Jumaat, 2 Julai 2021
Sabtu, 8 Mei 2021
Aku Menangis Lagi-PENA KEMATU SEPI MILIK TUHAN
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
......
Kenapa aku??
Mengapa aku??
Apakah masih ada cinta di hati ini???
Aku takut rasa ini.Sangat sukar aku lupakan dirimu..Aku telah menbakar semua tarikh-tarikh penting yang ada dalam coretan nota.Aku membakarnya dengan linangan airmata..Rasa sakit menusuk di hati.
Adakah aku kalah dalam perjuanganku???
Ia sangat menyakitkan untuk melupakanmu,Sangat menyakitkan menahan rasa benci yang sukar digambarkan...Senyuman ini,catatan ini hanya menunda luka yang semakin parah di hati.Semakin aku menambah kebencian ini semakin sakit jiwa hatiku menahan rasa sakit di dada ini.Aku kalah dalam sebuah kenyataan.Aku menangis lagi...dan menangis lagi..Mengenang semuanya sangat sakit.Aku kesendirian dalam tangisan ini.Sesekali bersujud memmohon keampunan pada Maha Esa.Adakah saatnya aku menyesali segalanya?? Aku tidak bisa melupakan ini.Setiap catatan mengatakan aku membencimu..Tapi hati ingin sekali menanyai khabarmu? Bersalahkah aku?? Aku yang meninggalkan tanpa khabar...Semakin aku membencimu semakin kuat rasa sakit di hati ini.Sangat sakit menahan rasa ini.Sesungguhnya aku sangat merindui kisah kita.Aku sangat merindui saat jemarimu menggenggam jemariku dengatnerat.Aku sangat memerlukan pelukan kasihmu.
Tapi aku tahu ia melanggar fitrah agama kita.Berdosakah aku?? Berdosakah aku mengingin itu?? Ia memang salah dan takkan pernah diredhai.Egois sangatkah aku?..Bukan mudah untuk melupakan,aku terlalu mudah dalam berfikir.Aku cukup cuba membunuh rasa ini.Tapi kenapa ia belum mati.Malah semakin kuat dalam ingatan..Adakah kau masih merasai rasa ini? Hatiku terlalu terlalu rumit untuk men jawabnya...Ku cuba mengubati hati tapi aku tak mampu.Aku masih memerlukan kunci itu.Adakah kau masih ingin membuka hati yang dikunci kenangan kita dulu.Adakah ini balasan untukku?? Aku terlalu lemah...Aku tak mampu menipu lagi...dan akankah aku terus bgini?? Aku menangis...Dan menangis lagi......e!h.@.....
Maafkan aku...
~Pena Kematu Sepi Milik Tuhan~
Sabtu, 3 April 2021
Khabar BURUK atau Khabar BAIK???-Mawar Hitam
Nota:Rasa Hati(MAWAR HITAM)
Salam buat semua AKSARAS(pembaca)...
Agak lama Mawar menyepi...Ini kerana Mawar masih berfikir apakah khabar ini perlu mawar catat dalam blog ini.Sinis dari wajah Mawar kelihatan jelas.Ada khabar tapi adakah ia khabar baik atau khabar buruk? Entahlah...Biarlah para Aksaras di luar sana yang memilih pendapat masing-masing.
Nota Mawar sebelum ini menceritakan tentang dua anjing kurap A & N.Mawar masih tak boleh lupakan dua ekor manusia ni.Namun berita ini membuat Mawar berbelah bahagi.Antara rasa gembira atau kesian??
Khabarnya Si A semakin terbuka pada dunia luar.Mawar masih ingat akan dirinya ketika di madrasah yang lagaknya seperti wanita lindungan kaabah.Mawar tak mahu sembang lebih,Alhamdulillah dia masih bertudung.Mawar tak mendoakan yang tidak baik tapi Mawar masih menantikan lebih banyak 'pertunjukkan'.
Khabarnya Si N manusia tak sedar diri yang sentiasa bertopeng kononya 'kebaikan'.Akhirnya topengnya jatuh tanpa sempat Mawar pecahkan.Siapa yang mampu tundukkan Mawar? Semua mereka kesudahannya jatuh menyembah bumi.Tak tahulah nak gembira atau kesian..Tak cukup buat onar di Taman Syurga dibawah Bayu,buat pertunjukkan hebat pula di Negeri Tanah Melayu.Begitu kecil dunia ini sehingga khabar itu sampai di pancaindera Mawar.
Rasanya orang yang mengenal kita dulu akhirnya minda lebih terbuka luas.Kerna khabar ini mampu menyedarkan orang yang pernah memandang serong pada Mawar.Hinanya Mawar pada suatu ketika dulu.Akhirnya terbayar CASH.Topeng sebenar sudah terbuka.A lari dengan seorang manusia(lelaki) di Negeri Tanah Melayu.Saat khabar ini sampai pada Mawar,Mawar Hitam ketawa dengan sinis.Mawar berkata,'Akhirnya pertunjukkan pembukaan topeng sudah membuka tirai'.
Mawar tak merasa cukup dengan pertunjukkan ini dan Mawar ingin publish kan khabar ini.Mawar sudah menjangka perkara ini berlaku.Mawar cuma menunggu waktu untuk merungkai pada AKSARAS.
Sau persatu mereka akhirnya membuka topeng...Dari Pak Ustaznya yang seperti penunggang agama.Hinggalah anak-anak topeng yang sudah membuat pertunjukkan.
Si I anak harapan junjung quran akhirnya belot.Gelaran PEMBELOT,PENIPU itu sentiasa melekat pada dirinya.
Si AJ jatuh kecundang memperlihat diri sebenar yang sebenarnya cuma cacing kudis yang menipu gurunya.
Kekasih hati Si N suatu ketika dulu,Si T hanya seorang pencuri yang tak sedar diri.
Si A yang dulu penuh ketegasan kononya wanita suci,akhirnya bangga campak niqab.Kau pergi dengan kehinaan dan sentiasa akan berakhir dengan kehinaan.Dan mungkin OTW membuang hijab.
Si N yang dulu kata wanita agung mangsa keadaan,Akhirnya jatuh dengan sifat sebenar mulai melitupi diri.Kau hanya perempuan rendah yang hina dan keji.Mawar harap N ini akan menghalalkan hubungannya dengan 'temannya' itu.
Encik U yang berlagak dengan Mawar?? Dia dah dapat balasan yang setimpal dulu.Hanya seorang lelaki LEMAH.Pengakhirannya...Akhiranya hanya menjadi seperti orang hina.
Fulan 1 & Fulan 2...Agenda penipuan mereka dah tamat.Istana yang dibina akhirnya musnah.Anak kapalnya juga tenggelam di telan masa.Itulah akibatnya bila cuba pergunakan agama melebarkan sayap ketamakan.
B.I.N.G.O!!!
Semuanya berakhir dengan khabar yang membuat Mawar Hitam mendepakan tangan,tersenyum, menikmati pertunjukkan yang INDAH ini.Mawar akhirnya mampu berjalan dengan sebuah KEMENANGAN dengan pertaruhan Mawar suatu ketika dulu.Musim mereka dah TAMAT.Khabar baik Mawar sangat menikmati pertunjukkan ini.Khabar buruk bila Mawar merasa sekelumit rasa kasihan.Tapi....Mawar tak rela rasa kasihan itu ada dalam diri Mawar.Mereka tak layak mendapat rasa kasihan ini.Mawar berharap mereka-mereka semua membaca nota ini.Nota ini akan terus menerus menjadi penghubung cerita Mawar dan mereka.Rasa kebencian ini belum tamat.Mawar masih menggenggam sebuah kebencian tak dikiranya besarnya.Satu persatu pertunjukkan kamu Mawar akan saksikan dengan senyum sebenar MAWAR HITAM.
* Salam buat semua Aksaras.Mawar Ucapkan terima kasih buat semua masih sudi membaca nota ini.Mawar nak ingatkan buat semua Aksaras,Nota ini bukanlah contoh yang baik untuk semua.Ini hanya sebuah Nota merungkai kebenaran.Cerita ini adalah Mawar.Segala kekasaran bahasa dalam nota ini Mawar akuinya tapi Mawar berharap semua Aksaras tidak mengikuti apa yang Mawar lakukan dan apa yang 'MEREKA' lakukan.*
Salam Kebenaran
-Mawar Hitam (Blackrose)
Isnin, 1 Mac 2021
Diari:Kisah Anak Penjara Suci 2.0
Diari:Kisah Anak 'PENJARA SUCI' 2.0
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik Rozzie untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...
Ahad, 21 Februari 2021
Diari:Kisah Anak 'PENJARA SUCI'' 2.0
Diari:Kisah Anak 'PENJARA SUCI' 2.0
بسم الله الرحمن الرحيم
Rozzie Majin menghimpun banyak memori,tetapi Rozzie binti Mohd.Rafie adalah nama yang Allah beri sinar cahaya keindahan dalam kehidupan.
Aku lahir 24 December 2000,anak sulung dari empat beradik.Aku pernah bersekolah di Sk.Inanam Laut,Kota Kinabalu.
Pada 1 janauri 2019,aku telah dihantar oleh kedua ibubapaku ke RTMS.
Aku dan kedua ibu bapaku adalah mualaf.Kami sekeluarga telah diberi nikmat hidayah oleh Allah SWT iaitu kami sekeluarga telah mengucap dua kalimah syahadah pada tahun 2008.Jauh di sudut hati pada ketika itu kurang mengerti kerana usia yang masih kecil tetapi hati terasa tenang bila bergaul dengan orang Islam.Aku juga terpesona dengan akhlak mereka yang bertatasusila apabila berda'wah.
Selepas aku masuk islam,aku masih anak kecik yang berumur lapan tahun,apa yang diri ini lihat itulah menjadi ikutan dan masih tidak tahu adab terhadap ibu bapa.Sehinggalah di hari itu timbul keinginan di hati untuk terus belajar ilmu agama terutamanya nak mendalami Al-Quranul Karim.
Ketika umur 11 tahun,aku sangat cemburu melihat kawan-kawan dan jiran-jiran membaca Al-Quran.Terdetik di hati ingin menjadi seperti mereka yang fasih dan lancar menghafaz Quran.Keinginan itu terlalu dalam hati.
Dengan izin Allah,aku mengikuti kakak sepupuku masuk ke maahad tahfiz Miftahul Ulum Tanjung Aru,Kota Kinabalu.Pada tahun 2012,bermulalah kehidupanku di maahad tahfiz itu.Keinginanku telah tercapai,aku mula belajar iqro sehi nggalah meningkat ke bacaan Quran.Dalam tempoh enam bulan aku telah menghabiskan bacaan iqra dan mengkhatamkan Alquran dalam tempoh setengah tahun.Aku mulai menghafal Al-Quran pada tahun 2013.Perasaan ini terlalu indah sangat sukar digambarkan.
Seperti mimpi indah,aku hampir tak percaya apa yang sudah aku lalui yang kini sebagai muslimat Islam.Disaat aku mulai menghafal Quran,aku tidak yakin dengan diriku sendiri.
'MAMPUKAH AKU MENGHAFAL AL-QURAN?'
Setitik demi setitis air mutiara jernih mengalir setiap kali kedipan mataku.Semua rasa bercampur-aur.Aku tak yakin dengan diriku...Dan aku menangis lagi..
bersambung...
@PemuisiAkwa
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik Rozzie untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...
-
FATIMAH AZ -ZAHRA bersama pelajar muslimat Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah. Hijrah muslimah Part 2 بسم الله الرحمن الرحيم ...
-
Diari:Kisah Anak Penjara Suci 3.0 Riang dengan kelembutan,tawa yang kemanjaan.Namun penuh dengan rahsia. Dialah wanita misteri yang pernah...
-
Nikmat dan anugerah terbesar ialah saat 2 kalimah syahadah terungkap di bibir ini. -GENEVIE DONATA ESTRADA@FATIMAH AZ-ZAHRA ABDULLAH ...
Apa itu BULI?
https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/ Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dal...



















































