Jumaat, 2 Julai 2021

Sabtu, 8 Mei 2021

Aku Menangis Lagi-PENA KEMATU SEPI MILIK TUHAN

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bukan sahaja noda kita yang menghukum.
Kebencian ini juga menghukum hati ini.Apakah
layak aku perjuangkan hati ini.Atau ikhlaskan sepenuh hati..?
~Pena Kematu Sepi Milik Tuhan~


......

Kenapa aku??

Mengapa aku??

Apakah masih ada cinta di hati ini???

  Aku takut rasa ini.Sangat sukar aku lupakan dirimu..Aku telah menbakar semua tarikh-tarikh penting yang ada dalam coretan nota.Aku membakarnya dengan linangan airmata..Rasa sakit menusuk di hati.

Adakah aku kalah dalam perjuanganku???

Ia sangat menyakitkan untuk melupakanmu,Sangat menyakitkan menahan rasa benci yang sukar digambarkan...Senyuman ini,catatan ini hanya menunda luka yang semakin parah di hati.Semakin aku menambah kebencian ini semakin sakit jiwa hatiku menahan rasa sakit di dada ini.Aku kalah dalam sebuah kenyataan.Aku menangis lagi...dan menangis lagi..Mengenang semuanya sangat sakit.Aku kesendirian dalam tangisan ini.Sesekali bersujud memmohon keampunan pada Maha Esa.Adakah saatnya aku menyesali segalanya?? Aku tidak bisa melupakan ini.Setiap catatan mengatakan aku membencimu..Tapi hati ingin sekali menanyai khabarmu? Bersalahkah aku?? Aku yang meninggalkan tanpa khabar...Semakin aku membencimu semakin kuat rasa sakit di hati ini.Sangat sakit menahan rasa ini.Sesungguhnya aku sangat merindui kisah kita.Aku sangat merindui saat jemarimu menggenggam jemariku dengatnerat.Aku sangat memerlukan pelukan kasihmu.

  Tapi aku tahu ia melanggar fitrah agama kita.Berdosakah aku?? Berdosakah aku mengingin itu?? Ia memang salah dan takkan pernah diredhai.Egois sangatkah aku?..Bukan mudah untuk melupakan,aku terlalu mudah dalam berfikir.Aku cukup cuba membunuh rasa ini.Tapi kenapa ia belum mati.Malah semakin kuat dalam ingatan..Adakah kau masih merasai rasa ini? Hatiku terlalu terlalu rumit untuk men jawabnya...Ku cuba mengubati hati tapi aku tak mampu.Aku masih memerlukan kunci itu.Adakah kau masih ingin membuka hati yang dikunci kenangan kita dulu.Adakah ini balasan untukku?? Aku terlalu lemah...Aku tak mampu menipu lagi...dan akankah aku terus bgini?? Aku menangis...Dan menangis lagi......e!h.@.....

Maafkan aku...

~Pena Kematu Sepi Milik Tuhan~



Salam kerinduan untukmu...

Sabtu, 3 April 2021

Khabar BURUK atau Khabar BAIK???-Mawar Hitam

 Nota:Rasa Hati(MAWAR HITAM)

Salam buat semua AKSARAS(pembaca)...


Khabar baik atau khabar buruk?
Khabar baik,Mawar menikmati pertunjukkan ini.
Khabar buruk bila ada sekelumit rasa kasihan.
Apakah kesudahannya.-Mawar Hitam


  Agak lama Mawar menyepi...Ini kerana Mawar masih berfikir apakah khabar ini perlu mawar catat dalam blog ini.Sinis dari wajah Mawar kelihatan jelas.Ada khabar tapi adakah ia khabar baik atau khabar buruk? Entahlah...Biarlah para Aksaras di luar sana yang memilih pendapat masing-masing.


  Nota Mawar sebelum ini menceritakan tentang dua anjing kurap A & N.Mawar masih tak boleh lupakan dua ekor manusia ni.Namun berita ini membuat Mawar berbelah bahagi.Antara rasa gembira atau kesian?? 

  Khabarnya Si A semakin terbuka pada dunia luar.Mawar masih ingat akan dirinya ketika di madrasah yang lagaknya seperti wanita lindungan kaabah.Mawar tak mahu sembang lebih,Alhamdulillah dia masih bertudung.Mawar  tak mendoakan yang tidak baik tapi Mawar masih menantikan lebih banyak 'pertunjukkan'.

 Khabarnya Si N manusia tak sedar diri yang sentiasa bertopeng kononya 'kebaikan'.Akhirnya topengnya jatuh tanpa sempat Mawar pecahkan.Siapa yang mampu tundukkan Mawar? Semua mereka kesudahannya jatuh menyembah bumi.Tak tahulah nak gembira atau kesian..Tak cukup buat onar di Taman Syurga dibawah Bayu,buat pertunjukkan hebat pula di Negeri Tanah Melayu.Begitu kecil dunia ini sehingga khabar itu sampai di pancaindera Mawar.

  Rasanya orang yang mengenal kita dulu akhirnya minda lebih terbuka luas.Kerna khabar ini mampu menyedarkan orang  yang pernah memandang serong pada Mawar.Hinanya Mawar pada suatu ketika dulu.Akhirnya terbayar CASH.Topeng sebenar sudah terbuka.A lari dengan seorang manusia(lelaki) di Negeri Tanah Melayu.Saat khabar ini sampai pada Mawar,Mawar Hitam ketawa dengan sinis.Mawar berkata,'Akhirnya pertunjukkan pembukaan topeng sudah membuka tirai'.

  Mawar tak merasa cukup dengan pertunjukkan ini dan Mawar ingin publish kan khabar ini.Mawar  sudah menjangka perkara ini berlaku.Mawar cuma menunggu waktu untuk merungkai pada AKSARAS.

Topeng sebenar mereka sudah terbuka luas-Mawar Hitam


  Sau persatu mereka akhirnya membuka topeng...Dari Pak Ustaznya yang seperti penunggang agama.Hinggalah anak-anak topeng yang sudah membuat pertunjukkan.

  Si I anak harapan junjung quran akhirnya belot.Gelaran PEMBELOT,PENIPU itu sentiasa melekat pada dirinya.

  Si AJ jatuh kecundang memperlihat diri sebenar yang sebenarnya cuma cacing kudis yang menipu gurunya.

  Kekasih hati Si N suatu ketika dulu,Si T hanya seorang pencuri yang tak sedar diri.

  Si A yang dulu penuh ketegasan kononya wanita suci,akhirnya bangga campak niqab.Kau pergi dengan kehinaan dan sentiasa akan berakhir dengan kehinaan.Dan mungkin OTW membuang hijab.

 Si N yang dulu kata wanita agung mangsa keadaan,Akhirnya jatuh dengan sifat sebenar mulai melitupi diri.Kau hanya perempuan rendah yang hina dan keji.Mawar harap N ini akan menghalalkan hubungannya dengan 'temannya' itu.

 Encik U yang berlagak dengan Mawar?? Dia dah dapat balasan yang setimpal dulu.Hanya seorang lelaki LEMAH.Pengakhirannya...Akhiranya hanya menjadi seperti orang hina.

  Fulan 1 & Fulan 2...Agenda penipuan mereka dah tamat.Istana yang dibina akhirnya musnah.Anak kapalnya juga tenggelam di telan masa.Itulah akibatnya bila cuba pergunakan agama melebarkan sayap ketamakan.

B.I.N.G.O!!!

 Semuanya berakhir dengan khabar yang membuat Mawar Hitam mendepakan tangan,tersenyum, menikmati pertunjukkan yang INDAH ini.Mawar akhirnya mampu berjalan dengan sebuah KEMENANGAN dengan pertaruhan Mawar suatu ketika dulu.Musim mereka dah TAMAT.Khabar baik Mawar sangat menikmati pertunjukkan ini.Khabar buruk bila Mawar merasa sekelumit rasa kasihan.Tapi....Mawar tak rela rasa kasihan itu ada dalam diri Mawar.Mereka tak layak mendapat rasa kasihan ini.Mawar berharap mereka-mereka semua membaca nota ini.Nota ini akan terus menerus menjadi penghubung cerita Mawar dan mereka.Rasa kebencian ini belum tamat.Mawar masih menggenggam sebuah kebencian tak dikiranya besarnya.Satu persatu pertunjukkan kamu Mawar akan saksikan dengan senyum sebenar MAWAR HITAM.

  * Salam buat semua Aksaras.Mawar Ucapkan terima kasih buat semua masih sudi membaca nota ini.Mawar nak ingatkan buat semua Aksaras,Nota ini bukanlah contoh yang baik untuk semua.Ini hanya sebuah Nota merungkai kebenaran.Cerita ini adalah Mawar.Segala kekasaran bahasa dalam nota ini Mawar akuinya tapi Mawar berharap semua Aksaras tidak mengikuti apa yang Mawar lakukan dan apa yang 'MEREKA' lakukan.*

Salam Kebenaran

-Mawar Hitam (Blackrose)

Isnin, 1 Mac 2021

Diari:Kisah Anak Penjara Suci 2.0

 

Diari:Kisah Anak 'PENJARA SUCI' 2.0




Rozzie(ke3 dari kiri,tudung hijau) bersama pelajar 
Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah(MRTMS) dalam
PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2019.




Part 2

  Ketika aku menitiskan airmata kerana kurang yakin pada diriku, Alhamdulillah aku mendapat semangat dari para guru dan teman-teman seperjuaganku.Aku kuat jiwa dan teruskan menghafal Al-Quran.Inilah tempat nikmat yang  Allah kurniakan untuk hamba sepertiku.Aku bersyukur kerana dapat merasai menjadi seorang penghafal Quran. 


  Pada tahun 2015,Ustaz di tempat aku belajar telah memilih diriku untuk mengajar di maahad tahfiz itu.Pada ketika itu aku baru sahaja menghafal 10 juzuk Al-Quran.Disaat itulah aku merasai ujian yang mencabar jiwa dalam menghafal Quran.Aku telah diamanahkan mengajar ketika itu pada 2015-2018.


"Keceburuan" aku pada mereka membuat aku
bertekad ingin belajar tentang Al-Quran.



  Aku teruskan perjuangan hingga 2018.Namun disangka panas sampai petang, begitulah manusia kekadang lupa yang Allah akan sentiasa memberikan nikmat merasai yang namanya ujian kehidupan.Aku hampir putus asa dalam menjalani ujian ketika menghafal Al-Quran.Tapi redha Allah itu masih ada untuk menyinari perjalananku.Syukur pada ilahi aku khatam pada tahun 2018(13mei2018),Isnin.

  Selepas khatam aku telah meminta izin dengan Ustaz untuk bercuti selama 3 bulan.Selama aku cuti 3 bulan ,lumrah kehidupan manusia akan diuji.Diriku diuji dengan keindahan duniawi,kemuliaan suasana luar yang diperagungkan masyarakat di zaman ini.Tambahan lagi aku telah lama belajar di maahad,aku kurang melihat dunia luar.Suasana maahad dengan dunia luar ini bagai langit dan bumi walaupun keduanya adalah makhluk Allah.Kerana aku juga manusia,seorang remaja,aku juga lalai dan lupa pada Kalam Allah.itulah ujian terbesar yang aku hadapi ketika itu.

 Dengan sekelip mata Allah telah menarik nikmat hafalanku.Apabila aku mengulang hafalan dalam Al-Quran,aku merasakan sangat sukar mengulang.Mungkin ada perkara maksiat yang diriku lakukan tanpa sedar.Begitulah aku,sudah terhantuk baru tergadah.Menyesal lebih sahaja tak berguna kerana ia tak mengubah apa-apa.

  Dengan tekad yang cekal,aku membuat keputusan muktamad iaitu menyambung/mengulang hafalanku di taman syurga baru untuk lebih fokus menghafal quran.Aku mula mencari tempat belajar baru,sehingga meminta tolong dengan keluarga untuk mencari maahad tahfiz atau madrasah.Alhamdulillah...atas izin dan rahmat Allah ,ibu saudaraku telah mencadangkan aku pergi ke sebuah madrasah di daerah Ranau iaitu Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah.Aku telah menyetujui candangan itu,ibu saudaraku telah menghubungi Mudir RTMS(Ustaz Nazri) untuk meminta keizinan masuk ke 'PENJARA SUCI'.

Rozzie bersama Mudir,Staff,dan Pelajar Madrasah
Rumah Transit Mualaf Sabah(MRTMS) sesi 2019.


  1 januari 2019,Ahad,adalah tarikh keramat buat diriku dan bermulanya penghijrahanku di RTMS.Mereka(pelajar RTMS) juga menggelarkannya PENJARA SUCI.Disinilah aku belajar untuk yakinkan diri sendiri untuk berhadapan pelbagai ragam manusia(pelajar).Aku tahu ini adalah satu jalan permulaan lebih mendalami Ilmu Allah dan ini juga bermula takdir langkah perjalananku di sebuah Taman Syurga Kecil iaitu RUMAH TRANSIT MUALAF SABAH.Aku mensyukuri rahmatMU ya-Rabbi.Aku berharap dapat belajar lebih lagi di penjara suci ini.Ini adalah suasana baru untukku.Aku juga berharap dapat menghabis hafalanku di Madrasah ini.Insyaallah...Aamiin..

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2019

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2019


Rozzie(4 dari kiri,baju biru) dalam majlis jemputan
Rumah Terbuka di Mini Camp Lohan Skim 2.

@PemuisiAkwa(Tudung Ungu/Purple) bersama Rozzie(Baju biru) dalam majlis jemputan
Rumah Terbuka di Mini Camp Lohan Skim 2.

Dari kiri @PemuisiAkwa,Rozzie,Nazlah,Izzati.



@PemuisiAkwa
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik Rozzie untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...

 

Salam dari @PemuisiAkwa..
  Diari:Kisah Anak Penjara Suci merupakan segmen rating tertinggi di blog Aksara Cs Legacy.@PemuisiAkwa akan terus menulis DKAPS ini untuk pengisian blog.Untuk semua AKSARAS(Pembaca),@PemuisiAkwa ucapkan terima kasih tak terhingga kerana sudi melawat blog ini.@PemuisiAkwa juga berharap kalian semua boleh kongsi blog ini ke media social supaya mendapat  perhatian pihak di luar sana untuk membantu para pelajar di Madrasah RTMS.
 
  @PemuisiAkwa ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Cik Rozzie kerana sudi berkongsi pengalaman belajar di Madrasah/Maahad Tahfiz.Untuk pengentahuan semua AKSARAS(Pembaca),Cik Rozzie masih lagi berjuang dalam menghabiskan hafalan Alquran beliau.Dalam upload terbaru Mudir MRTMS di Facebook  yang beliau(Rozzie) kini menghafal 15 Juzuk.
Semoga Cik Rozzie dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk menghabiskan 30 juzuk Alquran.

  Untuk ketahui lebih lanjut tentang Madrasah Rumah Transit Mualaf  Sabah boleh lihat rujukan di Bawah...👇👇👇

FACEBOOK Mudir: *Nazri Aldusuni(https://www.facebook.com/nazri.aldusuni)
                                        *Lebon Botong(https://www.facebook.com/lebon.botong.3)

                    




FACEBOOK PAGE: *Persatuan Pendakwah Islam Sabah
                                      (https://www.facebook.com/pendakwahsabah)
                                       *Rumah Transit Mualaf Sabah RTMS
                                 (https://www.facebook.com/Rumah-Transit-Mualaf-Sabah-RTMS-                            
                                  1260365127334356)

       


Ahad, 21 Februari 2021

Diari:Kisah Anak 'PENJARA SUCI'' 2.0

 Diari:Kisah Anak 'PENJARA SUCI' 2.0

Islam itu INDAH dan CANTIK kerana
indah dan cantiknya AKHLAK yang menghiasi 
peribadi WANITA SOLEHAH.
Dia(Rozzie) adalah salah satunya.-@PemuisiAkwa



Hijrah muslimah...
بسم الله الرحمن الرحيم

 Rozzie Majin menghimpun banyak memori,tetapi Rozzie binti Mohd.Rafie adalah nama yang Allah beri sinar cahaya keindahan dalam kehidupan.

 Aku lahir 24 December 2000,anak sulung dari empat beradik.Aku pernah bersekolah di Sk.Inanam Laut,Kota Kinabalu.

 Pada 1 janauri 2019,aku telah dihantar oleh kedua ibubapaku ke RTMS.

 Aku dan kedua ibu bapaku adalah mualaf.Kami sekeluarga telah diberi nikmat hidayah oleh Allah SWT iaitu kami sekeluarga telah mengucap dua kalimah syahadah pada tahun 2008.Jauh di sudut hati pada ketika itu kurang mengerti kerana usia yang masih kecil tetapi hati terasa tenang bila bergaul dengan orang Islam.Aku juga terpesona dengan akhlak mereka yang bertatasusila apabila berda'wah.

 Selepas aku masuk islam,aku masih anak kecik yang berumur lapan tahun,apa yang diri ini lihat itulah menjadi ikutan dan masih tidak tahu adab terhadap ibu bapa.Sehinggalah di hari itu timbul keinginan di hati untuk terus belajar ilmu agama terutamanya nak mendalami Al-Quranul Karim.

  Ketika umur 11 tahun,aku sangat cemburu melihat kawan-kawan dan jiran-jiran membaca Al-Quran.Terdetik di hati ingin menjadi seperti mereka yang fasih dan lancar menghafaz Quran.Keinginan itu terlalu dalam hati.

  Dengan izin Allah,aku mengikuti kakak sepupuku masuk ke maahad tahfiz Miftahul Ulum Tanjung Aru,Kota Kinabalu.Pada tahun 2012,bermulalah kehidupanku di maahad tahfiz itu.Keinginanku telah tercapai,aku mula belajar iqro sehi nggalah meningkat ke bacaan Quran.Dalam tempoh enam bulan aku telah menghabiskan bacaan iqra dan mengkhatamkan Alquran dalam tempoh setengah tahun.Aku mulai menghafal Al-Quran pada tahun 2013.Perasaan ini terlalu indah sangat sukar digambarkan.

  Seperti mimpi indah,aku hampir tak percaya apa yang sudah aku lalui yang kini sebagai muslimat Islam.Disaat aku mulai menghafal Quran,aku tidak yakin dengan diriku sendiri.


mampukah aku?-Rozzie


'MAMPUKAH AKU MENGHAFAL AL-QURAN?'

 Setitik demi setitis air mutiara jernih mengalir setiap kali kedipan mataku.Semua rasa bercampur-aur.Aku tak yakin dengan diriku...Dan aku menangis lagi..

Nantikan Diari:Kisah Anak Penjara Suci 2.0 PART 2 dari @PemusiAkwa


bersambung...

@PemuisiAkwa
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik Rozzie untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...

Rabu, 17 Februari 2021

THROWBACK TO NOWADAYS:Lagi-lagi Bangsaku Dihina Dibuli-@PemuisiAkwa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم.


    Assalamualaikum Aksaras...




Kesakitan sebenar itu bukan hinaan atau ejekkannya,
Tapi bila kita menahan marah saat dihina,dilempar sampah dan tak dapat membalasnya.
~PemuisiAkwa~


 Hari ini Akwa nak kongsi buat semua Aksaras tentang bangsa Akwa menjadi bahan ejek sewaktu zaman sekolah hinggalah sekarang.Tujuan Akwa menulis ini adalah untuk sekadar perkongsian.Tapi Akwa berharap dengan catatan dapat menyedar para 'penghina' bangsa Akwa.


  Sewaktu zaman sekolah lagi bangsa Akwa menjadi bahan hinaan orang.Tak kira dari pelajar malah dari guru dari sekolah itu sendiri pernah membahan bangsa Akwa.Tak tahulah apa motif mereka nak buat begitu.Sampailah sekarang Akwa berfikir 'Kenapa mereka menghina bangsa saya?'Akwa masih ingat nama-nama yang pernah mengejek Akwa dahulu.Mereka bukan sahaja mengejek tetapi malah pernah melempar Akwa menggunakan gumpalan kertas dan paling teruk sekali Akwa pernah hampir dilanggar menggunakan kereta pelajar di sekolah itu.Tetapi guru yang menerima aduan saya waktu itu mengatakan yang kes itu berlaku di luar kawasan sekolah tetapi bila saya terlibat kes gaduh di laluan kawasan yang sama guru disiplin mengatakan itu adalah kawasan sekolah.Tak tahu dimana keadilan sewaktu itu.Guru-guru di sekolah itu memandang enteng kes yang saya hadapi.Mereka mengatakan itu hanya sekadar gurauan semata-mata.Tapi pernahkah mereka berfikir seandainya mereka berada di tempat saya,mampukah mereka menghadapinya. 

Tak kira jantina,lelaki atau perempuan,
Tak kira status,Guru atau pelajar,
Antara mereka pernah menghina saya.
~PemuisiAkwa~


  Macam-macam hinaan saya terima semasa sekolah menengah ketika itu.

'HEY BUGIS KAU MAKAN BIAWAK!'

'BUGIS TANAM TEMBIKAI TEPI JALAN'

'BUGIS SIAL!'

'BUGIS PENDATANG'

'BUGIS BODOH'

'S*****i BUGIS'

 Inilah antara hinaan yang saya dapat ketika itu.Saya cuba melawan tetapi malah difitnah oleh orang-orang yang mengejek bangsa saya itu.Tak cukup dengan suara ejekkan,buku latihan saya diconteng dengan perkataan BUGIS.Ada melempar saya dengan sampah,menjerit dengan perkataan BUGIS.Dan bila saya cuba meminta ehsan dari pihak kaunseling&disiplin sekolah itu guru yang bertanggungjawab dengan hal itu hanya mengatakan itu hanya gurauan.Cikgu hanya menasihati saya supaya "hanya bersabar".Saya merasa tidak  mendapat keadilan yang sepatutnya ketika itu.Bila mengingati kisah Akwa ini,Akwa merasa sangat marah.Kerana tak mampu membalas apa yang mereka lakukan.Mereka bukan sahaja mengganggu mental saya malah membuli fizikal saya dengan macam-macam cara.

 Kisah bangsa saya dihina ini bukan sahaja berlaku pada zaman sekolah malah sampai ke hari ini.Baru-baru ini,orang yang saya anggap kawan sebelum ini telah menghina bangsa saya malah perempuan itu juga mengatakan saya ini 'PENGIKUT AYAPIN'.Sangat keterlaluan bagi ,perempuan itu dengan bangganya mengatakan dia perempuan yang berpendidikan tapi masih menghina bangsa orang lain.Segala kisah peribadi kawan lain dia dedahkan di aplikasi Whatsapp.Sungguh hina dan keji.

  Akwa mendedahkan kisah ini bukan untuk mengharap belas kasihan dengan masyarakat tetapi untuk keadilan di pihak saya.Tahun 2021,masih wujud orang sebegini? Terbukti mereka hanya cacing kudis yang kepanasan dek cahaya matahari.Kerana sayalah sinar matahari itu.Mereka tercabar dengan dengan saya yang berbangsa bugis ini.Mereka tercabar dengan seorang manusia biasa.Sangat kasihan.

  Dalam dunia kebodohan itu sentiasa dimana-mana,sehingga ramai manusia meletakkan dalam diri mereka.Mereka-mereka yang pernah membuli saya ketika dahulu itu mungkin mendapat didikan yang 'TERLALU SEMPURNA' dari ibubapa mereka.Dan guru-guru yang tidak mengambil tindakan dengan mereka itu,Entahlah....Susah untuk kita cari dan ungkap kesalahan guru-guru.Kerana kalau guru yang kita burukkan memang menggelepur dan automatik keluar statement membela diri di media sosial.Kerana status guru ni nombor dua selepas ibubapa.Apapun yang kita katakan tentang kesalahan mereka hakikatnya KITA TETAP SALAH dan GURU/CIKGU ITU YANG BETUL.Kerana itu yang berlaku kepada saya sewaktu di sekolah menengah Kota Belud.Bila baru-baru ini bangsa saya dihina kembali,Saya sangat kasihan dengan orang sebegini kerana orang yang menghina saya itu hanya orang yang KALAH dan nilai dirinya tak lebih hanya berada di tapak kaki Akwa.

 Kisah ini sangat memberi kesan yang sangat besar buat diri Akwa.Kerana semua yang mereka buat itu membuat Akwa tak pernah lupa dengan nama mereka dan takkan pernah Akwa lupakan dan mungkin suatu hari nanti Akwa akan balas semuanya.Bumi Allah ni sudah menjadi saksi yang bangsa saya dihina.Saya tak mampu balas sekarang atau suatu hari nanti.Tapi Akwa pasti Allah SWT akan beri yang terbaik untuk semua ini.Memang bukan mudah untuk lupakan semua ini.Kerana ini satu kes BULI yang mengganggu mental seseorang.

  Akwa berharap pada semua masyarakat mengambil berat kes buli yang berlaku sekarang ini.Cukuplah Akwa dan mangsa buli lain yang merasai pengalaman buli sebegini.Akwa menulis kisah ini untuk membuka mata orang yang BANGSA SAYA BUKAN BAHAN EJEKKAN!.

Salam kebenaran

-PemuisiAkwa


*Terima kasih buat AKSARAS kerana masih singgah di blog ini.Akwa harap yang semua Aksaras sentiasa dirahmati Allah SWT.Insyaallah..Aamiin.*

Untuk apa-apa cadangan penulisan boleh hubungi saya melalui platform dibawah:

No Tel & Whatsapp:0102833601

Facebook Page: Aksara Cs Legacy

Instagram:@aksaracslegacy / @cicie41

Twitter:@AksaraCs


Ahad, 14 Februari 2021

TINTA AIRMATA SANG KERDIL-By Pena Kematu Sepi Milik Tuhan

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


....اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
 Kisah ini bukanlah fantasi semata-mata.Blog Aksara Cs Legacy tak pernah menipu.Kami berpegang pada prinsip 'WRITE ALL THE TRUTH'.Tapi terpulang pada anda untuk menilainya...Selamat membaca...


Kisah ini dilakar dengan deraian airmata dari seorang hamba.
-PenaKematuSepiMilikTuhan-


 Kehidupan itu satu metafora pemikiran yang disangka mudah oleh manusia sepertiku.Aku adalah manusia yang selalu ingin tahu.Kadang aku berjaya kadang aku gagal.Itulah aku...Aku wanita biasa yang boleh gembira dan juga sedih.Duka dalam hidup ini terlalu pahit...Inginku lupakan terlalu perih,inginku pertahankan terlalu sakit.Bayangan itu selalu datang membuat jiwaku sakit,sakit sukar aku gambarkan.Setiap peristiwa itu masih jelas dalam ingatan.Aku bukan gila......Aku masih bisa senyum,tapi aku tidak mampu lupakan semua yang terjadi.Terlalu sakit menahan pekung didada.Aku menangis,menangis dan menangis lagi.Kuluahkan segala yang ada,jiwaku keliru...Adakah ini benar atau salah?.


Kesan pada leher masih terasa...
Nafasku hampir habis...
Mereka masih bertelingkah seperti dirasuk syaitan...



  Kesakitan pada hati ini seakan tak mampu terubat.Diri melihat kegagalan rumahtangga mereka,kami menjadi mangsa.Hati sakit melihat,diri juga sakit disakiti tanpa sebab.Kerana ego mereka terumbang-ambing diri dalam hubungan permainan manusia.Kisah tak habis begitu saja.Diri ditipu dengan pujukan yang dikata pujukan syurga,dan rindu itu menghukum seorang sang gagah dengan diserang sakit rindu pada anaknya.Layakkah aku menrima hukuman ini dengan umur yang terlalu mentah dalam dunia.

 Aku yang dungu,aku yang lemah,aku kerdil,aku adalah anak kecil ketika itu.Menerima takdir yang hebat dari tuhan.Aku ditinggalkan...tempat apakah ini? Adakah ini salah satu neraka yang yang ada? Semua itu masih jelas dalam ingatan.Aku masih merasakan kesakitan itu.Diriku yang kerdil tak mengenal tuhan.Hanya mampu menangis di sudut mengenang nasib.Hidup dalam lingkungan penuh kemaksiatan.Tak ada yang lebih sakit dari mengenang semua ini.Sampai mati pun belum tentu hilang dalam ingatan.Pukulan itu masih terasa.Hinaan itu masih kedengaran,sumpahan dan makian itu masih jelas terdengar di kuping telingaku.Seluruh tubuhku masih merasa kesakitan itu.Aku bertanya pada takdir mana manusia yang menciptaku? Dimana orang yang sepatutnya melindungiku? Aku hanya ditemani saudaraku yang merasai kesakitan yang sama.Tangisan raungan kami kedengaran di merata desa.Tapi mereka tetap membiarkan kami merasai itu semua.


Aku kesendirian meratap diri yang hina...
Diri tak ubah bak gelandangan menumpang kasih 
di jalan yang tak sudi..
Libasan,sumpahan itu seakan menggigit tubuh kecilku..

 Aku melihat sinetron dari negara seberang.Aku meratap dalam kesedihan yang penuh dengan airmata.Hatiku terus bertanya,sampai bilakah aku merasai kesakitan ini? Aku dan saudaraku adalah anak kapal yang kehilangan Nakhoda dan kehilangan ratu.Aku sendirian...Tetap teguh menjalani kehidupan.Apa yang aku tahu diwaktu kecil,ingin merasa sebutir nasi perlu kerahkan keringat,ingin setitik air perlu menelan sumpahan dari manusia lagaknya dewa.Aku hanyalah pengemis di mahligai maksiat itu.Kadang aku memujuk perut yang menangis meminta diisi.Hari ini begitu sakit,esok pula sangat sakit,dan lusa aku perlu bertarung nyawa untuk menahan pukulan dan sumpahan lagi.Jiwaku direngut,hatiku sudah punah.Kasih sayang itu tidak ada lagi.Hanya penderitaan yang sangat sakit.Inikah patut aku terima dalam usia kecilku?


  Aku tak mengambilnya...Aku tak mencuri tapi kenapa aku perlu dipaksa dan jari tanganku yang kecil dipukul besi karat yang keras.Aku duduk,baring disudut mengenang diri.

Diriku sudah hilang...
Akanku balas semuannya tapi bila..??



  Kugenggan tangan yang merah kesan hentakan besi.Aku akan balas semuanya,tapi bila??.Mereka tahu bukan aku yang mengambilnya.Tapi kenapa aku yang perlu menanggungnya.Jiwa anak dalam dri bertanya,'dimana tuhan? kenapa DIA tak menolongku?'

Masihkah...Anak kecil seperti aku dapat merasai sebuah kebahagiaan yang sempurna.???

....bersambung...

@penakematusepimiliktuhan

-Tinta airmata sang kerdil-

Apa itu BULI?

  https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/ Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dal...