Jumaat, 28 Julai 2023

Sambal Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah.

 Sambal Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah.

Jom membeli sambal sambil berinfaq!

🌶🌶🌶



1. Sambal bilis premium

2. Sambal ikan masin premium

3. Sambal bilis

4. Sambal ikan masin

5. Sambal sotong kering

6. Sambal udang kering

*Sambal premium ada tuhau*

1 botol RM 15


👉10 Botol ke atas harga boleh runding 👈

*Support sambil beramal*


Jom dapatkan sekarang!


Sambal MRTMS,
SADAP BHA KALAU KAU!




H/P NO: 01112648815
WhatsApp: 01112648815





PUISI: Celaka I


 
Celaka!
Pada mereka yang barua
yang bermuka-muka
hati yang binasa
akan kegalauan jiwa
yang penuh hasad  


Celaka
Pada mereka yang keparat
bisikan yang puaka
menusuk jiwa-jiwa yang tak berdaya
sangkanya pasti kehancuran
tapi lawannya juga syaitan
maka jahanamlah sebuah ummah
persetankan mereka!

1;38am
Mini Dewan MRTMS
Cs🌹
@aksaracslegacy


Khamis, 18 Mei 2023

SAMBUTAN ULANG TAHUN MADRASAH RUMAH TRANSIT MUALAF SABAH 10 TAHUN."MADRASAH RTMS,MADRASAH NOMBOR 1 DI SABAH"

  

Poster Sambutan Ulang Tahun 10 Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah.



 RANAU,SABAH: Julung-julung kalinya Sambutan ulang tahun sebuah pusat pendidikan telah menggegarkan daerah Ranau.Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah atau lebih dikenali MRTMS berbesar hati menganjurkan majlis ulang tahun yang ke 10,beroperasi sejak mula dibuka pada tahun 2013.Sambutan ini bertujuan memperingati sekaligus meraikan pencapaian MRTMS sepanjang 10 tahun ini.

Antara persiapan yang dilakukan oleh warga MRTMS.









  Selain itu,sambutan kali ini akan dibuat dengan pelaksanaan pelancaran beberapa aktiviti serentak dengan perasmian yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun yang akan diadakan pada 3 jun 2023 akan datang.

   Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah atau secara ringkasnya MRTMS merupakan satu pusat pendidikan secara terbuka kepada Mualaf yang menyediakan tempat Pendidikan yang PERCUMA.

  Menurut bicara Mohd.Nazri Abdullah sambutan ini meraikan usaha yang sudah dicapai sepanjang 10 tahun Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah beroperasi.Justeru itu,dengan tema "MADRASAH RTMS,MADRASAH NOMBOR 1 DI SABAH", ini dapat memperkenalkan dan mempromosikan MRTMS sebagai satu-satunya Transit Mualaf yang menyediakan Pendidikan PERCUMA secara meluas.

  Dengan sambutan ini juga,Anak Jati Sabah Juga merupakan seorang mualaf bertanggungjawab mengangkat Islam di bumi bawah bayu.-AKSARA NEWS

Untuk maklumat lanjut boleh lawati Laman Page Facebook PERSATUAN PENDAK ISLAM SABAH.

https://www.facebook.com/pendakwahsabah

Sempena Sambutan Ulangtahun Madrasah RTMS ke -10 tahun yang bakal kita adakan Jun ini, maka kempen penukaran 'header facebook' langsung kita lancarkan pada Jumaat hari ini.

Pihak penganjur memohon kepada semua mantan pelajar MRTMS, warga MRTMS, ibu bapa pelajar MRTMS dan para penyumbang agar menukar 'header' masing-masing sebagai tanda sokong sekali gus tanda syukur atas kewujudan madrasah RTMS sebagai salah satu institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan secara percuma juga tanpa syarat.

In syaa Allah, selepas ini ketetapan tarikh beserta program bakal kita hebahkan kepada awam.

Untuk mendapatkan info semasa, sila 'like' laman Persatuan Pendakwah Islam Sabah agar tidak ketinggalan pelbagai hebahan dalaman dan luaran MRTMS. 


https://www.facebook.com/photo/?fbid=610129874481967&set=a.542684421226513


Khamis, 6 April 2023

KACA MATA AKSARA: Bicara MATA HATI

   


  Apa yang difikirkan oleh manusia dalam hidup ini? Kekayaan? Kemasyuran atau kehinaan hidup semata-mata? 

 Suara mata bersambung ke hati membicarakan itu.Apakah pada kehidupan insan yang Aksara kenali.Si Fulan obsesinya pada dunia religi atau keagamaan yang taat 'dimata' masyarakat.Ada pula obsesi pada dunia penuh sensual s*x.Dan tak lupa pada insan yang obsesi ada kesempurnaan tak kira dari segi pendidikan pasangan hidup,pokok pangkalnya mengiginkan sebuah keempurnaan.Apa sebenarnya diingini oleh orang seperti ini.Kebahagiaan? Entahlah....

 Penyesalan yang mereka rasa takkan terasa selagi tidak merasa kehilangan sesuatu yang berharga.Disaat itulah orang akan merasai sebuah kesedihan.

Kesedihan sebenar apabila seseorang kehilangan insan yang dikasih,Seperti itu lagu yang didendangkan oleh Ernie Zakri iaitu 'Gundah'.Betapa perihnya jiwa hati insan tatkala kehilangan separuh raga.Apakah erti kehilangan?

Kehilangan itu perihal hilangnya sesuatu yang berharga.Disaat itulah manusia akan menyedari erti kata SYUKUR.


Entah kemana akal jiwa manusia untuk berfikir tentang kehidupan mereka.Entah apa yang disandarkan oleh mereka...Mereka hanya tahu meninggalkan semuanya tanpa berfikir apa yang akan terjadi.Bila ada cela yang di lakukan,syaitan sahaja disalahkah.Apakah manusia tak cukup syaitan untuk dikata iblis? Rasa bersalah sedikit sahaja tak terbit di jiwa apatah lagi hati.Berapa ramai lagi jiwa yang akan menderita akan sengketa yang penuh penipuan ini?


Kehidupan itu anugerah maha ESA.Kehidupan menggambarkan dinamika yang tidak dapat diteka ianya sangat misteri kerana kita sebagai manusia tidak akan mengetahui apa yang terjadi kedepan.Tetapi mereka hidup seakan mereka mempunyai segalanya.


Setiap kata itu sakit diungkapkan,pada seorang anak kecil yang tak tahu apa yg difikirkan.Namun atas dasar nama yang dimartabatkan maka hinalah kelahiran seorang anak yang dianggap beban kehidupan.Manusia memang seperti itu bila tak punya apa akan menunduk,itupun masih lagi mendongak walaupun tak punya apa-apa.Ditambah lagi apabila seorang  manusia itu punya sedikit kuasa maka orang sekelilingnya akan terpaksa menelan kehinaan yang sakit.


  Entah apa yang sebenarnya cuba didendangkan.Mula kata tak difahami.Entah apa yang cuba dilakar dalam sebuah nota.Diri juga cuba mencari apakah makna nota Bicara MATA HATI ini?


والله أعلمُ بالـصـواب

Salam Buat Aksaras...


Dari Kacamata Aksara: MANUSIA ATAU BINATANG?

 

  Salam Buat Semua AKSARAS...


 Apa yang manusia fikirkan seolah mereka adalah terbaik dan tak pernah salah.Adakah ia adalah seorang narsistik? Entahlah...Manusia itu terlalu abstrak untuk didefinisikan.

Oameni 1

Dia manusia yang boleh dibilang seorang manusia romantis kerana boleh meluluhkan hati seorang gadis yang penuh prinsip.Dia manusia yang telah mencuri sepotong takdir yang diubahnya dengan derita yang ditanggung sepanjang hidup.Wanita itu menjadi wanita terhina sekeji-keji manusia.Dia pergi dengan tiada rasa tanggungjawab dan menjalani hidup bahagia dengan kehidupan baru itu.Dia pernah berjanji dengan sekelumat kata diiringi airmata entah itu sebuah kejujuran atau sebuah propaganda untuk menjatuh seorang wanita.


 Oameni 2

Sang jenazah yang telah pergi ke alam lain.Dia antara manusia terkejam di dunia ini.Segala sumpahan,pukulah herdikan pernah menggigit tubuh.Dia manusia penuh penipuan,penuh rasa khianat,tamak,sombong tapi punya rasa kasih yang sukar dimengertikan.Hanya orang tertentu merasakannya.Mata-mata dendam melihatnya dengan kepuasan,ada juga rasa kasihan,ada pulak yang merintih kehilangan,dan ada manusia berusaha mengikhlaskan segalanya.


Oameni 3

Dia manusia khianat penuh penipuan.Penuh tipu helah,diulit kemiskinan tanggungjawab kadangkala tidak sedar diri,juga tak bermaruah.Menyanjung diri dialah manusia terbaik,wanita terbaik segalanya terbaik.Hanya membebani jiwa fikiran.Ia juga salah satu yang menghancurkan sedikit kehidupn diri.Sungguh penuh penipuan,manusia tak tahu dirinya bersalah.Terlalu suka menipu,sehingga satu kata diucapkan sukar dipercayai.Kata penipuan seakan mengalir dalam darah menjadi satu dalam jasad.



BERSAMBUNG....

Selasa, 28 Mac 2023

Nota Di Hati

 

Jarak yang membentang rindu

lagi-lagi tentang rindu

Sejatinya jarak ini

mencipta rindu antara kita

Bagaimana harus kita bertemu?

Rindu...

adalah sebuah perantara

agar insan lemah seperti kita

berdoa pada maha kuasa

ia adalah asbak

pertemuan setelah perpisahan menghukum kita...

Dan rindu

Menyedarkan kita untuk kembali

pada hakikatNYA..

Hakikat yang kita adalah hamba ALLAH.


* * *


Tatkala rasa digelumangi kehibaan

Kesepian semakin menggunung di dalam jiwa

Aku seperti terpuruk di kota hiruk-piruk ini

Menelan sebuah rasa yang sukar dimengertikan...

Kekadang aku meraung tanpa suara

Menepuk dada menahan keperihan yang tak tertanggung

Airmata berlinangan tanpa dikesat...

Esakanku mulai bergema di sudut  kemalapan bilik

Takdir yang indah,takdir yang menduga jiwa wanitaku,

Kesepian ini takkan pudar...

Kakiku mulai berkematu berdiri tanpa arah langkah

Terhenyak di tengah pelabuhan dilema

Istikharah Allah tak pernah disujud

Apalah nasib diri yang menelan kehinaan tak berpenghujung

Terlupa kembalinya kemana...

Hanya melayan tangis menyakitkan

Kekadang memohon simpati untuk difahami..

Tinggal kebuntuan menyelimuti raga yang kosong...

Helaan nafas yang semakin berat.

Seberat kehidupan ini..

Tolong temani ragaku....

 

* * * * *


Kerinduan yang mengundang debar

Detak jantung kian bergetar

dalam sedar tak sedar

khabar demi khabar menghampiriku

Terujaku dalam hiba

detak bimbang menghimpit hati..


Andai tak ada pertemuan

untuk kita...

Jiwaku akan mati diulit kekesalan

sepanjang hayat..


Hari ini adalah rahmat bagi hamba

Tuhan yang Esa masih mengasihi kita

Sekeping potret mengubat kerinduan

tapi...

Juga menambah sesak di hati menahan tangis

Aku duduk di kegelapan malam

mengenang takdir yang tak seindah difikir

Suara ketikan telefon bergema

memberi khabar pada hamba Allah

yang mengasihi diri ini...

Tangisku pecah tanpa suara di keheningan malam

ditemani senandung sang pungguk

Melepaskan sesak yang terpendam

Aku terlelap dalam sedu-sedan yang hiba...

sang cengkerik setia mendendangkan syair di malam panjang...


* * * * * *


Langkah yang berat menjejak ke kota

Sambil mengenang separuh memori yang sukar terpadam

Langkahku semakin berat melihat wanita malam

Hidup di lorong-lorong sunyi

di tengah-tengah kota penuh pancaroba

Hidup yang tak tentu arah

Para lelaki hanya hinggapi tubuhmu

menghisap segala madu

Diberi pemuas nafsu

wanita malam...

Permata mahal dari kedesaan

Terjebak dalam keterpurukkan hidup kota

menjadi wanita malam mungkin bukan mimpimu

mandian kemewahan membuatmu alpa pada realiti dunia...

Kau tetap dengan lukisan opera diwajah

hentakkan tumit tinggi memecah keheningan malam

Banyak pandangan hina melihatmu

wanita malam tak pernah kisah

tetap bersama lelaki hidung belang

di gerai kelipan bintang

aroma minuman menggilakan buat sesiapa meminumnya

nyanyian yang gegak gempita

Nur mentari saja seakan tak pernah kau rasai

Kau terus hanyut dalam imaginasi katanya kebahagian

dirimu sudah tak dikenal

satu persatu lelaki datang dan pergi darimu

kau terus dengan gelar wanita malam

sampai bila harus bertahan?


-Bakso Primadona

-16jan22/17jan22







Puisi:Nukilan Rasa Insan



Cuma seketika
terpejam mata
yang ternoda di alam kesialan

Tatkala terjerumus
hilang segala mahkota permata
hanya tinggal titik keji ditangisi,diratapi

Si Kumbang nakal gagah tunjuk kasanova
membiarkan Si Bunga layu patah lara di sudut kenaifan

Si Bunga puas ratapi diri dengan esahan tangisan
menuding jari kata dialah bersalah

Apa yang nak ditangisi
'Nasi sudah menjadi bubur'
Cinta manusia takkan abadi

Selasa, 21 Februari 2023

Aksara Note:Kelas Ustaz Hajidi

Surau Madarasah Rumah Transit Mualaf Sabah

Ustaz Hajidi

18Januari2019


*Setengah daripada dalil adalah satu petanda Allah.

*Zahirnya cerdik,tetapi meninggalkan banyak kewajiban.Akan mendapat kesesatan  dari Allah.Dan keindahan orang yang cerdik menjadi sebaliknya.

*Ramai sahabat nabi kaya.

*Kaya itu menjauhkan manusia dari Allah SWT.

*Berakal dan kaya dua perkara yang berbeza.

*Kaya-Duniawi

*Akal-Mengingati kepada Allah.

*Bercita-cita tapi tidak berusaha.(Orang Gila)

*Ilmu feqah adalah tuntutan yang tinggi.

*Lebihkan usaha untuk menjadi orang yang cerdik dan pandai.

*Melakukan sesuatu yang besar,melelahkan/Kepenatan itu juga besar.Gandakan usaha.

*Tidak menggunakan kelebihan dalam diri.(satu kecelaan,kehinaan)


*******************************************************

*Waktu yang sunyi

 -Berjaga malam(Dengan melakukan ibadah)

*Berjaga malam satu kepayahan.

*Dinihari waktu sebelum subuh.

*Akan mendapat kemenangan dengan ilmu-ilmu itu.

*Seelok-eloknya solat dahulu baru belajar

*Sifat wajib bagi Rasul:

-As-siddiq(benar/akhlal,pertuturan,,perbuatan, dll.)

*Rasul bersifat menyampai.




Apa itu BULI?

  https://www.wacana-edukasi.com/indonesia-darurat-bullying-islam-solusi-tuntas/ Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dal...