Salam buat semua pembaca...
Nampaknya belakangan ini banyak isu timbul.Nampaknya agak ramai juga berminat dengan nota Mawar Hitam.I'm very appreciate that.Mawar dah lama tak bercerita...Sebap dah ramai mata-mata yang memerhati Mawar dari jauh.Mawar jugak berusaha untuk menapis semua perkataan yang di publish dalam blog ini.Tapi lumrah dunia kita akan berjumpa orang yang bodoh..Disini Mawar akan bercerita tentang orang sekeliling Mawar yang sangat "SESUATU".Mawar agak sinis dengan kisah seperti ini.Pada kebiasaannya kita sudah disajikan dengan manusia yang mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi.Dalam riwayat ini juga telah dinyatakan.
'Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: 'Pada akhir zaman akan muncul orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka memakai pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud) untuk mendapat simpati orang ramai. Tutur kata mereka lebih manis daripada gula, sedangkan hati mereka sama dengan hati serigala yang bertujuan jahat. (Riwayat Tirmizi).'
Dan sekarang Mawar sudah melihatnya,depan mata jelas kelihatan.Pada mulanya Mawar merasa protes dengan keadaan itu.Namun apa kah daya seorang 'saya' ingin membangkang perkara tersebut kerna saya berhadapan orang yang berilmu dan saya hanya insan yang baru sahaja mengenal ilmu.Saya juga serba sedikit melihat sisi gelap golongan yang boleh dikatakan 'penunggang agama'.Tapi kita juga hamba tidak layak menghakimi seseorang itu.Mawar hanya bercerita tentang orang-orang yang di sekeliling Mawar.Mereka adalah hamba Allah yang membuka mata,jiwa Mawar untuk melihat dunia baru.Kadang-kadang Mawar tertanya-tanya inikah realiti dunia yang orang wara-warakan ia perjuangan agama? Entahlah...Mawar tak judge mereka.But sometimes...Ia menjadikan Mawar orang yang sangat kurang ajar sebap tidak tahan untuk memaki orang sebegini.Mawar pernah berjumpa dengan seorang dengan gelaran 'Ustaz'.Yang menariknya Ustaz ni ramai sangat budak-budak perempuan bercerita tentang dia.Mawar pun rasa pelik jugak.Bila budak-budak perempuan bercerita tentang 'Ustaz' ni,ia seperti mengubah peribadi pelajar itu kearah 'something weird'.Saya agak terkejut bila umur 13/14 tahun bercakap tentang poligami.
"Tidak kisahlah jadi bini kedua atau ketiga yang penting berilmu dan beriman"
Itulah dikatakan oleh budak-budak perempuan.Bila Mawar terdengar benda tu agak membuat Mawar berasa jelik dengan pelajar agama dan ustaz ini.Mungkin Mawar yang naif dalam dunia seperti ini.Pada ketika itu ada beberapa pelajar agak obses dengan ustaz ini.Sehingga pelajar terlihat 'sesuatu'.Mawar tak benci cuma rasa agak janggal dengan beliau.Dia cuba mengubah norma pelajar disana.Tak tahu apa motif ustaz ini.Dia kadang-kadang memerli beberapa guru lain tetapi hanya berkata didepan pelajar.Bila berhadapan dengan guru lain beliau tunduk seperti orang yang bertawaduk.Mawar juga kurang selesa dengan gurauan melampaunya yang membuat Mawar hilang pergantungan untuk bersikap biadap.Mawar ingatkan hanya Mawar yang tidak selesa rupanya ada beberapa orang pelajar tidak selesa dengan gurauannya.Ini cuma pemerhatian Mawar sahaja.Mawar melihat beliau cuba mempolitikan keadaan.Keadaan sekolah itu seperti tidak tentu arah.Pelajar yang mulanya bersatu semakin lama semakin berkelompok.Ustaz ini banyak mengkritik cara pembelajaran di madrasah ini.Dia juga menghasut beberapa pelajar untuk ikut denganya menyambung pembelajaran di pusat pendidikan lain dengan mengatakan sekiranya mereka di sekolah ini mereka tidak berkembang.Dalam pada itu ustaz ini juga memilih-milih pelajar yang agak berpotensi untuk diserap masuk dalam pusat pendidikan yang lain.Tapi Mawar tak kisah dengan itu semua hinggalah timbul isu yang Mawar ni orang memfitnah dia.Mawar tak terkejut dengan tuduhan Ustaz ni.Tapi nampak pengecut sebab Ustaz tak berhadapan terus dengan Mawar.Hanya berani bercakap di belakang sahaja.Kononya Mawar banyak bercerita & MEMFITNAH dia.Sampai sekarang Mawar tak tahu apa yang Mawar fitnah dia.Mungkin Mawar ni bermulut lancang sebab itulah jadi bahan untuk kebencian orang ni.Mawar yang mulanya hormat dengat ustaz ni,tapi bila dah jadi begini membuat Mawar biadab,kurang ajar dengan dia.Bukan sahaja ustaz ni dengan pelajar-pelajarnya sekali Mawar menyampah.Mawar tak cakap yang Mawar ni manusia sempurna,Mawar tahu yang Mawar orang terlalu baru dalam dunia keagamaan ini.Mawar yang baru ni tapi dihidangkan dengan suasana yang jauh dari apa yang difikirkan.Tapi mungkin Mawar yang salah sebab terlalu naif dalam dunia ini.Tapi bagaimana dengan mereka??
Baru-baru ini Mawar mendengar cerita yang geng ustaz ini dah bubar.Mawar tak mengatakan yang Mawar ni sentiasa betul tapi Mawar melihat orang-orang yang benci,mengata dengan Mawar tidaklah sebaik sewaktu di madrasah.Mawar melihat ada yang mula membuka tudung,mula mewarnakan rambut.Dalam hati Mawar kesian tapi kadang-kadang Mawar agak sinis dengan mereka ini.Kerana merekalah yang mengata,mengutuk Mawar ni pembawa wabak buruk di madrasah,mengata Mawar ni tak macam pelajar perempuan yang berpurdah/berniqab.Mawar jauh sekali mengagungkan diri sendiri.Mawar tak mau jadi seperti mereka-mereka yang orang anggap seperti penunggang agama.Tapi Mawar bukan tuhan untuk menjatuhkan hukum pada orang lain.Paling penting jaga diri sendiri,jangan terlalu obses dengan da'wah islam sampai menghalalkan benda yang haram.Sama-samalah kita bemuhasabah.
Salam kebenaran dari Mawar Hitam..
