jiwa manusia untuk berfikir tentang kehidupan mereka.Entah apa yang disandarkan oleh mereka...Mereka hanya tahu meninggalkan semuanya tanpa berfikir apa yang akan terjadi.Bila ada cela yang di lakukan,syaitan sahaja disalahkah.Apakah manusia tak cukup syaitan untuk dikata iblis? Rasa bersalah sedikit sahaja tak terbit di jiwa apatah lagi hati.Berapa ramai lagi jiwa yang akan menderita akan sengketa yang penuh penipuan ini?


Kehidupan itu anugerah maha ESA.Kehidupan menggambarkan dinamika yang tidak dapat diteka ianya sangat misteri kerana kita sebagai manusia tidak akan mengetahui apa yang terjadi kedepan.Tetapi mereka hidup seakan mereka mempunyai segalanya.


Setiap kata itu sakit diungkapkan,pada seorang anak kecil yang tak tahu apa yg difikirkan.Namun atas dasar nama yang dimartabatkan maka hinalah kelahiran seorang anak yang dianggap beban kehidupan.Manusia memang seperti itu bila tak punya apa akan menunduk,itupun masih lagi mendongak walaupun tak punya apa-apa.Ditambah lagi apabila seorang  manusia itu punya sedikit kuasa maka orang sekelilingnya akan terpaksa menelan kehinaan yang sakit.


  Entah apa yang sebenarnya cuba didendangkan.Mula kata tak difahami.Entah apa yang cuba dilakar dalam sebuah nota.Diri juga cuba mencari apakah makna nota Bicara MATA HATI ini?


والله أعلمُ بالـصـواب

Salam Buat Aksaras...


Tiada ulasan:

Apa itu BULI?

  https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/ Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dal...