Assalamualaikum...
Salam Kasih dari @PemuisiAkwa...Hari ini @PemuisiAkwa takkan berpuisi,tapi hari ini @PemuisiAkwa akan bercerita tentang kisah cinta seorang hamba Allah yang memberi impak besar dalam kehidupannya..Hari ini @PemuisiAkwa akan menjadi 'dia' dalam nota diari cerita ini..
Kisah ini bermula dimana Akwa menjalani kehidupan seperti orang biasa,cuba bekerja walaupun kehidupan agak rumit.Dalam diri sentiasa bertanya "kenapa aku?"..Begitulah manusia,tak pernah puas dengan apa yang dia ada.Amat susah menyimpan rasa syukur di lubuk hati paling dalam.Bukan Akwa sahaja,ramai lagi yang merasakan benda yang sama.dari yang di atas hinggalah orang bawahan,Semuanya sentiasa mengeluh dengan takdir di berikan Allah SWT.Akwa hanya melihat terlalu banyak penipuan dalam diri Akwa sahaja penuh dengan penipuan.Kisah ini bermula bila Ey cuba mendekati Akwa.Sifat Akwa memang sukar diramal tapi yang pastinya Akwa memang nampak 'kerek' dan nampak bodoh ketika itu.Itu bukanlah sifat Akwa yang sebenarnya.Tapi itulah Akwa,sifat sebenar itu perlu disimpan untuk masa akan datang.Kisah ini tidaklah terlalu indah tapi cukup perit dalam ingatan Akwa.Pada waktu itu Akwa terlalu naif mencuba satu takdir.Ketika hanya ingin mencuba,terjatuh pula dalam permainan cerita sendiri.Obsesi dalam penulisan,dalam mencipta puisi sendiri itu juga satu kesilapan langkah Akwa.Akwa menerima Ey sebagai teman.Mungkin jiwa akal Akwa pada ketika itu termakan kata Kak Asya dan kata Rara.
"~~~~~,kau dah 18 trylah..",-Kak Asya
"Bila lagi nak cipta puisi kisah cinta sendiri",-Rara
Nak salahkan mereka?? Memang tidaklah,sebap keputusan itu Akwa yang buat.Akwa yang terlalu obses naif dalam mencipta kisah ini sebagai pengalaman hidup.Akwa hanya merasakan dia hanya seorang teman.Lagipun Akwa kesian bila menolak orang,Akwa bukan siapa-siapa untuk menolak rasa Ey.Akwa mula merasa selesa dengan Ey.Dia memberi Akwa rasa kepedulian yang membuat melayang melayan rasa.Tapi setiap kali memikirkannya Akwa tersedar dalam khayalan indah itu.Akwa kembali muran di hadapan cermin sambil hati meratap melihat diri.Akwa sangat sedar diri,Akwa tak mahu diremehkan.Akwa hanya meneruskan rasa yang ada dengan Ey.Akwa sedar ia bukan cinta sesungguhnya tapi hanya rasa 'suka-suka' dalam keobsesan menulis kisah dalam sebuah buku.Akwa hanya merasai apa yang takdir tentukan.Akwa melihat,mendengar semuanya indah dalam sekelip mata.Inikah rasa yang orang diluar sana rasakan? Bagi Akwa suasana in tidaklah indah cuma nampak yang kita ini bodoh kerana tetap meneruskan walaupun sudah tahu kesudahannya.Ey..,,Dia hanya lelaki biasa yang membuat Akwa terlalu kerdil pada mulanya.Dia nampak hebat seketika.Ia membuatkan Akwa ragu-ragu dalam kisah cinta ini.Seperti dia ada satu pertaruhan dengan insan lain,mungkin hanya fikirang Akwa yang melebih-lebih.Akwa hampir terjerat rasa cinta yang sukar difahami kerana peristiwa itu...
Akwa tewas...Inilah dikatakan kisah memakan tuan.Segala catatan seperti sampah yang layak dibuang.Akwa menangis dihadapan cermin,tangisan sudah tidak berguna.Separuh permata Akwa dah hilang.Hilang angkara obsesi ini.Percikan Api yang menyalakan wilayah jiwa dengan magik dari Aura perak Ey telah memecahkan kotak permata dan hampir mengambil permata berharga Akwa.Akwa menampar wajah cuba merasakan adakah ini mimpi.Ternyata ia nyata,Akwa ini sudah berkesudahan di akhir kisah...Akwa tumbang dan tandus walaupun di bumi khatulistiwa.Meratap diri dengan jirusan di wajah yang bermandikan air mata.Tiada lagi rasa bahagia hanya kebencian yang ada cuma sesekali rasa cinta itu datang.Obsesi ini jugak kalah dengan dugaan ini.Harusnya Akwa tak meneruskan kegilaan ini.Akwa hanya menangis sesekali meratap diri di coretan puisi yang hilang serinya.Berdosanya diri Akwa...Adakah Ey merasakan rasa berdosa ini?? Atau dia merasa bangga menjatuhkan separuh harga diri Akwa?? Akwa tak tahu...Akwa hanya meratap diri yang penuh dengan aroma dosa ini.Akwa juga merasa jijik dengan jasad ini.Hilang kesombongan sebenar Akwa.Akwa hampir punah dalam memikirkan kisah takdir Akwa ini.Bukan lagi punah tapi dah tumbang menyembah bumi.Walaupun Akwa tidak kehilangan permata Akwa tapi Akwa merasa kejijikan dalam jasad ini.Akwa menangis dan terus menangis meratap diri......
BERSAMBUNG.....
*Kisah ini sedikit mengganggu emosi @PemusiAkwa.Jadi @PemusiAkwa hanya menceritakan sampai disini dan akan meneruskan kisah ini di hari lain.* Salam kasih dari @PemuisiAKwa
@PemusiAkwa
~Kisah Cinta Hamba~
#aksaracslegacy
#galerycslegacy
#changethementality

Tiada ulasan:
Catat Ulasan