بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Gambar sekadar hiasan)
Perihnya menanggung amarah bila mengingati kisah yang semakin terkubur tapi segar dalam ingatan.Memang kuakui mimpimu dan mimpiku sangat tinggi, tapi ingatlah bahawa mimpi akan menjadi sia-sia jika hanya menjadi cerita seperti tong kosong nyaring bunyinya.Untuk apa kita perjuangkan kisah yang sudah kita nodai.Kembali sahaja pada Maha Agung dan sujudlah mohon keampunan selagi kita masih bernafas.@PemuisiAkwa
Akwa merasakan akwa sudah seperti bangkai yang busuk.Tiada lagi tangisan apabila seolah-olah mati di satu sudut.Ey seperti tidak memikirkannya.Dia hanya seorang lelaki pengecut.Dia berbicara seperti tiada apa-apa yang berlaku.Sepertinya Akwa kena meneriman hakikat apabila wajah sekekliling menganggap diri ini hina,murahan.Akwa tak lagi menangisi semuanya lagi.Untuk apa menangis bila hanya dipandang lemah.Sudah berhari-hari Akwa memikirknnya.Akwa tak mahu dilabel bodoh dan dipandang hina.Itulah tekad Akwa.Pada malam itu terlerailah dua hati yang cuba mencuba nasib dalam takdir cinta.Ey menangis,tapi Akwa tak selemah itu.Akwa yang penuh dengan kebencian diri,masa takkan berundur.Punahlah separuh diri Akwa.Akwa hanya mampu menangis,bukan menangis sedih tapi tangisan penuh kebencian dalam diri dan pada Ey.Akwa kena pergi...Tinggalkan semua yang menyakitkan jiwa Akwa.Akwa dah tekad yang Akwa akan pergi membawa diri yang penuh noda dosa ini ke satu tempat yang tenang.Dalam cerita cinta ini Akwa bukan tidak mahu cuba menghalalkan kisah ini tetapi Akwa tidak mahu diri nampak rendah dimata orang kerana melihat diri Akwa dan Ey dua dunia yang berbeza.Akwa tak mahu dipandang rendah oleh sesiapa.Kisah yang dimulakan dengan belas kasihan dan perkara yang tidak baik maka juga berakhir dengan buruk.Melihat diri Ey yang endah tak endah menguatkan diri Akwa untuk mengakhirinya,lagipun Akwa tak mahu meneruskan kisah yang berpandukan nafsu semata-mata.Ia kisah yang menjijikkan.Meskipun Akwa mencuba perbaiki segalanya tapi takdir ilahi itu sebaik-baiknya dan Akwa kena terima sebuah hakikat yang ditakdirkan.
Meskipun hubungan dengan Ey sudah berakhir ,Akwa ingin menunjukkan yang Akwa tak LEMAH,dan Akwa mampu lakukan.Tetap berkawan seperti biasa walaupun segumpal kebencian yang semakin subur di jiwa Akwa.Tapi itulah suka ataupun tidak Akwa kena kuat.Kak Asya sempat bertanya waktu itu,
~~~~,Kau dengan Ey bercinta?
'Tidaklah kak...Kami kawan dan tiada istilah BERCINTA dalam diri ni.'
'Oklah kalau begitu,menyesal pula aku suruh kau rapat dengan Ey'
Dalam hati Akwa waktu itu sedikit pun tidak menyalahkan Kak Asya.Kerana itu adalah pilihan Akwa sendiri.
Pada 1/1/19 satu keputusan berat Akwa iaitu melupakan segalanya dan pergi menenangkan diri.Pada waktu juga Ey masih mesej Akwa di Ws.Tapi seluruh kekuatan Akwa dan tekad untuk tinggalkan semuanya.Akwa menipu yang Akwa akan berpindah daerah dan takkan kembali lagi.Tapi sebenarnya Akwa pada waktu itu dalam perjalanan ke 'Penjara Suci',tempat Akwa mengenal serba sedikit tentang Quran&Allah SWT.Alhamdulillah Akwa sedikit demi sedikit cuba menenangkan diri di tempat itu.
*Akwa sebenarnya ingin menulis secara detail tentang kisah ini tetapi jiwa Akwa amat terganggu untuk mengingatkan yang menyakitkan jiwa Akwa.Meskipun perkara itu sudah berlalu tapi ia cukup menyakitkan jiwa&hati Akwa bila mengingatnya dan Akwa tidak mampu berhenti untuk membenci diri yang bodoh ini dan Ey.Sedikit penyesalan tapi lebih pada dendam.Mungkin rasa dendam ini akan berakhir....sekiranya separuh diri Akwa dikembalikan.Tapi jika takdir masih menyatukan kita mungkin itu adalah pembalasan buat kita.Tapi Akwa tetap Akwa,KEBENCIAN itu kuat walaupun Akwa nampak biasa*
Nasihat Akwa buat diluar sana jangan cuba-cuba untuk bermain dengan takdir,,.Untuk pembaca terima kasih sebab masih membaca blog ini.Buat pembaca kisah Cerita Cinta Hamba ini tak berapa @PemuisiAkwa bersungguh kerana ia melibatkan maruah seseorang,Dan paling penting Pembaca jangan judgemental sangat Hamba ini bukan melakukan zina tetapi dia hampir melakukannya.Sama-sama kita mendoakan para kaum Hawa di bumi Allah ini.@PemuisiAkwa
Macam mana nota @PemuisiAkwa kali ini??@PemuisiAkwa agak kaku bila menulis kisah ini.@PemuisiAkwa sudah cuba sebaik mungkin untuk cuba dalam karakter CERITA CINTA HAMBA ini.Cuma ini mampu @PemuisiAkwa tulis.@PemuisiAkwa masih lagi cuba belajar dalam menulis.Doakan @PemuisiAkwa.Salam buat pembaca semoga Allah SWT merahmati kalian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan