Ahad, 21 Februari 2021

Diari:Kisah Anak 'PENJARA SUCI'' 2.0

 Diari:Kisah Anak 'PENJARA SUCI' 2.0

Islam itu INDAH dan CANTIK kerana
indah dan cantiknya AKHLAK yang menghiasi 
peribadi WANITA SOLEHAH.
Dia(Rozzie) adalah salah satunya.-@PemuisiAkwa



Hijrah muslimah...
بسم الله الرحمن الرحيم

 Rozzie Majin menghimpun banyak memori,tetapi Rozzie binti Mohd.Rafie adalah nama yang Allah beri sinar cahaya keindahan dalam kehidupan.

 Aku lahir 24 December 2000,anak sulung dari empat beradik.Aku pernah bersekolah di Sk.Inanam Laut,Kota Kinabalu.

 Pada 1 janauri 2019,aku telah dihantar oleh kedua ibubapaku ke RTMS.

 Aku dan kedua ibu bapaku adalah mualaf.Kami sekeluarga telah diberi nikmat hidayah oleh Allah SWT iaitu kami sekeluarga telah mengucap dua kalimah syahadah pada tahun 2008.Jauh di sudut hati pada ketika itu kurang mengerti kerana usia yang masih kecil tetapi hati terasa tenang bila bergaul dengan orang Islam.Aku juga terpesona dengan akhlak mereka yang bertatasusila apabila berda'wah.

 Selepas aku masuk islam,aku masih anak kecik yang berumur lapan tahun,apa yang diri ini lihat itulah menjadi ikutan dan masih tidak tahu adab terhadap ibu bapa.Sehinggalah di hari itu timbul keinginan di hati untuk terus belajar ilmu agama terutamanya nak mendalami Al-Quranul Karim.

  Ketika umur 11 tahun,aku sangat cemburu melihat kawan-kawan dan jiran-jiran membaca Al-Quran.Terdetik di hati ingin menjadi seperti mereka yang fasih dan lancar menghafaz Quran.Keinginan itu terlalu dalam hati.

  Dengan izin Allah,aku mengikuti kakak sepupuku masuk ke maahad tahfiz Miftahul Ulum Tanjung Aru,Kota Kinabalu.Pada tahun 2012,bermulalah kehidupanku di maahad tahfiz itu.Keinginanku telah tercapai,aku mula belajar iqro sehi nggalah meningkat ke bacaan Quran.Dalam tempoh enam bulan aku telah menghabiskan bacaan iqra dan mengkhatamkan Alquran dalam tempoh setengah tahun.Aku mulai menghafal Al-Quran pada tahun 2013.Perasaan ini terlalu indah sangat sukar digambarkan.

  Seperti mimpi indah,aku hampir tak percaya apa yang sudah aku lalui yang kini sebagai muslimat Islam.Disaat aku mulai menghafal Quran,aku tidak yakin dengan diriku sendiri.


mampukah aku?-Rozzie


'MAMPUKAH AKU MENGHAFAL AL-QURAN?'

 Setitik demi setitis air mutiara jernih mengalir setiap kali kedipan mataku.Semua rasa bercampur-aur.Aku tak yakin dengan diriku...Dan aku menangis lagi..

Nantikan Diari:Kisah Anak Penjara Suci 2.0 PART 2 dari @PemusiAkwa


bersambung...

@PemuisiAkwa
Kisah ini saya(@PemuisiAkwa) tulis atas dasar perkongsian sesama insan dan cuba belajar berda'wah melalui bidang penulisan.Cara penulisan ini berkonsepkan diari/catatan.Saya juga telah meminta izin dari Cik Rozzie untuk menulis kisah hijrahnya,menggunakan gambar miliknya dan menggunakan nama betul beliau.Semoga kisah ini mampu membuka mata para pembaca di luar sana untuk mencari hidayah ALLAH SWT.Aamiinnn...

Rabu, 17 Februari 2021

THROWBACK TO NOWADAYS:Lagi-lagi Bangsaku Dihina Dibuli-@PemuisiAkwa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم.


    Assalamualaikum Aksaras...




Kesakitan sebenar itu bukan hinaan atau ejekkannya,
Tapi bila kita menahan marah saat dihina,dilempar sampah dan tak dapat membalasnya.
~PemuisiAkwa~


 Hari ini Akwa nak kongsi buat semua Aksaras tentang bangsa Akwa menjadi bahan ejek sewaktu zaman sekolah hinggalah sekarang.Tujuan Akwa menulis ini adalah untuk sekadar perkongsian.Tapi Akwa berharap dengan catatan dapat menyedar para 'penghina' bangsa Akwa.


  Sewaktu zaman sekolah lagi bangsa Akwa menjadi bahan hinaan orang.Tak kira dari pelajar malah dari guru dari sekolah itu sendiri pernah membahan bangsa Akwa.Tak tahulah apa motif mereka nak buat begitu.Sampailah sekarang Akwa berfikir 'Kenapa mereka menghina bangsa saya?'Akwa masih ingat nama-nama yang pernah mengejek Akwa dahulu.Mereka bukan sahaja mengejek tetapi malah pernah melempar Akwa menggunakan gumpalan kertas dan paling teruk sekali Akwa pernah hampir dilanggar menggunakan kereta pelajar di sekolah itu.Tetapi guru yang menerima aduan saya waktu itu mengatakan yang kes itu berlaku di luar kawasan sekolah tetapi bila saya terlibat kes gaduh di laluan kawasan yang sama guru disiplin mengatakan itu adalah kawasan sekolah.Tak tahu dimana keadilan sewaktu itu.Guru-guru di sekolah itu memandang enteng kes yang saya hadapi.Mereka mengatakan itu hanya sekadar gurauan semata-mata.Tapi pernahkah mereka berfikir seandainya mereka berada di tempat saya,mampukah mereka menghadapinya. 

Tak kira jantina,lelaki atau perempuan,
Tak kira status,Guru atau pelajar,
Antara mereka pernah menghina saya.
~PemuisiAkwa~


  Macam-macam hinaan saya terima semasa sekolah menengah ketika itu.

'HEY BUGIS KAU MAKAN BIAWAK!'

'BUGIS TANAM TEMBIKAI TEPI JALAN'

'BUGIS SIAL!'

'BUGIS PENDATANG'

'BUGIS BODOH'

'S*****i BUGIS'

 Inilah antara hinaan yang saya dapat ketika itu.Saya cuba melawan tetapi malah difitnah oleh orang-orang yang mengejek bangsa saya itu.Tak cukup dengan suara ejekkan,buku latihan saya diconteng dengan perkataan BUGIS.Ada melempar saya dengan sampah,menjerit dengan perkataan BUGIS.Dan bila saya cuba meminta ehsan dari pihak kaunseling&disiplin sekolah itu guru yang bertanggungjawab dengan hal itu hanya mengatakan itu hanya gurauan.Cikgu hanya menasihati saya supaya "hanya bersabar".Saya merasa tidak  mendapat keadilan yang sepatutnya ketika itu.Bila mengingati kisah Akwa ini,Akwa merasa sangat marah.Kerana tak mampu membalas apa yang mereka lakukan.Mereka bukan sahaja mengganggu mental saya malah membuli fizikal saya dengan macam-macam cara.

 Kisah bangsa saya dihina ini bukan sahaja berlaku pada zaman sekolah malah sampai ke hari ini.Baru-baru ini,orang yang saya anggap kawan sebelum ini telah menghina bangsa saya malah perempuan itu juga mengatakan saya ini 'PENGIKUT AYAPIN'.Sangat keterlaluan bagi ,perempuan itu dengan bangganya mengatakan dia perempuan yang berpendidikan tapi masih menghina bangsa orang lain.Segala kisah peribadi kawan lain dia dedahkan di aplikasi Whatsapp.Sungguh hina dan keji.

  Akwa mendedahkan kisah ini bukan untuk mengharap belas kasihan dengan masyarakat tetapi untuk keadilan di pihak saya.Tahun 2021,masih wujud orang sebegini? Terbukti mereka hanya cacing kudis yang kepanasan dek cahaya matahari.Kerana sayalah sinar matahari itu.Mereka tercabar dengan dengan saya yang berbangsa bugis ini.Mereka tercabar dengan seorang manusia biasa.Sangat kasihan.

  Dalam dunia kebodohan itu sentiasa dimana-mana,sehingga ramai manusia meletakkan dalam diri mereka.Mereka-mereka yang pernah membuli saya ketika dahulu itu mungkin mendapat didikan yang 'TERLALU SEMPURNA' dari ibubapa mereka.Dan guru-guru yang tidak mengambil tindakan dengan mereka itu,Entahlah....Susah untuk kita cari dan ungkap kesalahan guru-guru.Kerana kalau guru yang kita burukkan memang menggelepur dan automatik keluar statement membela diri di media sosial.Kerana status guru ni nombor dua selepas ibubapa.Apapun yang kita katakan tentang kesalahan mereka hakikatnya KITA TETAP SALAH dan GURU/CIKGU ITU YANG BETUL.Kerana itu yang berlaku kepada saya sewaktu di sekolah menengah Kota Belud.Bila baru-baru ini bangsa saya dihina kembali,Saya sangat kasihan dengan orang sebegini kerana orang yang menghina saya itu hanya orang yang KALAH dan nilai dirinya tak lebih hanya berada di tapak kaki Akwa.

 Kisah ini sangat memberi kesan yang sangat besar buat diri Akwa.Kerana semua yang mereka buat itu membuat Akwa tak pernah lupa dengan nama mereka dan takkan pernah Akwa lupakan dan mungkin suatu hari nanti Akwa akan balas semuanya.Bumi Allah ni sudah menjadi saksi yang bangsa saya dihina.Saya tak mampu balas sekarang atau suatu hari nanti.Tapi Akwa pasti Allah SWT akan beri yang terbaik untuk semua ini.Memang bukan mudah untuk lupakan semua ini.Kerana ini satu kes BULI yang mengganggu mental seseorang.

  Akwa berharap pada semua masyarakat mengambil berat kes buli yang berlaku sekarang ini.Cukuplah Akwa dan mangsa buli lain yang merasai pengalaman buli sebegini.Akwa menulis kisah ini untuk membuka mata orang yang BANGSA SAYA BUKAN BAHAN EJEKKAN!.

Salam kebenaran

-PemuisiAkwa


*Terima kasih buat AKSARAS kerana masih singgah di blog ini.Akwa harap yang semua Aksaras sentiasa dirahmati Allah SWT.Insyaallah..Aamiin.*

Untuk apa-apa cadangan penulisan boleh hubungi saya melalui platform dibawah:

No Tel & Whatsapp:0102833601

Facebook Page: Aksara Cs Legacy

Instagram:@aksaracslegacy / @cicie41

Twitter:@AksaraCs


Ahad, 14 Februari 2021

TINTA AIRMATA SANG KERDIL-By Pena Kematu Sepi Milik Tuhan

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


....اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
 Kisah ini bukanlah fantasi semata-mata.Blog Aksara Cs Legacy tak pernah menipu.Kami berpegang pada prinsip 'WRITE ALL THE TRUTH'.Tapi terpulang pada anda untuk menilainya...Selamat membaca...


Kisah ini dilakar dengan deraian airmata dari seorang hamba.
-PenaKematuSepiMilikTuhan-


 Kehidupan itu satu metafora pemikiran yang disangka mudah oleh manusia sepertiku.Aku adalah manusia yang selalu ingin tahu.Kadang aku berjaya kadang aku gagal.Itulah aku...Aku wanita biasa yang boleh gembira dan juga sedih.Duka dalam hidup ini terlalu pahit...Inginku lupakan terlalu perih,inginku pertahankan terlalu sakit.Bayangan itu selalu datang membuat jiwaku sakit,sakit sukar aku gambarkan.Setiap peristiwa itu masih jelas dalam ingatan.Aku bukan gila......Aku masih bisa senyum,tapi aku tidak mampu lupakan semua yang terjadi.Terlalu sakit menahan pekung didada.Aku menangis,menangis dan menangis lagi.Kuluahkan segala yang ada,jiwaku keliru...Adakah ini benar atau salah?.


Kesan pada leher masih terasa...
Nafasku hampir habis...
Mereka masih bertelingkah seperti dirasuk syaitan...



  Kesakitan pada hati ini seakan tak mampu terubat.Diri melihat kegagalan rumahtangga mereka,kami menjadi mangsa.Hati sakit melihat,diri juga sakit disakiti tanpa sebab.Kerana ego mereka terumbang-ambing diri dalam hubungan permainan manusia.Kisah tak habis begitu saja.Diri ditipu dengan pujukan yang dikata pujukan syurga,dan rindu itu menghukum seorang sang gagah dengan diserang sakit rindu pada anaknya.Layakkah aku menrima hukuman ini dengan umur yang terlalu mentah dalam dunia.

 Aku yang dungu,aku yang lemah,aku kerdil,aku adalah anak kecil ketika itu.Menerima takdir yang hebat dari tuhan.Aku ditinggalkan...tempat apakah ini? Adakah ini salah satu neraka yang yang ada? Semua itu masih jelas dalam ingatan.Aku masih merasakan kesakitan itu.Diriku yang kerdil tak mengenal tuhan.Hanya mampu menangis di sudut mengenang nasib.Hidup dalam lingkungan penuh kemaksiatan.Tak ada yang lebih sakit dari mengenang semua ini.Sampai mati pun belum tentu hilang dalam ingatan.Pukulan itu masih terasa.Hinaan itu masih kedengaran,sumpahan dan makian itu masih jelas terdengar di kuping telingaku.Seluruh tubuhku masih merasa kesakitan itu.Aku bertanya pada takdir mana manusia yang menciptaku? Dimana orang yang sepatutnya melindungiku? Aku hanya ditemani saudaraku yang merasai kesakitan yang sama.Tangisan raungan kami kedengaran di merata desa.Tapi mereka tetap membiarkan kami merasai itu semua.


Aku kesendirian meratap diri yang hina...
Diri tak ubah bak gelandangan menumpang kasih 
di jalan yang tak sudi..
Libasan,sumpahan itu seakan menggigit tubuh kecilku..

 Aku melihat sinetron dari negara seberang.Aku meratap dalam kesedihan yang penuh dengan airmata.Hatiku terus bertanya,sampai bilakah aku merasai kesakitan ini? Aku dan saudaraku adalah anak kapal yang kehilangan Nakhoda dan kehilangan ratu.Aku sendirian...Tetap teguh menjalani kehidupan.Apa yang aku tahu diwaktu kecil,ingin merasa sebutir nasi perlu kerahkan keringat,ingin setitik air perlu menelan sumpahan dari manusia lagaknya dewa.Aku hanyalah pengemis di mahligai maksiat itu.Kadang aku memujuk perut yang menangis meminta diisi.Hari ini begitu sakit,esok pula sangat sakit,dan lusa aku perlu bertarung nyawa untuk menahan pukulan dan sumpahan lagi.Jiwaku direngut,hatiku sudah punah.Kasih sayang itu tidak ada lagi.Hanya penderitaan yang sangat sakit.Inikah patut aku terima dalam usia kecilku?


  Aku tak mengambilnya...Aku tak mencuri tapi kenapa aku perlu dipaksa dan jari tanganku yang kecil dipukul besi karat yang keras.Aku duduk,baring disudut mengenang diri.

Diriku sudah hilang...
Akanku balas semuannya tapi bila..??



  Kugenggan tangan yang merah kesan hentakan besi.Aku akan balas semuanya,tapi bila??.Mereka tahu bukan aku yang mengambilnya.Tapi kenapa aku yang perlu menanggungnya.Jiwa anak dalam dri bertanya,'dimana tuhan? kenapa DIA tak menolongku?'

Masihkah...Anak kecil seperti aku dapat merasai sebuah kebahagiaan yang sempurna.???

....bersambung...

@penakematusepimiliktuhan

-Tinta airmata sang kerdil-

Apa itu BULI?

  https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/ Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dal...