Selasa, 19 Januari 2021

Rekomendasi BUKU/FILEM:Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

 

  Rekomendasi BUKU/FILEM:

'Tenggelamnya Kapal Van der Wijck'



'Tenggelamnya Kapal Van der Wijck' ini merupakan novel karya agung Tuan Haji Abdul Malik Amarullah(HAMKA) atau orang-orang yang menyebutnya sebagai Buya Hamka.Buya Hamka merupakan seorang penulis,wartawan,penerbit dan ulama terkenal yang berasal dari Indonesia.Hamka juga banyak menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya lain seperti novel dan cerpen. Di antara novel-novelnya seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, dan Merantau ke Deli juga menjadi perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura. Beberapa penghargaan dan anugerah juga diterimanya, baik peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Pada tahun 1959, Hamka mendapat anugerah gelar Doktor Kehormatan Causa dari Universiti al-Azhar, Kaherah atas jasa-jasanya dalam penyiaran agama Islam dengan menggunakan bahasa Melayu. Kemudian pada 6 Jun 1974, beliau kembali memperoleh kehormatan tersebut dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada bidang kesusasteraan, serta gelar Profesor dari Universiti Prof. Dr. Moestopo.(https://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka)

Salah satu karya beliau yang sangat terkenal dan memberi kesan besar pada masyarakat ialah TENGGELAMYA KAPAL VAN DER WIJCK.

*******************************************************

TENGGELAMNYA 

KAPAL

VAN

DER

WIJCK




Sinopsis

  Zainuddin,lelaki yang tidak punya apa-apa.Harta tidak,rupa tidak,cinta pun kosong.
  Pada ketika bertemu Hayati,Zainuddin mula sedar,yang harta itu boleh dicari,rupa itu boleh diterima seadanya,dan cinta,adalah satu anugerah Tuhan.
  Datangnya cinta itu sebagai satu anugerah,dan perginya ia adalah satu bencana.Hayati terpaksa menikah tapi bukan dengan dia.
  Patah hati Zainuddin.Tidak dia sedar,patah hati kerana cinta itu juga satu anugerah.Anugerah yang pada akhirnya mempertemukan dia semula dengan Hayati dalam suasana yang tidak dia sangka.

***

  @pemuisiAkwa sangat merekomendasikan novel ini buat semua pembaca kerana ia sangat sarat dengan pengajaran yang boleh jadi panduan dalam kehidupan.Bukan itu sahaja,novel ini merupakan karya terbaik beliau(Buya Hamka) dan dalam buku ini memberi pandangan seorang Buya Hamka iaitu ulama Islam yang tidak bersetuju dengan adat Minang (tradisi),beliau menulis Van der Wijck sebagai kritikan terhadap diskriminasi terhadap orang yang bercampur-bangsa berlaku di dalam masyarakat Minang pada masa itu, serta peranan tunduk wanita.

Fakta Menarik Tentang TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK.

1.Kisah Benar
Kisah Kapal Van der Wijck adalah benar. Van der Wijck adalah kapal milik syarikat penerbangan perkapalan Belanda, Koninklijke Paketvaart Maatschappij (KPM). Namanya diambil dari Gabenor Jeneral Hindia Belanda Carel Herman Aart van der Wijck (1840-1914). Dia berkuasa dari tahun 1893 hingga 1899.

2.Tenggelam di Laut Jawa

Kapal Van der Wijck sepanjang 97.5 meter, lebar 13.4 meter dan tinggi 8.5 meter. Pada 20 Oktober 1936, ketika hendak berlayar dari Surabaya ke Tanjung Priok, dia mengalami kecelakaan dan tenggelam di Laut Jawa.

3.Jadi Berita Dunia
Tenggelamnya Van der Wijck bukan hanya berita di Indonesia. Surat khabar berbahasa Belanda di Belanda dan akhbar berbahasa Inggeris di Australia juga menulis cerita mengenai tenggelamnya Van der Wijck yang menceritakan tentang bencana kapal.
4.Diangkat Sebagai Film
Novel karya Buya Hamka kemudian dijadikan filem pada tahun 2013. Filem ini dilakonkan oleh Pevita Pearce (Hayati), Herjunot Ali (Zainuddin), Reza Rahadian (Aziz) dan Randy Danistha (Muluk).
 Ini adalah filem drama romantis yang diarahkan oleh Sunil Soraya dan dihasilkan oleh Ram Soraya

 Novel Tenggelamnya kapal Van der Wijck bertemakan adat Minang  (tradisi), seperti layanan orang yang berketurunan campuran dan peranan wanita, isu ditunjukkan melalui kerja Hayati untuk menjadi isteri yang ideal walaupun Aziz menganiayai beliau.Hamka mendapati beberapa tradisi tidak sesuai dengan syariat Islam dan akal. dan terus mengkritik adat dalam karyanya.(https://ms.wikipedia.org/wiki/Tenggelamnya_Kapal_Van_Der_Wijck)
 
Cetakan pertama/Tarikh penerbitan; 1938

  Novel ini sangat baik untuk hadaman masyarakat belajar tentang adat budaya,agama dan realiti kisah cinta yang sebenar pada ketika dulu.Novel ini juga sudah berusia 82 tahun(1938-sekarang) dan ia masih releven untuk tatapan,bacaan umum.Pada tahun 2013 novel ini telah difilemkan di Indonesia dan pada tahun 2015 novel ini diadaptasi dalam Pentas Teater di Istana Budaya Kuala Lumpur.
 Namun begitu,menonton dengan membaca adalah satu suasana yang berbeza kerana apabila kita membaca kita dapat menghayati setiap watak dalam novel,dan dapat lebih merasai plot dalam cerita novel ini.

 Konklusinya,novel ini novel yang sangat memberi impak besar pada masyarakat dan dalam perkembangan sastera di Indonesia sehingga buku ini telah dicetak beberapa kali di Indonesia dan di Malaysia.Bukan itu sahaja, novel ini bukan semata-mata tentang percintaan tetapi banyak point yang kita boleh dapat contohnya ungkapan falsafah menarik dari HAMKA dan kritikan kepada masyarakat yang terikut-ikut akan budaya barat pembawaan penjajah iaitu Belanda.
 Novel ini menarik atau tidak? Cerita ini bergantung kepada individu. Kerana menarik itu tersangatlah subjektif untuk diukur. Sekiranya diungkapkan menarik, pada orang lain tidak menarik dan untuk mengungkap tidak menarik pada orang lain mungkin menarik.Kesimpulanya,lebih baiklah baca sendiri dan nilai sendiri menarik atau tidak.
 Tetapi bagi pendapat @pemuisiAkwa,@pemuisiAkwa sangat menyukai novel ini dan beberapa kali menonton filem ini.Novel ini juga sangat bagus,@pemuisiAkwa menyarankan semua untuk mencuba membaca buku ini.

Rujukan
  • Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck cetakan OPEN BRIDGE PUBLICATIONS
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Tenggelamnya_Kapal_Van_Der_Wijck
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Tenggelamnya_Kapal_Van_der_Wijck_(filem)
  • https://hot.detik.com/movie/d-4987307/tenggelamnya-kapal-van-der-wijck-bisa-jadi-rekomendasi-kamu-nonton-di-rumah

Moment Of Memories:ZIARAH RAMADHAN 2019

Aksara Cs Legacy


Moment Of Memories;


               

  Assalamualaikum...
Salam tahun baru,salam pkp2.0 buat semua pembaca blog Aksara Cs Legacy..Hari @PemuisiAkwa akan membuat satu segmen baru dalam ACSL iaitu Moment Of Memories.Segmen ini akan terhias cerita,gambar yang memberi makna dalam diri @PemuisiAkwa.Cerita ini juga akan menceritakan kisah-kisah menarik @PemuisiAkwa dan teman-teman @PemuisiAkwa di zaman persekolahan.Dan cerita itu haruslah bermakna dalam diri @PemuisiAkwa.Selamat membaca semua....



                                         
Moment Of Memories:
 
Part 1:

     ~ZIARAH RAMADHAN 2019~

 

 
Ramadhan itu semakin indah bila 
kebersamaan kami seperti dipenuhi kebaikan
orang sekeliling.

   Pada hari itu kami berkumpul,mengumpul semua keperluan di Dataran RTMS.Kami diarahkan mengangkat semua keperluan untuk memasak 'mee bungkus'.Ini adalah pertama kali aku menyertai program sebegini.Hati terasa sedikit berdebar kerana di bulan Ramadhan pertama kali melakukan perkara yang tak pernah dilakukan.Sesampai di kawasan surau perkampungan itu,keadaan surau itu sedikit tidak terurus.Agak terpencil tempat surau tersebut.@pemuisiAkwa tidak berapa ingat nama kampung tersebut,tetapi yang pastinya ia berada di daerah Ranau.Semestinya kerana Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah itu terletak di daerah Ranau.

Rasa hati yang gembira itu tak mampu terungkap
hanya Allah saja yang tahu.
@PemuisiAkwa



 Sesampai di surau itu kami juga ditemani seorang Ustazah yang kami gelar UMI.Diwaktu terasa 'blurr' tak tahu nak buat apa.Tapi ditunjuk ajar oleh UMI dan beberapa pelajar yang sudah ada pengalaman tentang program itu.Hati terasa gembira bila merasai pengalamam seperti ini.Akan tetapi yang melucukan bila ada pelajar yang terasa gembira apabila dapat keluar menyertai program itu.Mungkin pembaca kurang faham,tetapi sekiranya pelajar atau bekas pelajar dari RTMS akan memahami.Bagi mereka sewaktu belajar di RTMS satu kenikmatan apabila dapat keluar jalan.Itulah hal menarik yang @pemuisiAkwa lihat sewaktu program ziarah ramadhan.Walaupun sesibuk apapun UMI seringkali mengingatkan kami untuk solat.Setiap tempat yang kami tuju kami sentiasa diingati dan saling mengingati tentang solat.Suasana itu sesuatu yang baru dalam hidup @pemuisiAkwa.Dan tidak mustahil untuk mendidik semua insan yang mengikuti program ini.


Kami berharap setiap apa yang dilakukan 
biarlah kerana Allah SWT.


Langkah demi langkah,rumah ke rumah,
terlihat bersilih ganti suasana rumah,
ada yang indah,ada pula yang daif.
Itulah ragam kehidupan manusia.
 

Ucapan terima kasih itu sangat bermakna.
@pemuisiAkwa


Pengalaman itu sukar diungkapkan,terlalu indah
untuk dibayangkan,aku juga tidak sendiri...
Insan-insan yang hebat juga menemani aku.
@pemuisiAkwa

Mereka ialah insan yang hebat.
Cuma itu mampu terkata di bibir ini.
@pemuisiAkwa





  Untuk hari pertama @pemuisiAkwa sudah sarat dengan kenangan,pengalaman yang mendidik jiwa.Ziarah ini sangat bermakna dalam hidup @pemuisiAkwa kerana disini @pemuisiAkwa berjumpa dengan berjenis-jenis manusia.Ziarah ini juga memberi @PemuisiAkwa ruang untuk berkomunikasi dengan orang yang berlainan bangsa dan agama,dari orang susah hinggalah orang yang 'senang'.Disini juga dapat melihat yang bukan kita sahaja susah tapi diluar sana lebih banyak yang lagi daif.

bersambung....



  *****************************************************************************
 
  *Semua gambar yang ada dalam catatan blog ini @pemuisiAkwa ambil dari Facebook Page PERSATUAN PENDAKWAH ISLAM SABAH (https://www.facebook.com/pendakwahsabah).*

Nota Kata Hati(MAWAR HITAM)

    

  Nota Kata Hati Mawar Hitam


Manusia itu memang diciptakan dengan 
saluran airmata dan hati.
Tatkala hati tersentuh,baik itu sedih,marah,
terlalu gembira bahkan takut,
terbentuklah airmata.
Tapi...
Airmata ini hilang bersama hujanan dendam yang
tersimpan dalam diri Mawar.
-Mawar Hitam-

     Jiwa Mawar semakin tertanya-tanya pada erti satu kata iaitu KEMATIAN.Kenapa kematian itu begitu dekat dengan kita?.Kerana itu adalah takdir tuhan.Jawaban itu adalah mutlak.Tiada siapa yang boleh mengubahnya melainkan dia adalah hamba logika akal fikiran.Di sudut jiwa manusia itu tersimpan satu raksasa iaitu satu bisikan yang misteri.Dalam diolog Filem DUKUN 'keinginan membunuh itu seperti keinginan bersetubuh'.Semuanya bermula dengan kisah manusia.Ia adalah satu sebap kematian tragis manusia.

Sebuah cerita itu diingati,disampaikan,ditulis,dicetak,difilemkan dan kini semua pasti mengenal dunia yang dikata hujung jari.Semuanya diatur oleh manusia yang berasal di satu kaum,"Itulah yang dikatakan channel youtube PriceMeed.Bukankah ia misteri yang sangat misteri.Ada manusia yang menyedarinya,ada pula yang mengendahkannya,ada pula manusia yang terlalu sibuk dengan dengan sesuatu yang jauh dari akal manusia.Banyak rahsia dunia yang ramai kita tidak tahu.Tapi itu semua andaian manusia semata-mata.

Dalam usia muda dan tubuh badan yang kuat bukan jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai usia tua.Ulama ada mengatakan manusia itu hanya kumpulan hari-hari. Ada manusia masih tidak sedar ‘modal’ harinya semakin berkurangan.Dari sudut agama ia adalah nyata dan bukan bicara kosong.Sebagai manusia bukan hanya bersandarkan logika fikiran semata-mata.Manusia dicipta dari tuhan maka kembalilah pada tuhan.Ia adalah peradaban manusia dan tuhannya.Itu adalah hikmah kita memperingati kematian.

Perkara itu dinyatakan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah Al-Baqarah, ayat 186)


***************************************************************************

 

   Dalam kita bercakap,berjalan,berlari dan sebagainya pernahkah tidak sedetik mengingatkan kematian.Mawar akan sentiasa terfikir dapat aku membalas dendam.Itu adalah diri Mawar.Kematian itu sentiasa dekat.Tapi kematian apakah yang terbaik dalam seorang yang bernama Manusia.Adakah dengan pembunuhan?,kemalangan?,atau kematian 'biasa" bakal dialami oleh setiap manusia.Ramai insan yang belajar agama inginkan kematian husnul khatima.Tapi Mawar Hitam menginginkan kematian yang tenang iaitu kematian tanpa dendam.Kematian apa yang kamu semua inginkan??


Salam dari Mawar Hitam...

@MawarHitam

https://web.facebook.com/profile.php?id=100055539258815

Isnin, 18 Januari 2021

Catatan Si Gadis (d)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualikum ...

Salam dari @PemuisiAkwa...
Hari ini @PemuisiAkwa akan menyambung CATATAN SI GADIS yang ke D.Catatan ini sudah beberapa kali tertunda kerana kekangan masa @PemuisiAkwa yang agak tidak terurus.Ini adalah catatan pertama dalam 2021 @PemuisiAkwa.Selamat membaca membaca...

Dalam aku bercadar/berpurdah...

dan diriku juga banyak syaitannya...

 

Realiti itu selalunya tak diendahkan...@PemuisiAkwa



7 Januari 2019
Rumah Transit Mualaf Sabah

Hidup ini adalah pilihan yang ditentukan Maha Agung.Kadang-kadang hidup ini tidaklah seindah mana.Tapi ianya berbalik pada diri kita untukm menerimanya.Kerana hamba sebagai manusia juga kadangkal tidak mengakui kesilapan.Akan tetapi seorang hamba adalah perancang sebaik-baiknya.Tapi Allah lah penentu segalanya.Kekadang di atas,kekadang dibawah seperti roda berputar,itulah norma kehidupan.Cerita ini bermula apabila diberi amanah.Memegang amanah adalah sesuatu yang buka mudah.Seperti menunggu pedang terhunus yang nak menetak ke diri sendiri.Pilihan ini membawa diri ke ambang maut.Dalam pada detik ini aku ingin lepas dari belenggu yang bagiku menyakitkan dan ia boleh ,membangkit amarah dalam diri di 'Penjara Suci'.Tempat ini indah,tapi kenapa aku merasakan maksiat itu dipuja.Hatiku juga semakin sinis melihat pelajar disini.Aku disini adalah untuk pencarian "diriku".,Harapan aku terlalu tinggi,kerana mentaliti aku terlalu lapuk.Ternyata 'KESYAITANAN' mereka lagi hebat.Mungkin ini adalah Ujian.


CATATAN 2021:

Catatan di atas adalah pandangan seorang gadis mentah yang baru mengenal dunia 'SEKOLAH AGAMA' dan baru mengenal 'PELAJAR-PELAJAR S.A'.Diwaktu itu @PemuisiAkwa agak terkejut dengan suasana pelajar disana.Apabila sudah memahami sedikit rupanya pelajar disana itu bukanlah pelajar yang betul-betul ingin belajar dan sebagainya.Bila mengenal sedikit demi sedikit ternyata tempat seperti ini dijadikan tempat "PEMBUANGAN" anak-anak oleh para ibu bapa diluar sana.Akan tetapi tidak semua seperti itu kerana ada juga anak-anak remaja yang ikhlas ingin belajar.Kebanyakkan dari mereka adalah anak-anak yang bermasalah sebelum masuk ke 'Penjara Suci'.Disini saya dapat belajar yang jangan terlalu awal membuat andaian.Kerana ia boleh merosakkan pemikiran diri sendiri.Tidak semua dalam dunia ini akan menjadi seperti yang kita fikirkan.Bagi @PemuisiAkwa versi sekarang(2021) ia dalah sebuah keadilan.Seperti dikatakan oleh Buya Hamka "HIDUP TERBINA ANTARA PAHIT DAN MANIS.JIKALAU SELALU PAHIT,HATI AKAN MENJADI RAWAN;DAN KALAU SENANTIASA SAJA MANIS,HATI AKAN MENJADI BOSAN.


*Nota ini menjadi dua bahagian kerana mengelakkan kesalahfahaman orang ramai.@PemuisiAkwa hanya berkongsi catatan untuk para pembaca.Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan.*

Salam 2021 pada semua pembaca...Lihat,Dengar,Baca dan Tulis kerana Allah SWT.Write all the truth.

Assalamualaikum.....

Jumaat, 18 Disember 2020

Nota:Mawar Bercerita...(MAWAR HITAM)

 Salam buat semua pembaca...



Mawar Hitam bercerita bukan sekadar cakap kosong tapi inilah adalah sebuah kebenaran.

 



 Nampaknya belakangan ini banyak isu timbul.Nampaknya agak ramai juga berminat dengan nota Mawar Hitam.I'm very appreciate that.Mawar dah lama tak bercerita...Sebap dah ramai mata-mata yang memerhati Mawar dari jauh.Mawar jugak berusaha untuk menapis semua perkataan yang di publish dalam blog ini.Tapi lumrah dunia kita akan berjumpa orang yang bodoh..Disini Mawar akan bercerita tentang orang sekeliling Mawar yang sangat "SESUATU".Mawar agak sinis dengan kisah seperti ini.Pada kebiasaannya kita sudah disajikan dengan manusia yang mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi.Dalam riwayat ini juga telah dinyatakan.

'Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: 'Pada akhir zaman akan muncul orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka memakai pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud) untuk mendapat simpati orang ramai. Tutur kata mereka lebih manis daripada gula, sedangkan hati mereka sama dengan hati serigala yang bertujuan jahat. (Riwayat Tirmizi).'

Dan sekarang Mawar sudah melihatnya,depan mata jelas kelihatan.Pada mulanya Mawar merasa protes dengan keadaan itu.Namun apa kah daya seorang 'saya' ingin membangkang perkara tersebut kerna saya berhadapan orang yang berilmu dan saya hanya insan yang baru sahaja mengenal ilmu.Saya juga serba sedikit melihat sisi gelap golongan yang boleh dikatakan 'penunggang agama'.Tapi kita juga hamba tidak layak menghakimi seseorang itu.Mawar hanya bercerita tentang orang-orang yang di sekeliling Mawar.Mereka adalah hamba Allah yang membuka mata,jiwa Mawar untuk melihat dunia  baru.Kadang-kadang Mawar tertanya-tanya inikah realiti dunia yang orang wara-warakan ia perjuangan agama? Entahlah...Mawar tak judge mereka.But sometimes...Ia menjadikan Mawar orang yang sangat kurang ajar sebap tidak tahan  untuk memaki orang sebegini.Mawar pernah berjumpa dengan seorang dengan gelaran 'Ustaz'.Yang menariknya Ustaz ni ramai sangat budak-budak perempuan bercerita tentang dia.Mawar pun rasa pelik jugak.Bila budak-budak perempuan bercerita tentang 'Ustaz' ni,ia seperti mengubah peribadi pelajar itu kearah 'something weird'.Saya agak terkejut bila umur 13/14 tahun bercakap tentang poligami.

"Tidak kisahlah jadi bini kedua atau ketiga yang penting berilmu dan beriman"

Itulah dikatakan oleh budak-budak perempuan.Bila Mawar terdengar benda tu agak membuat Mawar berasa jelik dengan pelajar agama dan ustaz ini.Mungkin Mawar yang naif dalam dunia seperti ini.Pada ketika itu ada beberapa pelajar agak obses dengan ustaz ini.Sehingga pelajar terlihat 'sesuatu'.Mawar tak benci cuma rasa agak janggal dengan beliau.Dia cuba mengubah norma pelajar disana.Tak tahu apa motif ustaz ini.Dia kadang-kadang memerli beberapa guru lain tetapi hanya berkata didepan pelajar.Bila berhadapan dengan guru lain beliau tunduk seperti orang yang bertawaduk.Mawar juga kurang selesa dengan gurauan melampaunya yang membuat Mawar hilang pergantungan untuk bersikap biadap.Mawar ingatkan hanya Mawar yang tidak selesa rupanya ada beberapa orang pelajar tidak selesa dengan gurauannya.Ini cuma pemerhatian Mawar sahaja.Mawar melihat beliau cuba mempolitikan keadaan.Keadaan sekolah itu seperti tidak tentu arah.Pelajar yang mulanya bersatu semakin lama semakin berkelompok.Ustaz ini banyak mengkritik cara pembelajaran di madrasah ini.Dia juga menghasut beberapa pelajar untuk ikut denganya menyambung pembelajaran di pusat pendidikan lain dengan mengatakan sekiranya mereka di sekolah ini mereka tidak berkembang.Dalam pada itu ustaz ini juga memilih-milih pelajar yang agak berpotensi untuk diserap masuk dalam pusat pendidikan yang lain.Tapi Mawar tak kisah dengan itu semua hinggalah timbul isu yang Mawar ni orang memfitnah dia.Mawar tak terkejut dengan tuduhan Ustaz ni.Tapi nampak pengecut sebab Ustaz tak berhadapan terus dengan Mawar.Hanya berani bercakap di belakang sahaja.Kononya Mawar banyak bercerita & MEMFITNAH dia.Sampai sekarang Mawar tak tahu apa yang Mawar fitnah dia.Mungkin Mawar ni bermulut lancang sebab itulah jadi bahan untuk kebencian orang ni.Mawar yang mulanya hormat dengat ustaz ni,tapi bila dah jadi begini membuat Mawar biadab,kurang ajar dengan dia.Bukan sahaja ustaz ni dengan pelajar-pelajarnya sekali Mawar menyampah.Mawar tak cakap yang Mawar ni manusia sempurna,Mawar tahu yang Mawar orang terlalu baru dalam dunia keagamaan ini.Mawar yang baru ni tapi dihidangkan dengan suasana yang jauh dari apa yang difikirkan.Tapi mungkin Mawar yang salah sebab terlalu naif dalam dunia ini.Tapi bagaimana dengan mereka?? 

Baru-baru ini Mawar mendengar cerita yang geng ustaz ini dah bubar.Mawar tak mengatakan yang Mawar ni sentiasa betul tapi Mawar melihat orang-orang yang benci,mengata dengan Mawar tidaklah sebaik sewaktu di madrasah.Mawar melihat ada yang mula membuka tudung,mula mewarnakan rambut.Dalam hati Mawar kesian tapi kadang-kadang Mawar agak sinis dengan mereka ini.Kerana merekalah yang mengata,mengutuk Mawar ni pembawa wabak buruk di madrasah,mengata Mawar ni tak macam pelajar perempuan yang berpurdah/berniqab.Mawar jauh sekali mengagungkan diri sendiri.Mawar tak mau jadi seperti mereka-mereka yang orang anggap seperti penunggang agama.Tapi Mawar bukan tuhan untuk menjatuhkan hukum pada orang lain.Paling penting jaga diri sendiri,jangan terlalu obses dengan da'wah islam sampai menghalalkan benda yang haram.Sama-samalah kita bemuhasabah.

Salam kebenaran dari Mawar Hitam..


Isnin, 23 November 2020

AKSARA WANITA:Kenapa Membuka Hijab?

Kenapa membuka hijab?


                                                                                  
Aksara Wanita
Aksara Wanita:Kenapa membuka hijab?
@PemuisiAkwa


Di akhir-akhir ini isu membuka hijab semakin berleluasa di kalangan wanita islam.Hal ini sangat membimbangkan kerana menutup aurat itu satu kewajipan dalam ajaran islam.Ditambah lagi apabila beberapa golongan selebriti/artis juga ramai membuka hijab.Hal ini menyebabkan perkara ini menjadi 'trend' masa kini dan menyebabkan ramai wanita turut mengikuti untuk melepaskan hijab.Seperti kita tahu dalam Al-Quran juga menyatakan tentang kewajipan seorang wanita untuk menutup aurat.


Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)

 Seperti kita jelas ramai wanita boleh berhijab,bertudung tapi tidak semua wanita boleh menutup aurat.Ini kerana terikut-ikut akan fesyen masa kini dan mengikut cara idola mereka seperti golongan artis.Bukan sahaja selebriti/artis tetapi masih ramai lagi 'public figure' menjadi ikutan.

 Disini @PemuisiAkwa menulis 'Kenapa membuka hijab' dalam segmen AKSARA WANITA di blog https://aksaracslegacy.blogspot.com/.@PemuisiAkwa akan memberi soalan kepada beberapa individu 'kenapa wanita bertudung memilih untuk membuka hijab?".




1.Cik F(Pitas)

Cik F merupakan bekas pelajar sebuah madrasah.Dia merupakan seorang mualaf yang dulunya hijabis juga merupakan niqabis.



@PemuisiAkwa:

a)Kau sudah officially buka hijab?

b)Kenapa kau buka hijab?


Cik F:

Ya.Saya sudah officially buka tudung.Saya buka hijab sebab iman tidak kuat,dunia luar kan..Banyak perkara yang kita kena hadapi.Then aku buka hijab,tapi Alhamdulillah still jaga Solat.


2.Tiara(Kota Belud)

   







 
@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?


Tiara:Sebap dia gila.Hahaha(dalam gurauan)..Mungkin sebab ikut orang.Macam artis lah.Si A bertudung Si B pun sama tiba-tiba si A freehair si B pun ikut.Terpengaruh,dan mahu dikata belum sedia wallahualam sebab ada sahaja yang bertahun-tahun berhijab tiba-tiba freehair.Pastu mungkin iman mereka tak kuat dengan ujian yang Allah bagi.Masing-masing ada ujian sendiri kan.Bukan mahu cakap aku beriman yaa..Sebab aku ada ujian ku sendiri.



3.Anuaril@kandar(kelantan)








@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Anuaril:Ooo..Kalau aku,pakai jawapan Neelofa jelah."Dia cakap,dia telah korbankan kecintaan dia iaitu kecantikan.Sebap dia berniqab.

@PemuisiAkwa:So,bagi kau pedapat kau untuk kecantikkan semata-mata?

Anuaril:Iyalah..Mungkin kecantikkan belum terserlah selagi berhijab.Dan disitulah juga mencari rintihan-rintihan dunia.(Macam pujian-pujian dunia,mencari Woww begitu)


4.Arman(Tambunan)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Arman:Sebab mereka nak tunjukkan yang mereka perlukan bimbingan agar menjadi wanita yang lebih baik lagi.


5.Azis(Pitas)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Azis:Mungkin seban perempuan tu stress.Ataupun disebabkan di sekelilingnya dia rasa tiada satu pun yang menghargainya,so mungkin sebab itulah dia sudah putus asa sampailah dia berniat membuka hijabnya.Kadang orang ni pertama dia berhijab tapi sebab kecewa mulalah sudah untuk membuka hijabnya.Itu jakk aku tahu.


6.Dayangku Nursyaqillah(Kota Belud)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Dygku Nrsqillah:Hmmm..Bagi aku banyak sebab.Contohlah orang pakai tudungkan tidak ikhlas,ada sebab lain.Tapi one day tiba-tiba dia hilang sebab tu,then dia decide buka tudung.Pakai tudung ikut trend jakk dulu.Last-last sekarang trend buka tudung pun dia ikut.Ataupun tiba-tiba tidak percaya agama Islam.Kannnn..Bagi akulah.


7.Sofi(Pitas)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Sofi:Secara peribadi,mereka yang membuka hijab setelah berhijab ini sebahagian masih rapuh jiwanya.Masih hidup bersandar pada penilaian orang.Jika dia berhijab kerana Allah,seburuk apa penilaian orang takkan mengubah azamnya untuk berhijab kerana dia tahu kewajiban dalam agamanya.Jika dimasa dulu dia seorang pelacur pun,jika dia berazam takkan siapa membuat dia buka hijabnya semula.Bersandar pada kekuatan rohaninya.


8.Tarmizi(Inanam)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Tarmizi:Jahil..Jahil..Senang cerita sebab jahil.


9.Izyan(Ranau)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Izyan:Sebap 'mokirayou'..Terlampau obses dengan keadaan semasa.


10.Mila(Pitas)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Mila:Tiada sokongan sekeliling,pengaruh rakan sebaya,sebab dia rasa dia lawa kalau pakai dia tidak pakai tudung kali,Tidak terima nasihat orang lain.Itu jakk kak aku terfikir.


11.Iskandar(Tuaran)




@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Iskandar:Antaranya mungkin sebab tekanan dan juga sebab pengaruh sekeliling.Begitulah kalau aku.


12.Rozaihan Kaumin(Kota Belud)



@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Rozaihan Kaumin:Pada pendapat cikgu, kebanyakan perempuan membuka hijab kerana terpengaruh dengan orang lain contoh artis, pelakon, instafamous, org sekeliling. Apabila melihat org bergaya dengan free hair, akan timbul perasaan ingin kelihatan cantik mcm orang lain. Kedua tidak faham apa maksud menutup aurat dan kenapa perlu menutup aurat. Nawaitu tidak betul.Tutup hanya kerana malu dengan manusia bukan kerana perintah Allah.Untuk terus istiqamah jangan tengok orang yang freehair tapi tengok berapa ramai orang yang berhijrah kearah kebaikan dan berpakaian lebih menjaga aurat keseluruhannya.


13:Hans Azmeer(Kota Belud)







@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?


Hans Azmeer:

Antara punca perempuan buka hijab:

1.Faktor masalah keluarga

*Jika kita lihat dari sudut masalah keluarga,boleh jadi ada seorang perempuan yang sangat menjaga aurat pada mulanya tapi mungkin disebabkan atas faktor masalah keluarga yang contohnya pergaduhan ibu bapa,pengabaian anak-anak atau pergaduhan sehinggakan dia mengalami stress yang tinggi lalu apabila dia sudah dapat stress terlalu yang tidak mampu dikawal,boleh jadi seorang perempuan itu akan buat perbuatan kurang baik sebagai contoh membuka hijab dan menampakkan auratnya dengan orang lain yang bukan mahram/muhrim lalu apabila dia telah membuka hijabnya ini sampai melihatkan aurat,maka dia pun akan terjebak dalam perbuatan kurang baik yang lain untuk elak masalah keluarga itu dengan dapat layanan daripada orang lain.

2.Kurang pegangan

*Kenapa dengan kurang pegangan?Kurang pegangan disini bermaksud kesabaran atau azam yang mudah rapuh disebabkan mulut orang juga.Kadang-kadang apabila dia berhijab tapi ada pula bisikan ''mulut puaka'' atau ''bisikan biawak'' pula masuk untuk hasut ataupun memperlekehkan seorang yang berhijab tersebut.

3.Kurang pendidikan agama

*Okey,tadi tentang kurangan pegangan.Sekarang,kita masuk pasal kurang pendidikan agama.Misalnya,ada seorang perempuan yang suka berhijab & menutup aurat dia tapi mungkin disebabkan dia kurang ilmu agama tentang aurat,maka hijab yang digunakan untuk tutup aurat itu umpama ''on off'' dengan dia,sama ada mahu guna hijab dan sebaliknya.

4.Terlalu ikut ''trend''

*Ini boleh jadi faktor yang biasa ataupun yang selalu terjadi.Disebabkan pada masa sekarang ''trend'' hidup masyarakat semakin maju dan berubah dari segi fesyen,penampilan diri,kerjaya,dan lain-lain,maka boleh jadi juga seseorang perempuan yang berhijab itu akan buka hijab dia untuk ikut trend sekarang sama ada dari segi fesyen atau penampilan untuk mengejar trend hidup pada zaman sekarang


14:Da'i Ewat(Ranau)




@PemuisiAkwa:Bagi pendapat kau,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Da'i Ewat:Saya belum ada kajian menyeluruh.Setakat ni,just tak biasa atau tak diajar dari kecil,Kalau untuk umum.Kalau artis lain lagi.Kira macam itulah.Tidak dibiasakan dari kecil dan orang sekeliling yang tidak kisah.


15.Umi Elmywatie(Ranau)


                                                


@PemuisiAkwa:Bagi pendapat Umi,KENAPA PEREMPUAN BUKA HIJAB?

Umi Elmywatie:Sebap kurang iman.Iman kan pandai naik,pandai turun.


*****************************************

@PemuisiAkwa tidak menyokong tindakan wanita yang menanggalkan hijab,juga tidak menyokong sesetengah masyarakat yang melabel individu seperti ini "golongan Neraka".Tetapi mendedahkan aurat adalah satu perkara yang melanggar hukum Allah.

Sekiranya orang bertanya pada @pemuisiAkwa 'adakah wajib bertudung?'.@pemuisiAkwa akan jawab TIDAK.Kerana semua wanita boleh bertudung tetapi belum tentu dapat MENUTUP AURAT,yang wajibnya adalah menutup aurat dan bukan sekadar sehelai tudung menutup kepala.


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka !” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allâh adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al-Ahzâb/33:59]


 Hijab itu sudah didefinisikan sebagai hanya sekadar 'pembalut' kepala oleh sesetengah masyarakat.Namun begitu masih ramai juga wanita yang menutup aurat,memakai hijab dengan syariat islam.Pesan @PemuisiAkwa walau apapun menanggalkan hijab adalah salah disisi agama dan berharap wanita-wanita yang diluar sana yang menanggalkan hijab boleh kembali berhijab dengan mengikut syariat Islam.Aamiin.Salam dari @PemuisiAkwa.


Untuk apa-apa Article tentang hijab:

Berhikmah nasihat wanita 'tanggal' tudung

Menjawab Pejuang Membuka Tudung – Fakir Ilmu

Aurat : Menjawab Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat




Ahad, 15 November 2020

Rasa Hamba @PENAKEMATUSEPIMILIKTUHAN

 

Aku telah tercipta...
Menjadi hamba yang berdendang dengan jari meratap diri di lingkaran kedosaan.
Apakah pengakhiran aku?@PemuisiAkwa



Akulah si hamba...Masih berkelana mencari reda ilahi...Masih adakah kesempatanku untuk bertaubat pada Maha Agung?

Allahualambisawab...


     Akulah hamba,yang selalu lalai dalam takdir indah dari Maha Esa.Akulah manusia lahir dari keturunan Adam yang juga hamba Allah.Aku selalu jatuh dalam lingkaran noda dosa yang tercipta angkara bisikan syaitan dan nafsu diri.Siapa yang tak pernah lari dari kata dosa? Kita semua sama,darah juga sama.Mungkin warna kulit kita berbeza tapi lahiriah kita juga dari tanah yang sama.Perlukah kita saling menyakiti? Kita berkongsi kecintaan yang sama iaitu kita inginkan kasih tuhan.Tapi aku hanya hamba begitu juga kau.Kita sama-sama mencipta sebuah rasa berlandaskan nafsu semata-mata.Tanpa penyatuan yang diredhai ilahi kita jatuh dalam kegelapan  ertinya dosa.Akukah yang bersalah? Kau kah yang layak disalahkan? Atau bertindak membabi-buta dengan menyalahkan tuhan...Tidak!!! Kita tak layak menyalahkan tuhan.Kita yang lemah.Kita yang gagal mengawal diri dengan memaknai erti CINTA dengan nafsu.Kita yang gagal sebagai Hamba Rasulullah.Kita lupa diri,lupa agama,lupa junjungan kita,lupa ALLAH SWT.Kenapa kita lupa?? Kerana kita hamba yang jahil.Syaitan saja tersenyum melihat 'Kesyaitanan' kita.Dan aku masih terbiar dalam kekesalan yang sudah tidak bermakna.Dosa itu sentiasa dalam diri aku,tiada siapa yang tahu.Aku cuba mengenali diri dimata Maha Agung,Ya aku adalah hamba jahil.Sejahil-jahilnya manusia.Aku kalah dalam peperangan melawan hawa nafsu.Akan adakah kesempatan untukku? Itu saja masih aku persoalkan sedangkan sudah jelas tuhan itu maha pengasih dan maha penyayang.Aku merasa jijik pada diri sendiri setiap kali melihat cermin.Aku menangis,meratap,menyesali walaupun diri sudah tegak dengan ego,amarah,dendam dalam diri.Apakah pengakhiran diriku??    Bagaimana dengan kau? Adakah masih menghancur jiwa-jiwa yang lemah sepertiku? Adakah kau masih menganggap kami hanya boneka dalam takdirmu? Atau hanya persinggahan dirimu.Atau hidayah maha Esa sudah menemani mu?   Aku merasa jelik dengan dirimu,seakan berpura-pura dan memang hipokrit.Kau yang menghancurkan jiwa ku tapi seolah-olah kaulah yang insan yang paling tersakiti.Aku sendiri memendam kesakitan ini.Adakah kau tahu? Hanya kasih tuhan yang menemaniku.Aku minta kembalikan secebis permata yang kau curi,pasti kau takkan mampu.Kemaafan itu memang berat,tapi adakah kau tak pernah merasa bersalah pada diriku? Adakah kau tak rasa bersalah pada Allah SWT? Aku tak harapkan banyak,cukup satu kata MAAF ikhlas darimu untukku sebagai pengubat hatiku yang sudah hampir punah.Tapi rasa dirimu seperti aku yang menghancurkanmu.Aku yang hampir punah tapi kau merasa kau yang paling menderita? Seperti apa aku dimata mu? Ku tak mampu melakukan apa-apa melainkan memohon kemaafan dari Allah SWT,aku juga memohon pertemuan kita agar aku dapat melempiaskan segala isi hatiku yang semakin punah dengan dendam.Waktu itu pasti kutunggu,aku yakin akan takdir tuhan.Atau mungkin takkan ada pertemuan kita.Kerana kita layak mendapat balasan atas dosa-dosa kita.Mungkin aku terus-menerus menelan kehinaan dan dosa ini.Atau aku akan punah dalam mengawal kuasa dendan amarah di jiwa.

@Penakematusepimiliktuhan

Selasa, 10 November 2020

Nota kosong PENA KEMATU SEPI MILIK TUHAN...

Hanya aku sendirian menanggung kehinaan dosa-dosa yang kita cipta,
Hanya aku  bertopengkan kekuatan yang kadangkala goyah dengan keaifan diri,
Hanya aku yang meratap diri yang hina seiring waktu bergerak,
Hanya aku sendirian menangis dalam mencoret kisah yang memusnahkan kita.




Mendung itu kembali lagi...
Semua kisah itu sudah pergi bertebaran dalam nyalaan api di tepian sungai bersaksikan airmata yang sukar dimaknai.Perlukah ia kembali? Untuk apa kisah itu kembali? Hanya menambah noda yang ada...Inikah pembalasan untukku? Akan teruskah dosa ini mengalir mengikuti waktu yang berjalan menghabiskan sisa-sisa takdir yang ada...Akulah yang berdosa lalai dalam menjalani takdir ilahi.Haruskah hanya aku yang merasai kesakitan menanggung noda-noda yang semakin menghantui.Airmata datang lagi setelah sekian lama bertapa dalam sinaran kebencian yang mendalam pada dia,pada diriku yang semakin gelap dalam alunan noda yang tercipta.Kenangan kita datang lagi...Adakah kau juga merasakannya? Sekelumit hati ini masih mengingatmu,namun jiwa mengatakan aku tak pernah menyukai dirimu,di dasar hati ini penuh dengan sebuah kebencian yang sukar digambarkan.Perlukah ada rindu di hati ini? Aku menanggung siksaan yang sukar aku ungkapkan.Aku sakit mengingatnya...Aku derita bila teringatkannya...Aku tersiksa menanggung dosa ini sendiri...Kau takkan merasakannya.Hanya aku sendiri menghadapinya.Hanya kasih Maha Agung menemani ku.Begitu rumitya rasa manusia seperti kita.Aku sendiri tidak memahami rasa ini.Mungkin ini adalah penyiksaan buat aku.Bagaimana dengan kamu? Adilkah hanya aku yang merasai dosa ini? TIDAK!!! Kau seharusnya lebih teruk menerima kesakitan ini.Tapi kau masih bersenang menghancurkan insan lalai sepertiku.Haruskah aku menyumpahmu? Aku juga tak layak melakukannya...Aku juga hamba,aku juga pendosa...Tapi kebencian ini semakin besar melihat dirimu.Dan secebis rasa itu juga menjengah sesekali di sudut hati.Kenaifan sudut hati jugak sesekali jatuh juga pada sebuah rasa.Aku membenci kenaifanku.Aku sepatutnya melambungkan setinggi langit segala kebencian dendam ini.Kamu tak layak dikasihi dari insan yang pernah kau punahkan dengan kuasa darjat yang kau junjung sebagai seorang lelaki.Kamu tak layak! Aku benci rasa ini! Aku seharusnya membuangnya sejauh-jauhnya agar tidak kembali lagi menjengah hatiku.Aku sakit menanggung sakit ini? Kenapa harus kenangan ini juga datang kembali...Inikah pembalasan untukku...Terus mengingatnya dengan dosa yang terus mengalir di seluruh jiwa.Aku sakit bila airmata ini terus mengalir...Bila ada rasa cinta,benci itu akan wujud.Dan bila benci itu wujud akan ada sebuah rasa yang mengundang kedaifan diri seorang pendosa sepertiku.Selemah itukah hati wanitaku? 
Hanya tuhan yang tahu.....

@PenaKematuSepiMilikTuhan

Ahad, 1 November 2020

CATATAN SI GADIS (C)

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Belajar dengan tuan hamba
Setelah itu pulang ke rumah
Sebelum tuan hamba membaca
Mari bersama ucapkan bismillah

    Assalamualaikum dari @PemuisiAkwa...
    Hari ini @pemuisAkwa akan menulis kesinambungan dari catatan sebelum ini iaitu CATATAN SI GADIS.Part a & b sudah @pemuisiAkwa publish sebelum ini.Untuk hari ini @pemuisiAkwa akan menulis Part C,Insyaallah...


    Kupohon keampuan YA-RABBI...
    @PemuisiAkwa




    Ku syukuri nikmat yang KAU berikan MAHA AGUNG...
    Ku pohon keampunanMU YA-RABBI...


    3 Januari 2019
    5 Januari 2019
    6 Januari 2019
    Rumah Transit Mualaf Sabah

     Nama seringkali menjadi bahan gurauan,walaupun sudah agak kebiasaan tapi agak 'annoying' bila beberapa orang menjadikannya bahan guarauan.Rasa hati ini masih rasa was-was akan semua yang bakal terjadi,seakan kemampuan diri terbatas tak mampu menghadapi semuanya.Terasa ingin menangis tapi airmata sahaja seakan tak mampu menitik lagi.Diri ini terasa kotor tak mampu berkata-kata.Hanya jari kematu ini mampu berbicara pada pena dan buku nota kosong bertemankan suara nyanyian nyaring cengkerik,suara aliran air menambah melodi.Hari ketiga,hari yang menyejukkan.Dapat aku rasakan di liang-liang kulit aroma kesejukkan RTMS.Kerdilnya diri ini dengan kemampuan yang hampir patah lara di noda lalu menyakitkan jiwa.Peritnya mata ini memaksa airmata yag mengalir.Diri ini seakan tidak bersyukur dengan nikmat di depan mata.Rasa hati sentiasa berkata 'adakah aku membuat keputusan yang betul?'...

     Dalam kegelapan malam,indahnya kerlipan bintang menyinari gemerlapan malam.Hening sungguh RTMS ni.Disini aku mula melihat keindahan Islam dalam erti kata sebenar.Meskipun rasa kekesalan itu ada,tapi kalau bukan kerana dosa itu aku takkan jumpa tempat seindah ini.Kekadang rasa malu itu menebar di hati.Meskipun aku tahu serba sedikit tetapi aku ingin bermula dengan kekosongan dan kenaifan...Tetapi...Ada suasana yang agak menjelikkan hati ini.Aku cuba bersuara selayak seorang manusi dengan sedikit keberanian yang tidak seberapa.Aku mulai sinis sedikit dengan beberapa orang disini.

    Rasa amarah itu mula tumbuh di sudut hati yang ingin kenaifan...@PemuisiAkwa



     Aku agak kelelahan dengan suasana baru ini.Minggu orientasi yang agak berbeza dengan sekolah yang aku pernah pergi."Ya memanglah sebap sekolah sebelum sekolah akademik biasa"Bisik hatiku.Tiba-tiba namaku dipanggil ke dewan berjumpa dengan para staf RTMS.Dari penglihatan aku,aku sedikit dapat mengagak apa yang akan dibincangkan.Tapi kenapa aku???
    Dengan emosi yang agak menyampah dengan beberapa kerenah pelajar aku agak berfikir macamana nak bercakap secara langsung.Dengan status 'Pelajar Baru' agak susah nak bersuara.Dengan fikiran dan emosi yang ceroboh aku dipilih menjadi ketua pelajar muslimah.Aku dah tersilap langkah! Kenapa aku menyetujuinya?? Tak tahu apa yang ada difikiran.Tanggungjawab ini berat dengat keadaan diri yang semengah,apalah yang akan jadi.?Hanya Allah yang tahu rasa penyesalan dihati.Setiap detik aku memikirkan akan dunia sebenar budak-budak disini.Nampaknya aku SALAH! Ternyata pandangan aku dengan budak 'BERNINJA' itu jauh dipanggang dari api.Sesuatu yang berbeza semakin ketara dan itu membuat aku menyampah dan sedikit demi sedikit menjadi fikiran yang buruk.Baru beberapa hari dengan gahnya beberapa terkena makian aku.Hilang segala keinginan untuk menjadi naif.Aku semakin lemas dengan keadaan ini.Bercelaru dan semakin kuat marah ini.Pada hakikatnya aku tumbang juga dengan realiti diri sebenar....

    BERSAMBUNG...
    @PemuisiAkwa

    *Terima kasih buat semua pembaca blog ini.@PemuisiAkwa sangat menghargainya.Untuk makluman semua pembaca,niat tulisan bukan untuk memburukkan budak-budak yang 'BERNINJA".Tapi itulah hakikatnya.Tiada manusia yang sempurna.Seperti kita tahu sekolah-sekolah pondok dan madrasah dijadikan tempat pembuangan para remaja yang gagal di luar sana.Masyarakat menjadikan tempat belajar agama itu adalah pilihan terakhir yang tidak mempunyai masa depan yang cerah.Terdapat ramai juga individu yang bijak pandai mengatakan madrasah adalah sarang kegiatan jenayah.Hakikatnya ada beberapa pusat pendidikan agama ini dijadikan para ibu bapa dan masyarakat diluar sana untuk menempatkan tempat anak mereka yang bermasalah.Permasalahan pelajar agama itu bukan berpunca dari pusat pendidikan tetapi ia memang bermula dari luar sana dan Madrasah dan sekolah pondok  ini menjadi cemuhan masyarakat yang BODOH diluar sana.Salam dari @PemuisiAkwa.


    Apa itu BULI?

      https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/ Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dal...