Ahad, 17 Ogos 2025

Apa itu BULI?

 


https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/







Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dalam kalangan masyarakat. Tindakan membuli juga boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di sekolah, tempat kerja dan di rumah.


Bagi mangsa yang lemah, membuli juga boleh menyebabkan pelbagai impak negatif kepada diri terutamanya dari aspek mental dan fizikal.


Maksud Membuli


Memetik Kamus Dewan Edisi Keempat, buli membawa maksud perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru, membuli mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah, dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan atau menakutkan orang yang berkenaan.

Menurut Smith, Cowie, Olafsson dan Liefooghe, buli merupakan perbuatan tingkah laku agresif yang berulang bagi menyakiti individu lain dari segi fizikal mental mahupun emosi.


Jenis Buli


Setiap pembuli mempunyai cara dan taktik yang berbeza untuk menakutkan mangsa. Apabila menyentuh tentang buli, ramai yang beranggapan bahawa ia hanya melibatkan perbuatan seperti menumbuk, membelasah dan sebagainya.

Sebenarnya, buli tidak hanya terhad kepada pergerakan yang melibatkan fizikal sahaja, malah terdapat enam jenis buli yang dapat dikenalpasti.


1. Buli Secara Fizikal

Jenis buli ini lebih mudah dikenalpasti. Ia juga secara semula jadi boleh mendapat perhatian umum kerana ia melibatkan aksi agresif. Jenis membuli ini biasanya melibatkan individu yang lebih besar dan kuat menyerang individu yang lemah sebagai mangsa.


Membuli secara fizikal juga sering melibatkan perbuatan seperti menendang, menampar dan menumbuk.


2.Buli Secara Lisan (Percakapan)


Buli lisan adalah sebarang bentuk tindakan seperti menghina, mengusi, mengancam, menyebarkan khabar angin atau fitnah dan mengejek orang lain.

Ini merupakan jenis buli yang paling biasa dan boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti tempat awam, rumah, sekolah dan tempat kerja.



3. Pencerobohan Hubungan


Pencerobohan hubungan adalah istilah yang digunakan bagi menggambarkan tingkah laku seseorang yang yang menimbulkan atau menceritakan khabar angin tentang orang lain.

Biasanya pencerobohan hubungan tercetus apabila seseorang individu berasa cemburu.


Ia juga dilihat sebagai satu bentuk penghinaan bagi menjatuhkan harga diri orang lain.



4.Buli Siber


Perbuatan buli siber atau cyber bullying adalah aktiviti berulang yang dilakukan secara atas talian untuk menakutkan, mencetuskan kemarahan dan memalukan seseorang.


Biasanya, ia melibatkan kemudahan komunikasi yang digunakan secara rutin seperti laman media sosial, emel, chatting, telefon bimbit dan permainan internet.

 Perbuatan ini mempunyai kesan segera dan lebih meluas memandangkan serangan daripada pembuli berlaku selama 24 jam sehari dengan kapasiti tanpa had.


Ia juga berbeza dengan buli secara tradisional yang dilakukan secara bersemuka. Di samping itu, ia turut menyebabkan kegusaran yang unik, berterusan dan sukar untuk dikenalpasti.


Mangsa juga boleh mengalami kesan negatif yang serius seperti kemurungan, depresi, cenderung untuk mencederakan diri sendiri. Jika ia tidak dibendung, mangsa boleh terdorong untuk membunuh diri atau mungkin dibunuh oleh pembuli.



5. Gangguan Seksual


Buli seksual merupakan tindakan berulang, berbahaya serta memalukan yang mensasarkan seseorang secara seksual.


Antara bentuk atau perbuatan gangguan seksual yang boleh dikenalpasti adalah menggunakan nama panggilan yang berbentuk seksual, komen atau gerak isyarat yang kasar, sentuhan yang tidak diingini, bahan lucah dan bahan rujukan seksual.


Antara contoh kegiatan gangguan seksual adalah pembuli yang membuat komen kasar tentang daya tarikan, perkembangan seksual atau aktiviti seksual seorang wanita.


Dalam kes yang lebih teruk, gangguan seksual boleh membuka pintu kepada serangan seksual. Para wanita juga dilihat sering menjadi sasaran pembulian seksual oleh lelaki dan wanita lain.Tapi tidal dinafikan di zaman ini juga para lelaki juga boleh menjadi mangsa gangguan sensual dari pihak wanita juga lelaki.


6. Buli Prasangka


Buli berasaskan prasangka pula adalah melibatkan orang yang dibuli akibat kepercayaan, pemikiran, pendapat atau nilai mereka.

Di samping mempunyai percanggahan idea terhadap sesuatu, pembuli juga mungkin menyerang seseorang untuk kepercayaan agam serta pendapat politiknya.


Dalam kebanyakan masa, pembuli berasaskan prasangka didorong oleh ketakutan dan kekurangan pemahaman.

Dalam kes ini, mangsa perlulah lebih berani dan tampil ke hadapan bagi memupuk pemahaman. Apabila orang dapat melihat perbezaan dalam sesebuah idea, mereka lebih cenderung untuk bertoleransi dan hormat kepada pendapat orang lain.




Punca



Terdapat pelbagai punca yang boleh menjurus kepada masalah buli seperti :

  • Kurang didikan atau perhatian ibu bapa
  • Perbezaan idea terhadap sesuatu perkara
  • Kurang penghayatan agama atau moral
  • Kurang pemantauan
  • Dendam
  • Masyarakat atau orang sekeliling yang kurang prihatin
  • Terdedah kepada bahan negatif melalui internet.



Kesan



Mangsa buli berkemungkinan untuk alami kesan jangka pendek dan jangka panjang dalam tiga aspek iaitu fizikal, mental dan tingkah laku.

Antara kesan kepada fizikal yang boleh dikenalpasti adalah :

  • Sesak nafas
  • Kecederaan seperti luka atau lebam
  • Gangguan tidur hilang selera makan
  • Keletihan

Dari sudut emosi pula, mangsa boleh alami :

  • Tekanan emosi
  • Rasa ketakutan
  • Kemurungan
  • Rasa rendah diri
  • Mudah rasa terancam


Dari segi tingkah laku, mangsa boleh alami kesan seperti :


  • Kurang keyakinan diri
  • Prestasi merosot
  • Sukar untuk menyesuaikan diri
  • Tiada semangat untuk teruskan hidup

Perbuatan buli perlulah dikenalpasti dan ditangani dengan segera. Orang sekeliling juga perlulah lebih peka dan prihatin kepada orang terdekat. Semua pihak juga perlu memainkan peranan bagi membanteras kes buli yang berlaku di kawasan mereka.  

Mangsa pula tidak boleh berdiam diri. Kumpulkan keberanian untuk tampil ke hadapan dan dapatkan bantuan daripada orang yang dipercayai.



KES ADIK ZARA QAIRINA INI SUDAH MENJADI IKTIBAR BAHAWA BETAPA BAHAYANYA PERBUATAN BULI.SEMOGA KES INI MEMBUKA MATA MASYARAKAT AGAR MEMBANTERAS SEKERAS-KERASNYA PERBUATAN MEMBULI.


Sekian dari saya buat Aksaras🙃..

Selasa, 12 Mac 2024

10 Amalan di Bulan Ramadan by Aksara

10 Amalan Di Bulan Ramadan

By Aksara


Selamat menunaikan ibadah puasa
10 Amalan di bulan Ramadan By Aksara.




  1.Sahur

  Sebelum melaksanakan puasa, umat Islam dianjurkan untuk melaksanakan sahur. Lebih dianjurkan untuk diakhirkan selama sampai masuk waktu yang tidak diragukan, yaitu apakah masih malam atau sudah terbit fajar. Sesuai sabda Rasulullah SAW berikut,


لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا أَخَّرُوا السَّحُورَ وَعَجَّلُوا الْفِطْرَ

Ertinya, "Umatku senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka mengakhirkan sahur dan menyegerakan berbuka," (HR Ahmad).



2.Berbuka Puasa

  Dalam melaksana ibadah puasa umat islam seharusnya menyegerakan dalam berbuka puasa.Menyegerakan berbuka puasa adalah hal yang mudah dilakukan untuk memperoleh amalan. Hal ini terdapat dalam HR. Al-Baihaqi :


كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم أعجل الناس إفطارا وأبطأهم سحورا

"Para sahabat Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam adalah manusia yang paling bersegera dalam berbuka puasa, dan paling akhir dalam sahurnya".

3.Memperbanyak Doa dan Membaca Doa Saat Berbuka Puasa

  Terdapat hadist yang diriwayatkan Abu Hurairah terdapat tiga doa yang tidak akan pernah ditolak oleh Tuhan. Ketiga orang tersebut adalah doa orang yang berpuasa sampai dia berbuka, doa dari pemimpin yang adil, dan doa orang yang teraniaya. Oleh karena itu saat bulan Ramadan perbanyaklah berdoa, nescaya akan dikabulkan oleh Allah.

Adapun doa untuk berbuka puasa adalah sebagai berikut:

Di antaranya adalah doa berikut:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِك آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلَتُ ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ يَا وَاسِعَ الْفَضْلِ اِغْفِرْ لِي اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي هَدَانِي فَصُمْتُ وَرَزَقَنِي فَأَفْطَرْتُ

Atau doa yang lebih masyhur berikut:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِك آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ


4.Mandi Besar
  Menyucikan diri dengan mandi besar dianjurkan dilakukan sebelum terbit fajar. Tujuannya adalah bersuci dari junub, haid, atau nifas agar bisa menunaikan ibadah puasa dalam keadaan suci. Diutamakan dilakukan sebelum imsak, karena dikhawatirkan masuk air ke mulut, telinga, anus atau kemaluan, dan sebagainya jika dilakukan setelah terbit fajar.



5.Menjaga Ucapan
  Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwasannya Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa puasa bukan hanya untuk menahan diri dari makan minum saja. Melainkan juga untuk menahan diri dari kata-kata laghwu dan rafats. Laghwu adalah perkataan tidak berfaedah sedangkan rafats adalah perkataan kotor. jadi, sebaiknya kita menjaga ucapan agar tidak berkata kasar.


6.Menghindari Hal-hal yang Membatalkan Puasa
  Umat Islam dianjurkan untuk menghindari hal-hal yang tidak sejalan dengan hikmah puasa, seperti berbuka puasa sampai perut menjadi kekenyangan atau melakukan sesuatu yang bertujuan untuk memuaskan nafsu.

7.Iktikaf di Masjid
  Iktikaf adalah berdiam diri di dalam masjid dalam rangka untuk mencari ridha Allah dan intropeksi diri atas perbuatan-perbuatannya. Sebaiknya iktikaf dilakukan selama satu bulan penuh, tapi jika tidak bisa maka diutamakan sepuluh hari terakhirnya saja karena pada hari-hari itu terdapat malam Lailatul Qadar.


8.Membaca Al-Qur'an
  Bulan Ramadan adalah bulan dimana Al-Qur'an diturunkan. Oleh karena itu mengaji atau tadarus adalah amalan sunah yang harus diperbanyak di bulan puasa Ramadan yang sangat dianjurkan. Berikut adalah hadits mengenai tadarus

وَكَانَ جِبْرِيلُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ

Ertinya:

"Jibril menemuinya pada tiap malam malam bulan Ramadhan, dan dia (Jibril) bertadarus Al-Quran bersamanya. (H.R. Bukhari No. 3220)


9.Memperbanyak Sedekah dan Berbagi
  Menurut HR Bukhari, Rasul adalah manusia yang paling dermawan dan kedermawanannya meningkat saat Ramadhan apalagi Jibril datang menemuinya. Meneladani kedermawanan Rasulullah, orang yang berpuasa hendaknya memperbanyak sedekah kepada sesama, terutama sedekah makanan atau minuman untuk berbuka puasa. Sebab, orang yang memberi makanan atau minuman untuk orang berpuasa mendapat pahala yang setimpal dengan pahala puasa orang yang disedekahi.

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، إِلَّا أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ

Ertinya, "Siapa saja yang memberi makanan berbuka kepada seorang yang berpuasa, maka dicatat baginya pahala seperti orang puasa itu, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut," (HR Ahmad).


10. Qiyam Ramadan

  Qiyam Ramadan merupakan amalan solat sunah tarawih dan solat malam lainnya. Berikut adalah hadist mengenai solat tarawih:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Ertinya,

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahwa Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang solat malam pada bulan Ramadan karena iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. (HR. Bukhari No. 37, Muslim No. 759)


  Berikut adalah 10 amalan yang dapat aksara tulis dalam blog ini.Semoga bermanfaat untuk semua Aksaras dan marilah kita sama-sama mengimarahkan Ramadan dengan amalan-amalan yang yang baik di bulan mulia penuh keampunan ini.

Salam Aksaras...

Jumaat, 28 Julai 2023

Sambal Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah.

 Sambal Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah.

Jom membeli sambal sambil berinfaq!

🌶🌶🌶



1. Sambal bilis premium

2. Sambal ikan masin premium

3. Sambal bilis

4. Sambal ikan masin

5. Sambal sotong kering

6. Sambal udang kering

*Sambal premium ada tuhau*

1 botol RM 15


👉10 Botol ke atas harga boleh runding 👈

*Support sambil beramal*


Jom dapatkan sekarang!


Sambal MRTMS,
SADAP BHA KALAU KAU!




H/P NO: 01112648815
WhatsApp: 01112648815





PUISI: Celaka I


 
Celaka!
Pada mereka yang barua
yang bermuka-muka
hati yang binasa
akan kegalauan jiwa
yang penuh hasad  


Celaka
Pada mereka yang keparat
bisikan yang puaka
menusuk jiwa-jiwa yang tak berdaya
sangkanya pasti kehancuran
tapi lawannya juga syaitan
maka jahanamlah sebuah ummah
persetankan mereka!

1;38am
Mini Dewan MRTMS
Cs🌹
@aksaracslegacy


Khamis, 18 Mei 2023

SAMBUTAN ULANG TAHUN MADRASAH RUMAH TRANSIT MUALAF SABAH 10 TAHUN."MADRASAH RTMS,MADRASAH NOMBOR 1 DI SABAH"

  

Poster Sambutan Ulang Tahun 10 Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah.



 RANAU,SABAH: Julung-julung kalinya Sambutan ulang tahun sebuah pusat pendidikan telah menggegarkan daerah Ranau.Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah atau lebih dikenali MRTMS berbesar hati menganjurkan majlis ulang tahun yang ke 10,beroperasi sejak mula dibuka pada tahun 2013.Sambutan ini bertujuan memperingati sekaligus meraikan pencapaian MRTMS sepanjang 10 tahun ini.

Antara persiapan yang dilakukan oleh warga MRTMS.









  Selain itu,sambutan kali ini akan dibuat dengan pelaksanaan pelancaran beberapa aktiviti serentak dengan perasmian yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun yang akan diadakan pada 3 jun 2023 akan datang.

   Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah atau secara ringkasnya MRTMS merupakan satu pusat pendidikan secara terbuka kepada Mualaf yang menyediakan tempat Pendidikan yang PERCUMA.

  Menurut bicara Mohd.Nazri Abdullah sambutan ini meraikan usaha yang sudah dicapai sepanjang 10 tahun Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah beroperasi.Justeru itu,dengan tema "MADRASAH RTMS,MADRASAH NOMBOR 1 DI SABAH", ini dapat memperkenalkan dan mempromosikan MRTMS sebagai satu-satunya Transit Mualaf yang menyediakan Pendidikan PERCUMA secara meluas.

  Dengan sambutan ini juga,Anak Jati Sabah Juga merupakan seorang mualaf bertanggungjawab mengangkat Islam di bumi bawah bayu.-AKSARA NEWS

Untuk maklumat lanjut boleh lawati Laman Page Facebook PERSATUAN PENDAK ISLAM SABAH.

https://www.facebook.com/pendakwahsabah

Sempena Sambutan Ulangtahun Madrasah RTMS ke -10 tahun yang bakal kita adakan Jun ini, maka kempen penukaran 'header facebook' langsung kita lancarkan pada Jumaat hari ini.

Pihak penganjur memohon kepada semua mantan pelajar MRTMS, warga MRTMS, ibu bapa pelajar MRTMS dan para penyumbang agar menukar 'header' masing-masing sebagai tanda sokong sekali gus tanda syukur atas kewujudan madrasah RTMS sebagai salah satu institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan secara percuma juga tanpa syarat.

In syaa Allah, selepas ini ketetapan tarikh beserta program bakal kita hebahkan kepada awam.

Untuk mendapatkan info semasa, sila 'like' laman Persatuan Pendakwah Islam Sabah agar tidak ketinggalan pelbagai hebahan dalaman dan luaran MRTMS. 


https://www.facebook.com/photo/?fbid=610129874481967&set=a.542684421226513


Khamis, 6 April 2023

KACA MATA AKSARA: Bicara MATA HATI

   


  Apa yang difikirkan oleh manusia dalam hidup ini? Kekayaan? Kemasyuran atau kehinaan hidup semata-mata? 

 Suara mata bersambung ke hati membicarakan itu.Apakah pada kehidupan insan yang Aksara kenali.Si Fulan obsesinya pada dunia religi atau keagamaan yang taat 'dimata' masyarakat.Ada pula obsesi pada dunia penuh sensual s*x.Dan tak lupa pada insan yang obsesi ada kesempurnaan tak kira dari segi pendidikan pasangan hidup,pokok pangkalnya mengiginkan sebuah keempurnaan.Apa sebenarnya diingini oleh orang seperti ini.Kebahagiaan? Entahlah....

 Penyesalan yang mereka rasa takkan terasa selagi tidak merasa kehilangan sesuatu yang berharga.Disaat itulah orang akan merasai sebuah kesedihan.

Kesedihan sebenar apabila seseorang kehilangan insan yang dikasih,Seperti itu lagu yang didendangkan oleh Ernie Zakri iaitu 'Gundah'.Betapa perihnya jiwa hati insan tatkala kehilangan separuh raga.Apakah erti kehilangan?

Kehilangan itu perihal hilangnya sesuatu yang berharga.Disaat itulah manusia akan menyedari erti kata SYUKUR.


Entah kemana akal jiwa manusia untuk berfikir tentang kehidupan mereka.Entah apa yang disandarkan oleh mereka...Mereka hanya tahu meninggalkan semuanya tanpa berfikir apa yang akan terjadi.Bila ada cela yang di lakukan,syaitan sahaja disalahkah.Apakah manusia tak cukup syaitan untuk dikata iblis? Rasa bersalah sedikit sahaja tak terbit di jiwa apatah lagi hati.Berapa ramai lagi jiwa yang akan menderita akan sengketa yang penuh penipuan ini?


Kehidupan itu anugerah maha ESA.Kehidupan menggambarkan dinamika yang tidak dapat diteka ianya sangat misteri kerana kita sebagai manusia tidak akan mengetahui apa yang terjadi kedepan.Tetapi mereka hidup seakan mereka mempunyai segalanya.


Setiap kata itu sakit diungkapkan,pada seorang anak kecil yang tak tahu apa yg difikirkan.Namun atas dasar nama yang dimartabatkan maka hinalah kelahiran seorang anak yang dianggap beban kehidupan.Manusia memang seperti itu bila tak punya apa akan menunduk,itupun masih lagi mendongak walaupun tak punya apa-apa.Ditambah lagi apabila seorang  manusia itu punya sedikit kuasa maka orang sekelilingnya akan terpaksa menelan kehinaan yang sakit.


  Entah apa yang sebenarnya cuba didendangkan.Mula kata tak difahami.Entah apa yang cuba dilakar dalam sebuah nota.Diri juga cuba mencari apakah makna nota Bicara MATA HATI ini?


والله أعلمُ بالـصـواب

Salam Buat Aksaras...


Dari Kacamata Aksara: MANUSIA ATAU BINATANG?

 

  Salam Buat Semua AKSARAS...


 Apa yang manusia fikirkan seolah mereka adalah terbaik dan tak pernah salah.Adakah ia adalah seorang narsistik? Entahlah...Manusia itu terlalu abstrak untuk didefinisikan.

Oameni 1

Dia manusia yang boleh dibilang seorang manusia romantis kerana boleh meluluhkan hati seorang gadis yang penuh prinsip.Dia manusia yang telah mencuri sepotong takdir yang diubahnya dengan derita yang ditanggung sepanjang hidup.Wanita itu menjadi wanita terhina sekeji-keji manusia.Dia pergi dengan tiada rasa tanggungjawab dan menjalani hidup bahagia dengan kehidupan baru itu.Dia pernah berjanji dengan sekelumat kata diiringi airmata entah itu sebuah kejujuran atau sebuah propaganda untuk menjatuh seorang wanita.


 Oameni 2

Sang jenazah yang telah pergi ke alam lain.Dia antara manusia terkejam di dunia ini.Segala sumpahan,pukulah herdikan pernah menggigit tubuh.Dia manusia penuh penipuan,penuh rasa khianat,tamak,sombong tapi punya rasa kasih yang sukar dimengertikan.Hanya orang tertentu merasakannya.Mata-mata dendam melihatnya dengan kepuasan,ada juga rasa kasihan,ada pulak yang merintih kehilangan,dan ada manusia berusaha mengikhlaskan segalanya.


Oameni 3

Dia manusia khianat penuh penipuan.Penuh tipu helah,diulit kemiskinan tanggungjawab kadangkala tidak sedar diri,juga tak bermaruah.Menyanjung diri dialah manusia terbaik,wanita terbaik segalanya terbaik.Hanya membebani jiwa fikiran.Ia juga salah satu yang menghancurkan sedikit kehidupn diri.Sungguh penuh penipuan,manusia tak tahu dirinya bersalah.Terlalu suka menipu,sehingga satu kata diucapkan sukar dipercayai.Kata penipuan seakan mengalir dalam darah menjadi satu dalam jasad.



BERSAMBUNG....

Selasa, 28 Mac 2023

Nota Di Hati

 

Jarak yang membentang rindu

lagi-lagi tentang rindu

Sejatinya jarak ini

mencipta rindu antara kita

Bagaimana harus kita bertemu?

Rindu...

adalah sebuah perantara

agar insan lemah seperti kita

berdoa pada maha kuasa

ia adalah asbak

pertemuan setelah perpisahan menghukum kita...

Dan rindu

Menyedarkan kita untuk kembali

pada hakikatNYA..

Hakikat yang kita adalah hamba ALLAH.


* * *


Tatkala rasa digelumangi kehibaan

Kesepian semakin menggunung di dalam jiwa

Aku seperti terpuruk di kota hiruk-piruk ini

Menelan sebuah rasa yang sukar dimengertikan...

Kekadang aku meraung tanpa suara

Menepuk dada menahan keperihan yang tak tertanggung

Airmata berlinangan tanpa dikesat...

Esakanku mulai bergema di sudut  kemalapan bilik

Takdir yang indah,takdir yang menduga jiwa wanitaku,

Kesepian ini takkan pudar...

Kakiku mulai berkematu berdiri tanpa arah langkah

Terhenyak di tengah pelabuhan dilema

Istikharah Allah tak pernah disujud

Apalah nasib diri yang menelan kehinaan tak berpenghujung

Terlupa kembalinya kemana...

Hanya melayan tangis menyakitkan

Kekadang memohon simpati untuk difahami..

Tinggal kebuntuan menyelimuti raga yang kosong...

Helaan nafas yang semakin berat.

Seberat kehidupan ini..

Tolong temani ragaku....

 

* * * * *


Kerinduan yang mengundang debar

Detak jantung kian bergetar

dalam sedar tak sedar

khabar demi khabar menghampiriku

Terujaku dalam hiba

detak bimbang menghimpit hati..


Andai tak ada pertemuan

untuk kita...

Jiwaku akan mati diulit kekesalan

sepanjang hayat..


Hari ini adalah rahmat bagi hamba

Tuhan yang Esa masih mengasihi kita

Sekeping potret mengubat kerinduan

tapi...

Juga menambah sesak di hati menahan tangis

Aku duduk di kegelapan malam

mengenang takdir yang tak seindah difikir

Suara ketikan telefon bergema

memberi khabar pada hamba Allah

yang mengasihi diri ini...

Tangisku pecah tanpa suara di keheningan malam

ditemani senandung sang pungguk

Melepaskan sesak yang terpendam

Aku terlelap dalam sedu-sedan yang hiba...

sang cengkerik setia mendendangkan syair di malam panjang...


* * * * * *


Langkah yang berat menjejak ke kota

Sambil mengenang separuh memori yang sukar terpadam

Langkahku semakin berat melihat wanita malam

Hidup di lorong-lorong sunyi

di tengah-tengah kota penuh pancaroba

Hidup yang tak tentu arah

Para lelaki hanya hinggapi tubuhmu

menghisap segala madu

Diberi pemuas nafsu

wanita malam...

Permata mahal dari kedesaan

Terjebak dalam keterpurukkan hidup kota

menjadi wanita malam mungkin bukan mimpimu

mandian kemewahan membuatmu alpa pada realiti dunia...

Kau tetap dengan lukisan opera diwajah

hentakkan tumit tinggi memecah keheningan malam

Banyak pandangan hina melihatmu

wanita malam tak pernah kisah

tetap bersama lelaki hidung belang

di gerai kelipan bintang

aroma minuman menggilakan buat sesiapa meminumnya

nyanyian yang gegak gempita

Nur mentari saja seakan tak pernah kau rasai

Kau terus hanyut dalam imaginasi katanya kebahagian

dirimu sudah tak dikenal

satu persatu lelaki datang dan pergi darimu

kau terus dengan gelar wanita malam

sampai bila harus bertahan?


-Bakso Primadona

-16jan22/17jan22







Apa itu BULI?

  https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/ Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dal...